Wednesday, February 20, 2013

Kisah Fansuri dan Ekzema


Assalamualaikum wbt kepada semua yang sudi menjenguk ke blog ku ini.. salam perkenalan.

Untuk entry pertama saya ni saya akan ceritakan kisah bagaimana pertama kali anak kedua saya Fansuri diserang penyakit kulit yang ganjil bagi saya, penyakit yang dipanggil Eczema. Kenapa saya panggil penyakit ganjil kerana inilah pertama kali dalam hidup saya dan keluarga mengalami penyakit kulit yang teruk seperti ini, malah alergik pelbagai jenis makanan. Tak pernah ada alergi dalam keluarga saya, malah ahli keluarga saya pun tak pernah mengalaminya.. dulu anak pertama saya Nu'man ada juga mengalami ruam-ruam panas di leher sewaktu bayi, tapi tidaklah lama dan tidaklah alergi teruk.

Saya ceritakan kisah ini agar diri ini terasa lebih lega apabila orang mengetahui apa yang saya alami, telah terlalu lama rasanya anakku mederita penyakit ini, masih tidak nampak tanda-tanda untuk sembuh. Pelbagai krim dan ubat telah diberi dan disapu padanya, tapi keadaannya sama saje seperti itu. Mungkin entry ini sedikit serius, sebab cerita sedih. Saya sebenarnya tidaklah berapa serius... dan selalu nak sembunyikan kesedihan saya supaya orang tak nampak..

Pertama kali Fansuri diserang ekzema berlaku pada bulan Mac tahun 2012. Pada hari itu saya dan keluarga keluar pergi membeli barang keperluan di pasaraya Sam's Club. Suami dan Nu'man masuk ke dalam pasaraya, tetapi saya dan Fansuri tinggal di dalam kereta sebab dia masih tidur dan juga mahu menyusukan dia. Waktu itulah Fansuri seperti kepanasan dah gelisah, sambil menggosok-gosokkan badannya pada carseat.. saya ingatkan mungkin sebab dia panas, kerana waktu itu musim sejuk dan saya pakaikan dia baju sejuk.

Apabila pulang ke rumah barulah saya perasan pada badannya dipenuhi bintik-bintik  merah, saya rasa amat cuak dan panik. Dalam kepala saya fikir apalah yang berlaku padanya...sejak hari itu, nasibnya mula berubah. Keadaan kulitnya semakin teruk, ditambah lagi dia sudah pandai menggaru. Setiap saat apabila dia sedar dari tidur dia akan menggaru dan menggosok apa saje yang boleh, sehingga kulitnya melecet. Pedih sangat.

Inilah keadaan Fansuri sewaktu pertama kali mendapat Ekzema.
 
 
Saya bawa Fansuri ke klinik, dan doktor berikan krim yang mengandungi steroid, nama krim itu ialah Hydrocortisone. Hampir 8 bulan juga saya menggunakan krim itu kerana saya masih tidak tahu akan keburukannya. Doktor juga ada beri antibiotik, yang menyebabkan Fansuri mengalami cirit birit yang amat teruk. Saya tiada gambar keadaan dia waktu itu, tapi saya boleh ceritakan.. kulitnya di bahagian keluar najis tersangat-sangat merah seperti tiada kulit.. cuba bayangkan pedihnya dia. Saya dah mula sedih..sob sob sob..bila teringat balik saya pasti menangis. Waktu dia mengalami cirit birit itulah berat badannya turun mendadak. Pada umurnya 4 bulan, beratnya turun seprti berat pada umur 2 bulan. Dia juga semakin kurang aktif, dan lemah... sering menangis. Pernah satu ketika suaranya serak sebab terlalu kerap menangis.. sob sob sob.
 
Fansuri ketika menggunakan krim steroid
 
 
Saya mula mencari-cari punca kenapa dia mendapat penyakit itu. Saya juga berpantang makanan yang dia alergi iaitu susu, telur, gandum, dan soya. Itu yang doktor beritahu selepas membuat alergi test di klinik pakar alergi. Semasa buat alergi test pada kulit, keputusannya semua negatif. Selepas buat ujian darah, makanan-makanan seperti yang saya sebutkan tadi menunjukkan nilai paling tinggi, melebihi 100. Saya mula berpantang, cuma makan ayam, nasi dan sayur. Makanan-makanan lain juga telah saya cuba pantang, tapi tak menunjukkan perubahan padanya. Susah sangat waktu tu nak cari makanan di luar, terpaksa makan salad saje bila terpaksa travel jauh.
 
