Salam semua.. kali ini saya mau kongsikan cara-cara membuat sendiri krim ataupun boleh juga dipanggil losyen. Krim ini amat sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja terutama untuk merawat penyakit-penyakit kulit.
Bekalan krim natural yang biasa diguna pun sudah mau habis, jadi saya rasa apa salahnya cuba buat losyen sendiri pula. Bolehlah jimat sikit, sebab harga krim yang natural agak mahal juga. Sebenarnya saya dah cuba sedikit buat losyen ni, dan lihat kesannya amat mengujakan.. kali pertama sapu losyen tu pada kulit Fansuri, waktu tu kulitnya berair dan merah sangat. Malam tu sebelum tido saya sapukan pada seluruh badan dia, dan walla! pagi esoknya kulit dia sudah tak berair, dan nampak ada perubahan sikit. Perubahan sikit pun saya dah cukup bersyukur... sebabnya sebelum ni kulitnya susah nak nampak perubahan.
Selepas membuat sedikit kajian di internet, saya dapati bahan-bahan yang saya gunakan ni sangat bagus untuk kulit. Losyen-losyen atau krim yang dijual di pasaran sebenarnya tidak elok untuk kulit yang sensitif kerana mengandungi bahan-bahan kimia, pewangi dan pewarna!! saya pun taktau apa tujuan pewarna diletak dalam losyen.. haih. Persekitaran kehidupan kita sekarang sudah banyak tercemar dengan makanan dan ubat-ubatan kimia, jadi buat losyen sendiri ni satu alternatif untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia..
Saya ceritakan serba sedikit tentang bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat losyen sendiri ni.
Shea Butter adalah butter yang diekstrak dari African Shea Tree. Buah dari pokok ni berupa kacang, yang kemudian diketuk untuk diambil isinya sebelum diproses. Kebanyakan pokok shea ni tumbuh di negara Ghana. Shea Butter digunakan secara meluas untuk produk kulit dan rambut terutamanya. Kelebihan shea butter ini antaranya ialah meyembuhkan, anti radang dan antioksidan. Amat bagus untuk kulit bermasalah seperti eczema dan psoriasis, kulit kering, kulit pecah dan sebagainya..
Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil, VCO) pula adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seaslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu memprosesnya. Minyak kelapa dara juga dikenali sebagai minyak terbaik di dunia, yang mana khasiatnya telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan manusia keseluruhannya. Antara khasiat minyak kelapa dara ialah meningkatkan sistem imun tubuh, meningkatkan tenaga, membunuh virus dan bakteria, dan sebagainya.. tak dapat den nak senaraikan semua.. terlalu banyak khasiatnya menyerupai khasiat susu ibu. Minyak kelapa dara sudah banyak kelebihannya, tapi saya memilih Minyak Kelapa Dara Ekstra (Extra Virgin Coconut Oil) untuk mendapatkan khasiatnya yang paling optimum. Apa yang saya dapat lihat dengan ialah Minyak Kelapa Dara Ekstra ini lebih lembut dan kurang berminyak berbanding VCO biasa.
Minyak Zaitun Dara (Virgin Olive Oil, VOO) sama juga seperti minyak kelapa dara cara pemprosesannya, cuma bezanya ia dari buah zaitun. hehehe macam kelakar pula nama Minyak Zaitun Dara. Khasiatnya pun banyak sekali, antaranya bagus untuk merawat penyakit diabetes, penyakit jantung, untuk kesihatan kulit dan banyak lagi. Saya juga memilih Extra Virgin Olive Oil untuk dapatkan kesan paling optimum.
Sekarang dah kenal sikt-sikit bahan-bahannya, jom tengok macam mana cara membuatnya pula.. amat senang sekali. Buat di rumah saje menggunakan barang-barang yang ada di dapur. Kemahiran profesional tidak diperlukan dalam membuat losyen ni.
Homemade Cream/lotion
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 cawan Mentega Shea mentah (Raw Shea Butter)
1/2 cawan Minyak Kelapa Dara Ekstra (Extra Virgin Coconut Oil, EVCO)
1/4 cawan Minyak Zaitun Dara Ekstra (Extra Virgin Olive Oil, EVOO)
Peralatan yang diperlukan:
Hand Mixer
Bekas untuk membancuh
Bekas atau botol kosong - untuk meyimpan krim yang telah siap
Cara-Caranya:
1. Masukkan Raw Shea Butter ke dalam bekas membancuh. Putarkan menggunakan hand mixer menggunakan kelajuan medium. Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat.
