Saya tahu ramai yang tak percaya yang krim atau losyen boleh dibuat sendiri di rumah. Pada mulanya saya sendiri pun tak percaya saya boleh buat krim sendiri, malah tak pernah terfikir dan termimpi pun sebelum ni.
Mungkin ada juga yang menyangka saya ni semua nak buat sendiri. Saya ada banyak masa dan bosan kadang-kadang tak ada apa yang boleh dibuat. Lagipun saya ada bakat kraftangan sikit-sikit. hihi. Bolehlah juga. Saya memang suka buat sendiri, kalau jumpa barangan buatan tangan pun saya memang excited. Lagi-lagi di USA ni memang terkenal barangan buatan tangan dan orang-orang di sini lebih menghargai barangan buatan tangan. Barangan buatan tangan tinggi nilainya, bukan semua orang boleh buat. Di USA jugalah saya mula belajar bagaimana cara membuat losyen atau krim badan sendiri. Terima kasih kepada internet kerana disinilah saya mula menjumpai rupanya krim badan dan losyen boleh dibuat sendiri, apabila meng'google' cara-cara merawat ekzema. Bahan-bahan pun amat mudah didapati di sini.
Ini adalah antara sebab-sebab kenapa saya membuat krim dan losyen saya sendiri dan anak-anak.
- Boleh pilih bahan apa yang dikehendaki
- Inilah alasan saya yang paling utama. Anak kedua saya Muhammad Fansuri terlalu banyak alergi, sehinggakan amat sukar saya mencari krim semulajadi yang sesuai untuknya
- Buat krim dan losyen sendiri tidak sesukar yang disangka
- Buat krim dan losyen sendiri tak sukar mana. Cuma perlukan peralatan yang ada didapur, jika hanya untuk kegunaan sendiri.
- Boleh jimat wang
- Mungkin orang tak ada masalah seperti saya, tapi disebabkan saya tak bekerja buat masa sekarang dan suami pun sedang belajar, kami menghadapi sedikit masalah kewangan memandangkan anak mengalami ekzema dan memerlukan bekalan krim dan losyen serta ubatan dalaman untuknya. Semua ini memerlukan kos yang tinggi.
- Sebelum mula membuat krim sendiri, memang banyak wang dilaburkan untuk mencuba dari satu produk ke satu produk, dan harganya tak murah. Ada yang terpaksa dibeli dari luar USA, dan harga faham-faham sajelah, bukan murah.
- Memeliharan diri dari bahan kimia
- Saya juga boleh mengelakkan penggunaan bahan kimia dan bahan pengawet yang boleh membahayakan kesihatan, samada untuk jangkamasa pendek atau panjang. Sejak mula mengkaji bahan-bahan membuat krim atau losyen, saya sudah kenal serba sedikit apa risiko bahan-bahan ini kepada kesihatan manusia.
- Kebanyakan barangan kegunaan seharian kita pada zaman sekarang mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan, walaupun telah diluluskan oleh FDA atau KKM. Ubat gigi, shampoo, sabun, termasuklah kosmetik, dan sebagainya. Kulit kita boleh menyerap bahan-bahan ini sehingga 60% ke dalam badan. Walaupun barangan tersebut tertulis natural atau semulajadi, kita masih perlu berhati-hati dan sentiasa perlu membaca label yang tertulis pada botol. Jadi, perlulah kenal serba sedikit bahan-bahannya. Boleh cari di internet untuk mengenal bahan-bahan tu. Buku-buku pun banyak menceritakan bahaya barangan kosmetik. Adalah juga beberapa buah buku telah saya miliki.
Antara buku-buku yang dimiliki buat masa ni.
Buku-buku tersebut saya gunakan sebagai rujukan dalam mencipta resepi saya sendiri. Tak ada satu pun yang saya ambil sebijik-sebijik. Amat sukar nak ikut sebijik-sebijik sebab banyak sangat bahan-bahan yang digunakan.
Buku I'm Mad as Hell, and Not Going to Eat it Anymore pula lebih banyak menceritakan tentang makanan. Memang amat penting rupanya makanan yang dimakan, kerana mengikut Christina Porello, penulis buku ini, dia telah mengalami penyakit leukimia, doktor beritahu dia cuma ada sebulan untuk hidup. Tapi bila bertukar kepada makanan natural dan organik dan meninggalkan makanan kegemarannya dan bertukar kepada vegetarian, penyakitnya hilang dan dia masih hidup sampai sekarang, malah terus berjaya menjadi chef dan membuka kelas masakannya sendiri. Sangat kagum dengan kuasa penyembuhan hanya dari makanan. Saya pun sekarang sudah mula berjinak-jinak dengan makanan organik dan natural, sebab tu kalau tengok status di facebook sekarang banyak tentang kesihatan. hihi. Biarlah orang nak kata saya obses kepada natural ke apa ke, yang penting saya akan cuba sampaikan kepada kawan-kawan apa yang saya tahu. Baca kisah Christina Pirello sini.
Berbalik kepada krim dan losyen, sehingga kini saya tak perlu lagi beli apa-apa kosmetik sejak boleh buat barangan saya sendiri. Antaranya ialah krim dan losyen, lip balm, malah lipstik pun. heheheh. Sabun, ubat gigi, bedak juga. Untuk rumah, guna essential oil, takde febreze atau lilin lagi. Syoook buat eksperimen di rumah. Sangat puas hati bila barangan ni semua menjadi dan berkesan, terutama krim ekzema Muhammad Fansuri, yang paling kerap dibuat. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak menjadi. Itulah eksperimen. Tapi sekarang saya sudah ada resepi yang menjadi dan berkesan. InsyaAllah satu masa nanti saya akan kongsikan dengan semua orang keberkesanannya, mungkin akan mengeluarkan produk sendiri pulak! mana tau kan. heheheh.
Ini resepi body butter yang boleh cuba anda buat sendiri. Berkesan untuk menghilangkan kulit kering terutamanya di negara 4 musim ni. Sekarang sudah sejuk, kulit akan jadi kering. Mudah aje. Boleh gantikan minyak apapun yang dikehendaki selain coconut oil atau olive oil.
Klik untuk resepi. Resepi Body Butter / Krim / Losyen
Adios! Wassalam