 
Dalam saya mencari-cari punca kenapa Fansuri mendapat penyakit ekzema ini, saya banyak membaca info-info kesihatan sehingga saya dapat tahu puncanya banyak toksin di dalam badannya. Badan tak boleh menerima toksin-toksin itu dan cuba untuk membuang melalui kulit. Dan saya tertanya-tanya bagaimana bayi yang baru berumur 2 bulan boleh banyak toksin, mana datangnya? Jarang sekali saya makan makanan segera, apatah lagi minuman bergas atau junk food. Kalau orang dewasa mempunyai banyak toksin dalam badan itu sudah biasa... kerana dia sudah hidup lebih lama dan banyak mengumpul toksin dari persekitaran baik melalui makanan yang tidak sihat, pencemaran alam sekitar dan sebagainya...
 
Pada suatu hari, suami saya memberitahu saya yang ada orang memberitahunya bahawa vaksin/imunisasi yang diberikan kepada bayi juga boleh menjadi punca penyakit ekzema itu. Terkejut juga saya..betulkah? sejak itu saya mula mengkaji akan kesan-kesan imunisasi.. ooohh... barulah saya tahu.. inilah puncanya. Saya tidak membuat anggakan sahaja ok.. saya dah baca banyak maklumat tentangnya... mungkin entry di lain kali saya akan kupas dengan lebih mendalam mengenainya.
 
Rekod Imunisasi Fansuri
 
Saya mula mengingat-ingat peristiwa pertama kali Fansuri mendapat bintik-bintik merah penuh di badannya.. masih ingat-ingat lupa. Bila saya check balik tarikh imunisasinya, baru saya teringat pada hari Fansuri kena ialah pada hari dia mendapat suntikan 20/3/2012.. hari selasa. Seperti biasa, selepas bawa Fansuri ke klinik atau ambil suntikan di Tippecanoe Health County, Lafayette, kami sekeluarga akan ke kedai untuk beli barang. Pada hari itu kami pergi ke Sam's Club dan pada waktu itulah Fansuri kena, hari yang sama selepas mendapat 3 suntikan.
 
Sekarang, saya sudah menyesal... tapi sudah tiada gunanya. Anakku yang menjadi mangsa. Maafkan umi sayang... umi tidak tahu. Andai umi dapat undurkan masa, pasti umi tidak akan beri apa-apa yang membahayakan kesihatanmu. Umi tahu penderitaanmu..setiap saat umi menjagamu, kadang-kadang umi tak tahan melihat kamu tersangat gatal, kadang-kadang berdarah kulit digaru.. tangannya langsung tidak boleh dilepaskan bebas, pasti menggaru.. waktu sekarang tatkala umurnya sudah berusia 14 bulan, saya masih bedung dia. Saya cuba juga lepaskan tangannya, tapi serta merta tangannya menerpa muka untuk digaru..saya terpaksa tengok setiap masa supaya dia tak menggaru. Jika tak, kulitnya akan berdarah dan ambil masa pula nak elok. Perkembangannya juga terlambat jauh ke belakang. Sepatutnya pada umur sekarang dia sudah boleh berjalan, tapi sekarang cuma baring saja.. selalu lah saya dan suami pegang badannya untuk bermain... dia masih tidak pandai duduk dan berdiri sendiri. Inilah nasib anakku. Setiap hari saya berdoa agar anakku cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Sedih hatiku melihat kanak-kanak lain boleh riang gembira bermain.. abangnya Nu'man dulu pada waktu umur sepertinya sudah berjalan..
 
Mungkin ramai yang tidak percaya apa yang saya ceritakan mengenai punca Fansuri mendapat penyakit ini. Saya tidak kisah. Saya tidak kisah bila ada orang kata saya paranoid atau obses atau apa..katalah. Anak saya sudah menderita setahun lamanya.. sepanjang menjaganya saya sudah cukup tertekan.. sangat penat. Tiada tidur malam yang nyenyak. Lebih-lebih lagi anakku... nasib baik Nu'man sudah mula pandai uruskan diri. Sudah ambil air dan makanan sendiri, sudah boleh mandi dan ke tandas sendiri. Saya cuma tengok dan beritahu cara-cara, dan dia buat sendiri. Syabas Nu'man. Umur Nu'man kini 4 tahun, akan masuk 5 tahun pada bulan september.
 