2. Apabila Shea Butter sudah lembut, masukkan EVCO dan terus putarkan.
3. Masukkan EVOO dan terus putar sehingga adunan menjadi kuning terang.
4. Walla! siaplah krim buatan sendiri. Bolehlah disimpan di dalam botol pilihan anda dan letakkan dalam suhu bilik. Elakkan terkena direct cahaya matahari untuk mengekalkan keberkesanannya. Jika jarang menggunakan krim ini, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. Jika menggunanya setiap hari, letak saja di dalam suhu bilik, tidak mengapa.
Selain menggunakan bahan-bahan seperti di atas, boleh juga menggunakan minyak-minyak lain yang ada jual di pasaran seperti minyak almond, minyak jojoba, atau minyak-minyak lain yang bagus untuk kulit. Setiap minyak mempunyai keunikan tersendiri.
Bolehlah gunakan krim ni untuk merawat ekzema atau penyakit kulit yang lain. Boleh juga disapukan pada rambut. Gunakan tanpa was-was, jika termakan pun tidak mengapa. Saya jamin kesannya amat menakjubkan.
Setelah menggunakan krim ini kepada anak-anak dan saya sendiri, apa yang saya dapat lihat antara kelebihannya ialah:
- Kulit tidak pedih walaupun ada luka
- Menyembuhkan kulit yang luka/berair
- Menghilangkan gatal
- Melembabkan kulit
- Menghitamkan dan menyihatkan rambut
- Melicinkan kulit
- Merawat kulit kaki yang merekah/pecah
Boleh dikatakan krim ini pelbagai guna, boleh digunakan dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh lihat kesan penggunaan krim ini pada pertama kali menggunakannya. Bahan-bahannya boleh dibeli di kedai Natural Shop berhampiran anda atau boleh saje beli secara online. Jika sesiapa yang agak sukar untuk dapatkannya, boleh saja dapatkan daripada saya. Saya akan cuba carikan atau buatkan krim ini.
Sekian wassalam. Selamat mencuba!
Hi sis.. thanks for the recipe... i pun nk try buat. Tapi mana nak dpt raw shea butter tu ye? Boleh suggest kt mana yg mudah nk beli?
ReplyDeleteboleh tak kalau campurkan minyakl kelapa dara dgn minyak zaitun sahaja. almaklum saja shea butter tak dijual di malaysia. adakah ia tetap berkesan?
ReplyDeleteshea butter memang susah nak dapat di Malaysia. kalau ada pun mahal sikit. campurkan minyak sahaja boleh. cuma cair tak pekat macam krim. ada orang gantikan dengan vegetable shortening. boleh juga
ReplyDeletewahh..memang menarik....nk cuba tapi bahan2 tu ada jual ke kt malaysia....
ReplyDeleteNorehan Saad, minyak kelapa dara dan minyak zaitun banyak jual di malaysia. shea butter susah nak jumpa. boleh gantikan dengan vegetable shortening
ReplyDeleteAssalam sis..mn nk cari vegetable shortening tu?
ReplyDeletekat malaysia banyak. cari di kedai di bahagian butter atau minyak. selalu vegetable shortening orang buat kek dan biskut
DeleteSalam sis. Saya tengah mencari raw shea butter ni. Sis tau tak if ada jual secara online kat msia ni? sy pun memang nak buat lotion sendiri untuk kulit kering dan ekzema saya.
ReplyDeletealso kalau sis tau skali mana2 ada jual cocoa and mango butter skali, would be great. :)
Deletewsalam. raw shea butter banyak dijual di ebay.com. lebih murah dan boleh dipercayai. ramai orang takut nak beli online di ebay. saya memang pembeli tegar di ebay, tak pernah lagi setakat ni kena tipu. kat malaysia saya tak tahu di mana orang jual. kalau ada pun harganya mahal
Deletecocoa butter dan mango butter pun ada jual di ebay.com. cari seller yang boleh buat international shipping ke Malaysia
DeleteCuma risau kos penghantarannya terlalu mahal...
Deletekos untuk economy shipping tak berapa mahal. beli di ebay guna economy shipping lebih selamat kerana ebay ada buyer protection.
Deletesalam sis macam mana nk beli shea butter kat ebay.boleh ajarkn x
DeleteTak cepat tengik ke ?
ReplyDeletesetakat yang saya buat, tak tengik. kalau nak elakkan cepat tengik, boleh tambahkan vitamin e oil dalam resepi.
