Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya membuat bedak bukanlah susah. Saya dah survey bedak di kedai, tapi amat susah sekali nak cari bedak yang natural tanpa ada 'unwanted ingredients'. Siapa yang follow saya dari awal mesti tahu kenapa saya mengelak guna produk-prduk yang mengandungi bahan-bahan seperti paraben, pewarna sintetik, pewangi sintetik dan sls. Saya pembuat natural skincare, bila dah tahu apa kesan buruk sesuatu bahan tu pada kita, sebolehnya kita elak. Apa lagi kalau untuk penggunaan berpanjangan. Macam bedak ni, perempuan mesti nak pakai hari-hari kan. So apa kata kita cuba buat sendiri guna bahan-bahan semulajadi.
Okey, saya dah cuba buat 2 versi bedak compact / bedak padat / compact powder or whatever you want to call it lah. Saya lebih suka bedak compact berbanding bedak serbuk atau 'loose powder'. Sebabnya bedak serbuk tu akan berterbangan waktu nak sapu, dia jatuh-jatuh pada baju dan ada feeling tak best bila pakai. Hehe. Ia juga boleh masuk dalam sistem pernafasan kan.. harap-harap bedak compact ni kurang sikit masuk dalam hidung.
Okey, berbalik pada versi bedak tadi, yang saya buat satu 'basic version', satu lagi 'advanced version'. Versi basic ni lebih mudah, dan bahan-bahannya juga senang didapatkan. Siapa yang suka produk yang wudhu' friendly inilah dia bedaknya. Tak perlu basuh sebelum ambil wudu'. Tapi tekstur dia lebih tebal, tak berapa perfect sangat macam yang ada brand, tapi ok je untuk guna setiap hari.
Versi advance lebih rumit sikit. Teksturnya lebih lembut hampir sama dengan yang ada brand mahal. Pembuat handmade skincare mesti nak cuba ni. Muka perlu dibasuh dengan sabun dulu sebelum wudu' sebab bedak ni susah nak tanggal.
Sebelum kerja-kerja 'messy job' dimulakan, kita sediakan peralatan dulu.
Peralatan yang diperlukan:
Bekas bedak (boleh recycle bekas bedak lama atau cari bekas cermin di Mr. Diy)
Mangkuk
Sudu
Blender kering
Sudu penyukat 1tbsp, 1 tsp, 1/2 tsp, 1/8tsp
Pemberat (saya gunakan anak lesung batu :p )
Acuan silikon (silicon mold)
Resepi Bedak Compact Versi Basic.
2 tbsp tepung beras
1/2 tsp serbuk koko
1/8 tsp serbuk kunyit
25 titik campuran minyak (8 titik minyak eo dan minyak pilihan)
Resepi Bedak Compact Versi Advance.
2 tbsp arrowroot powder
1/2 tsp sebuk koko
1 tsp zinc oxide
1/8 tsp serbuk kunyit
1/8 tsp Red Clay
25 titik minyak (8 titik eo + minyak pilihan)
Versi advanced perlukan lebih banyak bahan, agak sukar diperolehi. Tapi pembuat skincare handmade mesti kenal bahan-bahan dia. Boleh tambahkan vitamin e oil untuk ketahanan lebih lama.
Resepi di atas juga boleh diubahsuai ikut kesukaan masing-masing. Di bawah ni saya senaraikan bahan-bahan yang boleh ditukar ikut kesukaan masing-masing. Buatlah eksperimen sendiri hingga memuaskan hati kita ya.
Tepung: Tepung beras / tepung jagung / arrowroot powder
Red Clay: Rose Clay / mica (something yang warna merah.. boleh try guna serbuk cili jika tak keberatan : )
Minyak.
Minyak boleh dicampur ikut kesukaan masing-masing yang berjumlah 25 titik atau lebih atau mengikut kesesuaian resepi. Lain jenis bahan yang digunakan berbeza kandungan minyak yang diperlukan. Jika tak ada eo, boleh saja gunakan semua minyak biasa , cuma dia tak berbau wangi dan akan cepat berbau tengik. Eo banyak manfaatnya so sapa-sapa yang belum terbiasa guna bolehlah cuba-cuba mula biasakan dengan eo.
Minyak yang boleh digunakan: Semua jenis contohnya seperti Minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak jojoba, minyak almond, dsb. Saya gunakan minyak jojoba.
Minyak pati (Essential Oil): 5-8 titik. Semua jenis kecuali yang bersifat citrus. Minyak yang bersifat citrus seperti lemon, lime tak sesuai untuk digunakan waktu siang hari kerana ia boleh menyebabkan sunburn. Saya gunakan campuran rose eo dan jasmine eo. Boleh bayangkan tak betapa wanginya bedak ni.. bau bunga ros+jasmine. Best sangat..
Cara-cara:
1. Sukat semua bahan kering iaitu tepung, serbuk koko, serbuk kunyit, clay, zinc oxide, gaulkan.
2. Blend semua bahan kering tadi sehingga halus.
3. Titikkan minyak pilihan anda. Cuba 25 titik. Blendkan lagi sehingga sebati.
4. Isikan bedak ke dalam bekas bedak compact. Letakkan acuan silikon atasnya, tekan-tekan guna pemberat. Saya gunakan anak lesung batu bahagian belakang yang rata tu. hehe. Multipurpose rupanya lesung batu ni kan ? haha.
5. Ratakan permukaan bedak. ketuk-ketuk sikit belakang bekas bedak, kalau tak jatuh tu dah siap. Kalau bedak jatuh atau pecah, ulang lagi langkah 3 dengan tambahkan beberapa titik minyak. Kemudian ulang langkah 4 dan 5.
Okey. Siap dah. Warna bedak tu juga bergantung pada bahan yang kita guna. boleh kurangkan atau tambahkan mengikut warna yang kita nak.
Versi basic yang dalam bekas kuning tu, dan versi advance yang bekas biru. nampak kan beza dia. Yang versi advance lagi best!
Boleh cuba sendiri ya! Rajin-rajinkan sikit. Selain kita boleh pilih bahan apa yang kita nak, kita juga dapat berjimat sedikit.
Kalau rasa entry ni bermanfaat, silalah share. Berikan sikit kredit kepada blog ni dan Fb Zuree Naturals. Sekian Wassalam.
perkongsian yang bermanfaat.terima kasih
ReplyDeleteShare ya tksh
ReplyDelete