Sunday, January 19, 2014

Lanolin - Rawat Ekzema dan Alergi Cuaca

Salam. Harini mahu cerita pasal Lanolin. Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin tak pernah dengar. Ada juga yang mengatakan lanolin adalah bahan yang tak elok, dan mempunyai kesan sampingan. Terpulanglah kepada individu. Bagi saya, apa salahnya guna jika mendatangkan kebaikan, contohnya macam anak saya.. memang sesuai sangat guna lanolin untuk rawat ekzemanya. lebih baik daripada guna krim steroid atau petroleum jelly. Lanolin juga terhasil secara semulajadi pada bulu kambing biri-biri.

Lanolin adalah lemak yang diekstrak dari bulu kambing biri-biri dengan merebus bulu kambing, ditapis dan dapatlah lanolin. Ia banyak digunakan dalam produk-produk untuk kulit seperti lipstik, losyen dan krim sapu untuk ibu-ibu yang menyusu. Di dalam lipstik, lanolin menjadi satu kemestian. Jika tiada lanolin, lipstik tak akan melekatkan warna pada bibir.

Lanolin bertindak sebagai pelembab dan pelicin kulit apabila digunakan pada kulit kita, tanpa menyebabkan liang roma tersumbat. Teksturnya sedikit melekit, dan baunya... huh semestinya bau kambing. Boleh disapukan terus kepada kulit ataupun boleh dicampurkan minyak atau bahan lain yang sesuai.
 
Ini adalah lanolin yang saya gunakan untuk anak kesayangan yang mengidap ekzema.
 


Inilah bentuknya lanolin asli atau pure lanolin. Agak melekit dan sukar untuk disapukan terus kepada kulit. Jadi dengan menggunakan sedikit kekreatifan yang ada, saya meng'oter' lanolin ini supaya lebih mudah disapu pada kulit dan kurang melekit. Dan inilah hasilnya...bau kambingnya juga sudah berkurangan disebabkan ada cocoa butter.

Lanolin Cocoa Butter. Siap untuk disapu sebagai alternatif kepada petroleum jelly. Teksturnya hampir sama seperti petroleum jelly.
 
 
Untuk resepi Lanolin Cocoa Butter, boleh cuba resepi ni.. semasa saya buat Laolin Cocoa Butter ni, saya tak berapa sukat dengan tepat dan jitu.. sebab pada pertama kali terlembik sikit, jadi saya tambahkan lagi lanolin dan cocoa butter untuk mendapatkan tekstur seperti gambar di atas. Jadi anggaran sukatan lebih kurang seperti resepi di bawah. Jika ada yang nak cuba, boleh lah guna dan tokok tambahlah mengikut kekreatifan masing-masing.
 
 
Resepi Lanolin Cocoa Butter
 
6 oz Lanolin Asli
2 oz Minyak pilihan (saya gunakan Grapeseed oil)
1 oz Cocoa Butter


Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas kaca seperti mangkuk atau bikar.
2. Panaskan di atas api dengan kaedah double boiler.
3. Kacau sehingga semua bahan cair dan sebati.
4. Tuangkan ke dalam bekas bersih. Sejukkan dan sedia digunakan.

Kegunaan Lanolin Cocoa Butter
Selain amat sesuai untuk merawat kulit ekzema, ia juga sesuai untuk merawat kulit kering, luka kecil, kulit pecah, sebagai pelembab bibir dan sebagainya. Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak juga amat sesuai. Lebih selamat gunakan lanolin ini di bibir dari gunakan petroleum jelly.. (pleaselah jangan guna petroleum jelly pada bibir).

Sejak gunakan lanolin, kulit ekzema Muhammad Fansuri lebih licin dan kurang meradang. Saya baru sedar rupanya dia alah kepada cuaca. Jika terdedah kepada cuaca sejuk di luar rumah, kulitnya akan jadi seperti alah kepada makanan. Kesian dia...apa-apa produk yang murah atau yang mahal semuanya tak berkesan. Syukur ada juga produk yang sesuai untuknya.

p/s: Jangan minta saya buatkan lanolin cocoa butter ni. Cuba buat sendiri, mesti kita akan puas hati dengan hasil tangan sendiri. Saya juga amat malas sekali nak buat. heheh. Boleh google saje di mana nak dapatkan lanolin asli.

Sekian, selamat mencuba!

5 comments:

  1. nak cuba jugak la.. lebih2 lagi baru dapat tau boleh dapat produk2 jenama now ni kat iherb.com :)

    ReplyDelete
  2. boleh Adek Pijat. kalau baca review juga ramai kata elok untuk kulit

    ReplyDelete
  3. Kalau orang allergic dengan wool, tak leh guna lanolin kan..lg teruk jadinya kulit tu..

    ReplyDelete
  4. kena buat patch test dulu nak guna apa2 krim pun. baru tahu alergik tak. setiap org berbeza..

    ReplyDelete
  5. Salam puan, boleh saya tau dimana puan membeli bahan2? Tq

    ReplyDelete