Kali ni saya nak share pulak diy buat serum. Asasnya serum ni diformulasikan sebagai face serum, tapi bila tengok pada pemilihan minyak-minyak yang saya guna, maka serum ni juga sesuai dijadikan hair serum. Serum yang akan saya tunjukkan ni adalah natural dan amat mudah dibuat. Hanya perlukan beberapa bahan saja. Kualiti sama macam serum brand popular, tapi ini versi lebih menjimatkan. heheh
Untuk membuat serum ini, hanya perlukan 2 jenis bahan iaitu Minyak Pelarut (Carrier Oil) dan Minyak Pati (Essential Oil). Pemilihan Carrier Oil dan Essential Oil adalah terpulang pada kita sendiri. Untuk kali ni saya memilih kombinasi minyak-minyak yang sangat bagus untuk kulit dan rambut.
Minyak-minyak pilihan saya iaitu minyak argan dan minyak jojoba. Minyak-minyak ini agak mahal harganya, tapi tuan/puan boleh menukar jenis minyak kepada minyak yang lebih murah dan lebih mudah didapati seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak almond, minyak bunga matahari atau lain-lain yang bagus untuk kulit. Kenapa saya pilih minyak-minyak ni? Jom baca sikit kebaikan dia...
Minyak Pelarut
Minyak Jojoba - ia menembusi kulit dengan baik. Struktur kimia menyerupai sebum, iaitu minyak yang dikeluarkan oleh kulit manusia. Melembap dan mengemulsi. Mengandungi protein, bahan galian, asid mistristik iaitu agen antiradang. Paling versatile. Sesuai untuk semua jenis kulit, membantu liang tersumbat. Boleh digunakan sebagai kondisioner rambut atau sunscreen semulajadi.
Minyak Argan - bersifat antiaging. Membantu menghalang dan mengurangkan keradangan, juga memerangkap kelembapan serta mengekalkan kelembapan kulit. Selamat untuk kulit sensitif dan diserap ke dalam kulit dengan mudah. Sesuai untuk kulit berparut, stretch mark, kulit yang tidak sekata dan kulit yang semakin dimakan usia atau jeragat.
Minyak Pati (EO) pula saya pilih Lavender dan Frankincense.
Lavender - Sesuai untuk semua radang kulit, kulit terbakar akibat pancaran matahari. Melegakan dan menenangkan. Sesuai untuk ketegangan saraf, mudah meradang, insomnia, stres, gelisah, melegakan sistem saraf, kemurungan. Tidak toksik, tidak merengsa dan tidak sensitiza(sesuai untuk kulit sensitif).
Frankincense - Sesuai untuk kulit tua, kulit berkedut (antiaging), luka, ulser, jerawat, parut, antiradang, serta menceriakan. Membantu ketika menjelang melahirkan anak, kemurungan selepas melahirkan, membantu lebih fokus. Tidak toksik, tidak merengsa dan tidak mensensitiza.
______________________________________________
Peralatan dan Bahan yang diperlukan.
Minyak Pelarut (Carrier Oil) 20g
Minyak Pati (Essential Oil) 10 titik
Botol kaca gelap
Penimbang (Kitchen Scale)
Kandungan minyak pelarut yang dipilih jumlahnya 20g. Saya gunakan 10g minyak argan dan 10g minyak jojoba. Untuk tuan/puan diy, terpulang kepada sendiri berapa jumlah timbangan yang hendak dicampurkan.
Botol yang digunakan mestilah botol kaca gelap. Botol plastik tak digalakkan kerana minyak pati boleh menghakis botol plastik, dan minyak juga cepat teroksida. Saya gunakan botol recycle produk yang dah habis. Tapi perlu disteril terlebih dahulu untuk mematikan kuman-kuman.
Cara-cara Membuat Serum
Mudah sangat-sangat caranya. Hanya perlu campur saja semua bahan-bahan.
- Timbang 10g minyak pelarut, iaitu minyak argan dan minyak jojoba ke dalam botol kaca gelap.
- Kemudian titikkan minyak pati pilihan tadi ke dalam sebanyak 10 titik. Saya guna 5 titik Lavender dan 5 titik Frankincense.
- Tutup botol dan goncangkan. Biar seketika sehingga minyak larut dan mesra bersama. Siap.
- Letakkan label pada botol supaya kita tak keliru atau tertukar dengan produk diy yang lain. heheh. Tuliskan juga tarikh dibuat supaya kita boleh tengok berapa lama ketahanan produk diy yang kita buat ni.
- Kemudian bolehlah digunakan serum ni selepas muka dicuci.
Cara-cara menggunakan serum pada wajah.
Bersihkan wajah dengan sabun atau pencuci muka natural. Bilas dan lapkan dengan tuala bersih. Ambil sedikit saja serum tadi, boleh gunakan tangan atau kapas dan sapukan rata pada wajah.
Serum ni juga boleh dijadikan serum rambut. 2 in 1 dan menjimatkan. Hasilnya juga sangat awesome. kulit rasa lembut, rambut juga rasa lembut je. Baunya best dengan haruman aromaterapi. Sangat menenangkan. Serum ni juga boleh dijadikan pelembap untuk seluruh badan.
Selamat mencuba ya!. Terima kasih kerana sudi membaca.
like
ReplyDeleteterimakasih diatas ilmunya
ReplyDelete10 titik eo agak2nya berapa ml?
ReplyDelete