Losyen ini sesuai untuk merawat ekzema atau penyakit kulit yang lain. Ia melembap, melicinkan dan meyembuhkan kulit dan amat sesuai untuk kulit sensitif. Walaubagaimanapun, masih perlu membuat 'patch test' terlebih dahulu. Ada sesetengah bahan yang boleh diabaikan jika sukar untuk dapatkannya.
Seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ni, tujuan membuat losyen sendiri di rumah ialah bagi mengelakkan bahan-bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan, terutama jika perlu menggunakannya untuk jangka masa panjang. Disamping tu, dapat pula berjimat cermat kerana bahan-bahan yang saya gunakan adalah berkualiti, dan jika beli losyen yg menggunakan bahan-bahan tersebut, harganya agak tinggi. Jadi buat sendiri dapatlah mengurangkan kos. Banyak losyen yang murah-murah di pasaran, kita tahu sejauh mana keberkesanannya. Murah sebab menggunakan bahan-bahan yang murah.
Ok.. ini dia resepi losyen buatan sendiri atau handmade lotion yang saya gunakan untuk merawat ekzema anak. Boleh juga guna untuk yang tiada penyakit kulit.
Resepi Losyen Ekzema
Bahan-bahan
1 tbs Emulsifying Wax
3 tbs Olive Oil/Minyak Zaitun
2 tbs Argan Oil/ Minyak Argan
1/2 tsp Madu Asli / Madu Manuka (pilihan)
1/2 tsp Stearic Acid
3 oz Distilled Water/ Air Suling
2 tsp MSM Powder (pilihan)
15 titik Essential Oil pilihan (yang saya gunakan ialah 5 titik Tea Tree, 5 titik Lavender dan 5 titik Blackseed)
*Untuk makluman, minyak Zaitun atau minyak Argan itu juga pilihan, boleh digantikan dengan minyak yang lain seperti Minyak Kelapa Dara / Minyak Castor / minyak-minyak yang lain yang boleh memberikan manfaat kepada kulit.
Peralatan Yang Diperlukan
Blender / mixer
2 Bekas kaca tahan panas
Sudu penyukat
Periuk
Cara-cara Membuat Losyen
1. Panaskan air di dalam periuk.
2. Masukkan Emulsifying Wax ke dalam bekas kaca tahan panas. Kemudian di dalam bekas yang lain, sukat air suling.
3. Panaskan kedua-dua bekas wax dan air suling di dalam periuk. Kaedah ini dinamakan kaedah 'double boiling'.
4. Setelah air suling panas, masukkan MSM powder ke dalamnya, goncangkan atau kacau.
5. Kemudian masukkan larutan air suling ke dalam bekas larutan minyak. Pusingkan menggunakan mixer / blender. Perlu diingatkan suhu kedua-dua larutan ni perlu suam atau sama suhu. Tak boleh sejuk salah satu. Nanti losyen tak menjadi.
6. Apabila suhu agak sejuk, bolehlah masukkan essential oil pilihan. Saya gunakan kombinasi Tea Tree Oil, Lavender Oil dan Blackseed Oil. Pusingkan lagi dengan blender/mixer.
7. Biarkan losyen tadi sejuk. Teksturnya akan menjadi lebih pekat.
8. Bolehlah masukkan ke dalam bekas kosong yang bersih. Sedia untuk digunakan.
Cara Penyimpanan Losyen Buatan Sendiri
Losyen ini perlu disimpan di dalam peti sejuk supaya lebih tahan lama. Untuk mengelakkan sejuk, keluarkan sedikit dalam 1 oz atau 2 oz losyen ke dalam bekas kecil untuk digunakan untuk setiap hari. Selebihnya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini kerana losyen buatan sendiri ini tak mengandungi bahan pengawet. Ia akan tahan dalam masa 1- 2 bulan jika disimpan dalam peti sejuk. Bila lihat ada perubahan warna atau bau, losyen perlu dibuang. Tak boleh lagi digunakan. Okeh. Jadi kuantiti losyen seperti dalam resepi di atas cukup 1-2 minggu jika digunakan setiap hari.
Bahan-bahan mentah boleh dibeli secara online dari luar negara atau boleh beli di ebay.com. Untuk pertama kali membeli bahan-bahan mentah mungkin sedikit mahal, tapi ia boleh digunakan banyaaak kali. Jadi memang menjimatkan. Apa yang lebih penting ialah losyen yang dibuat sendiri ini selamat digunakan berbanding yang dibeli di kedai kerana ianya bebas dari bahan pengawet dan pewarna. Going back to basics, stay natural!.
Sekian. Wassalam...
Assalamualaikum, akak beli essential oils tu kat mana?
ReplyDeletewsalam. di usa dik.. ada juga jual di malaysia
ReplyDeleteAssalamualaikum.. nak tanya.. nak beli distilled water tu di malaysia kat mana...
ReplyDeletedi Giant ada jual. cari yang tertulis proses penyulingan
Delete😄
Delete😄
Deletemacam mana nak dapatkan Emulsifying Wax dekat Malaysia?
ReplyDeleteUntuk mendapatkan bahan-bahan membuat losyen kat Malaysia boleh email ke alialif570@gmail.com
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDapatkan pure beeswax & shea butter dari saya 019-5079197
ReplyDeleteSalam tea tree assential oil tu kalau kat malaysia , boleh beli kat mana ye ?
ReplyDeleteWslm. Boleh cari kedai organik atau brand young living. Ramai orang Malaysia pakai jenama tu. Beli online dari ejen dia
DeleteWslm. Boleh cari kedai organik atau brand young living. Ramai orang Malaysia pakai jenama tu. Beli online dari ejen dia
Deletesis beli emulsifying wax dat mne? Amazon? pls reply :)
ReplyDeleteWow.. thanks kak bagi resepi wat natural product. Smoga dmurahkan lagi rezeki kak..
ReplyDelete