Itulah kisah bagaimana Fansuri diserang ekzema..
 
Sekian buat masa ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

13 comments:

  1. it's a good sharing Zue. Semoga Fansuri getting better everyday and fully heal sooner.

    ReplyDelete
  2. sebaya anak saya..:-( sedih sgt baca post akak..baby sy pon sama allergic pas kene injection. last injection masa 6 months. lepas tu da stop.menyesall. semoga baby akak cepat sembuh dan bole membesar seperti bayi lain. sedih sayu sebak...

    ReplyDelete
  3. insyaallah. moga anak kita segera sembuh. thanks for all the doa :)

    ReplyDelete
  4. Semoga terus kuat puan.
    Anak saya baru 7 bulan, dan eczema dia sedikit je di pipi. Itu pun saya dah menangis. Mmg baby tak tau apa, ikut instincts dia je. terus garu mana yang gatal. kesian sangat. kalau macam fansuri ni, mesti saya pun sama bengkak mata macam anak bila nangis..
    Anak saya pun masih bedung. Alhamdullillah bila saya tak bedung dia, dia macam terus pandai merangkak.. sebelum tu dia adalh meniarap. Tapi kebanyakan masa, mmg baring je, berbungkus.
    Saya pun banyak benda dah pantang makan.. Syukur duduk di Malaysia sebab makanan ruji adalah nasi dan baby mmg boleh makan. Saya fikir, mungkin Allah nak saya jaga makan jugak (saya penah ada batu karang dlm hempedu).. melalui anak saya ni dia berikan petunjuk.
    Semoga fansuri lekas sembuh.. InsyaAllah perancangan Allah adalah terbaik. Stay strong.

    ReplyDelete
  5. terima kasih. Alhamdulillah walaupun dia masih belum boleh berjalan, dia dah pandai tiru gaya apa kita buat. moga fansuri jadi anak yang cerdik macam abangnya Nu'man. cuma perkembangan fizikal dia memang jauh ketinggalan. setiap hari saya berdoa moga dia cepat sembuh dan cepat berjalan.

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan. Utk mommies anak2 ezcema, boleh try cara natural healing - Tropika Baby Skin Care products. Berasaskan minyak kelapa dara, chemical free, steroid free and parabens free. Yg penting dikeluarkan oleh bumiputera muslim. Alhamdulillah dh byk customers feedback yg berpuas hati sbb serasi ngn anak mereka. Boleh visit www.tropikababies.blogspot.com ataupun FB - Tropika VCO & Medela Swing Maxi untuk info lanjut atau kontek sy je.
    Harap dpt membantu.

    ReplyDelete
  7. Kesiannye fansuri..boleh tak saya nak share kisah fansuri di facebook saya..
    saya akan bg link ke blog akk..

    ReplyDelete
  8. Saya percaya seratus peratus cerita ni.. Kerana saya juga seorang ibu yang mempunyai anak ekzema dan kulit sensitif. Juga percaya sedikit sebanyak ada kaitan dgn vaksin..nak2 lg vaksin di amerika..
    Sy percaya byk pengajaran, ilmu yang kita dapat bila kita sendiri mengalaminya.. Nak tenangkn ht, mungkin ini menjadi saham kita di akhirat nanti.. Mgkin juga skrg baby yg sakit ni ketinggalan di belakang, tp suatu hr bola sembuh, dia visa melangkah jauh ke depan..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. syukur sangat sebab sekarang Muhammad Fansuri dah beransur sembuh. walaupun belum sembuh sepenuhnya. alergik masih ada. kena berpantang banyak. dia dah berjalan dan bermain dgn riang. gatal2 juga lagi... beri dia makanan natural seboleh yg mungkin. krim pun guna yg sy buat sendiri. umi dia dah boleh buat kerja lebih mudah. smp skrg umi dia dah pandai buat skincare. semua kerana Fansuri.. uminya belajar buat sendiri kerana Fansuri. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. akak @ pemilik blog. bagaimana nak hubungi akak. nk mnta tlg tntg shea buttet.saya buat mcm tak jadi je sbb gatal2 tak hilang

    ReplyDelete
  11. anak sue mendapat ekzema seawal usia 3 bulan, skrg di usia 15 bulan ekzema semakin baik. sue faham sangat betapa kita sbg ibu pun nak menangis tengok masa anak menggaru samapai berdarah atau berair kan. kene byk bersabar :)

    ReplyDelete