Blueberry picking at Prelock Blueberry Farm
Pokok blueberry
Hasil kutipan
Bila dah ada banyak blueberry, maka idea pun banyaklah nak buat macam-macam. Selepas menggodam resepi di internet, dengan sedikit ubahsuai, terhasil jugak resepi muffin blueberry versi sihat. Hasilnya juga boleh dikatakan sedap. Ini resepi versi lebih sihat, dengan rasa kurang manis dan bebas gluten, bebas telur dan bebas produk tenusu.Resepi Muffin Blueberry (gluten free, egg free, dairy free)
Bahan-bahan (12 biji)
2 cawan tepung all-purpose gluten free (saya guna 1 1/2 cawan tepung beras campur 1/2 cwn gluten free all purpose flour)
2 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp garam (guna sea salt)
1 tsp guar gum (penting! ada orang guna chia seeds untuk gantikan telur)
1 tsp serbuk kayu manis
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula (saya guna gula organik)
2/3 cawan santan (boleh juga guna susu kekacang, cth: susu almond)
1 cawan blueberry
Cara-cara
- Panaskan oven 350 darjah fahrenheit.
- Campurkan semua bahan-bahan kering iaitu tepung, baking powder, baking soda, garam, gula, serbuk kayu manis, dan guar gum. Gaul sebati.
- Masukkan bahan-bahan basah iaitu minyak dan santan ke dalam bekas bahan kering. Gaulkan sebati. Saya guna secara manual putar tangan. Kuantiti air dan minyak boleh ditambah lagi sedikit demi sedikit mengikut jenis tepung yang digunakan sehingga dapat tekstur seperti bancuhan muffin. Tepung beras yang saya gunakan menyerap lebih banyak air, jadi saya tambah lagi kuantiti air dan minyak 1/2 cawan.
- Masukkan blueberry dan gaul rata.
- Sendukkan ke dalam bekas pembakar 3/4 penuh.
- Bakar selama 20-30 minit. Siap bila permukaan muffin keperangan seperti gambar di atas.
- Enjoy! Sedap makan panas dan sejuk.
Kalau ada yang buat silalah kongsikan, mungkin ada yang nak cadangkan apa2 untuk penambahbaikan. untuk resepi ni nak bagi berapa bintang?
hai...kak nak tanye, kat mlysia ade jual guar gum ke??
ReplyDeletekat mana nk beli guar gum tu?,,kedai apa yg ada jual?
ReplyDeleteNice recipe and nice blog. Will try someday.
ReplyDelete