Deleteassalamualaikum...tumpang tanya..sis kalau beli shea butter lam ebay.com tu,amik yg mana satu yek..sebabnya lau 1st time nak beli nie,xberapa pandai dan xberapa yakin..ingat nak follow yg sis dah biasa beli je utk permulaan nie.. ;) harap dapat ajarkan..terima kasih :)
ReplyDeletecari yang unrefined shea butter, color ivory. pilih seller yang tinggi positif review
Deleten kalau dia xletak harga postage,cammana kita nak check harga postage yg dikenakan yek..sila tunjuk ajar..terima kasih..
ReplyDeletesalam sis, nak tanya cream ni tak cair ke sebab kalau buat dengan coconut oil n olive sahaja dia cair. terima kasih!
ReplyDeletewsalam. tak cair sebab mengandungi shea butter. shea butter pekat dan memang sesuai campurkan dengan minyak lain, lebih senang nak sapu pada kulit
DeleteBlh x nak mintak n0m wasapp, nak beli dari sis
ReplyDeleteBlh x nak mintak n0m wasapp, nak beli dgn sis
ReplyDeletesis.saya nk beli dgn sis je blh.tlg wassap saya di 01110737248.tq
ReplyDeleteas salam sis, sy pun berminat dgn shea butter ni.. kt shopping complex ada jual x mcm aeon ke... atau kalo x keberatan sis bole wasup sy 0165669440. tq..
ReplyDeleteAssalam. Saya ada menjual bahan mentah seperti raw shea butter, cocoa butter, beeswax. Saya juga ada menjual product skincare homemade formula dari Chemist. Saya attend kursus pembuatan kosmetik dgn chemist. Sesiapa yg berminat boleh add sy di FB Lina Kaydean atau follow IG saya Skindetox_Kaydean.
Deletesalam. boleh email kan kepada saya harga raw shea butter, cocoa butter and beeswax. kalau ade coconut oil (cream) pon bagus jgk.
Deleteemail saya: kucing.belang.05@gmail.com
Salam..sis, klau guna shortening sama function le mcm shea butter?
ReplyDeleteHi,saya ada jual shea butter & beeswax.Whatsapp 019-5079197
ReplyDeleteRasanya kalau letak shea butter tu nak bg texture macam lotion sikit. Macam saya buat, saya guna 4 ingredients sangat mudah. Rasanya semua mampu dapatkan fengan harga bawah rm 100.
ReplyDelete1 sudu VCO + 1 sudu VOO + vit e pure capsule oil (any brand dan perahkan 1 biji) + 1 sudu aloevera gel yang pure belakang rumah.
gaul sebatu n sapu pada kawasan masalah segingga meresap ye. jangan biar berminyak je kulit tu x habis sapu. strechmark pun hilang :). InsyaAllah. Sekadar perkongsian. Ni ramuan homemade turun temurun.
** nak tahu produk homemade rahsia boleh tengok lah blog saya. :)
Boleh tahu shea butter jenama apa y u guna tak..sy tgk kat 11 street byk sgt ..xth nk pilih y mana seb xpernah guna..
ReplyDeleteBoleh tahu agak agak berapa lama ia bertahan? Expired berapa bulan ya sis?
ReplyDeleteShea butter, soaplabmalaysia ada jual. Online store. Order saja
ReplyDeleteSaya menjual 100% raw ,unrefined west African Shea butter . Sila email ke aishea.products@gmail.com atau Whatsapp ke 0182087298 untuk info. Terima kasih.
ReplyDeletesaya selalu skodeng produk homemade dekat IG ni..huhu memacamm menarik betul https://www.instagram.com/pinkishbeautystore/
ReplyDeleteAssalamualaikum sis... sy nk bli crim ni bleh. Wassap sy hrge nye 0107707928
ReplyDeleteTq
Assalamualaikum sis.. boleh whatsapp sy 019-3353792 utk beli shea butter.. ank sy kulit sgt sensitif.. sy nak trybuat
ReplyDeleteAssalamualaikum sis.. boleh whatsapp sy 019-3353792 utk beli shea butter.. ank sy kulit sgt sensitif.. sy nak trybuat
ReplyDeleteAssalam untuk mencari bahan membuat sabun,minyak wangi,lotion dan segala bahan mentah seperti shea butter boleh hubungi 0182444955
ReplyDeleteUntuk Raw unrefined shea butter boleh Hubungi/WhatsApp 01128118400
ReplyDeleteCasino Royale - Live Dealer Games - Virgin Games
ReplyDeleteCasino Royale is a live casino with a 출장안마 large, https://deccasino.com/review/merit-casino/ eclectic portfolio https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ of https://septcasino.com/review/merit-casino/ casino games. Players can play this game with nba매니아 live dealers,