Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sejak akhir-akhir ni semakin ramai pula orang yang mengalami ekzema. Bukan hanya orang dewasa, malah baby seawal umur 2 bulan pun semakin ramai. Ekzema ni kalau tak dibendung lebih awal, ia akan semakin merebak. Saya macam tahu apa sebab utama berlaku ekzema pada baby, terutamanya ekzema yang teruk sebab anak sendiri dah mengalaminya. Tapi malas nak cerita pasal sebab dia, nanti jadi kontroversi. Kita cerita tentang cara merawatnya lah.
Sejak menubuhkan blog ini dan Zuree Naturals, memang selalu saya mendapat pertanyaan, ada yang menunjukkan gambar-gambar serta menceritakan keadaan ekzema mereka. Saya tak kisah, jika sesiapa nak berkongsi dan nak bertanya, dialu-alukan. Apa yang saya boleh bantu, saya akan cuba beri cadangan. Kadang-kadang bila kita cerita pada orang masalah kita, akan ada rasa lebih lega. Jangan rasa keseorangan, ramai orang yang mengalami masalah ekzema. Boleh join group support ekzema seperti group Kumpulan Sokongan Ekzema, Ekzema Malaysia atau NAAE. Boleh search di Facebook dan join group ni. Ada banyak info dapat dikongsi di sana.
Melalui gambar-gambar dan penceritaan mereka, saya dapati ekzema ada bermacam-macam keadaan. Sama seperti yang berlaku pada Fansuri dulu. Keadaan ini akan berubah-ubah, kadang-kadang kulit akan berair atau bernanah, kulit kering, tebal dan merah, ada juga sampai merekah. Ini biasa. Jika menggunakan krim steroid untuk jangka masa lama, kulit akan jadi nipis dan mudah luka bila digaru.
Elakkan menggunakan krim steroid untuk jangka masa panjang, melebihi 7 hari. Jika sembuh dalam masa 7 hari, ok. Tapi jika belum sembuh, berhenti guna. Ini kerana krim steroid akan menyebabkan kulit ketagih, ia hanya membuatkan kulit nampak licin sementara waktu, nanti ia akan datang balik dengan lebih teruk, dan anda memerlukan dos yang lebih tinggi. Inilah apa yang berlaku pada Fansuri dulu.
Saya faham perasaan tu bila kesian tengok anak gatal-gatal, kalau saya gatal sikit pun tak tertahan, apatah lagi anak kecil. Bila menggaru tu memang tak ingat dunia. Sedar-sedar dah berdarah. Jika ada alergik, sila elakkan seperti pantang makan apa yang menyebabkan alergik, kalau alergik habuk kena tukar cadar, elakkan guna karpet, gunakan pencuci yang hypoallergenic dan sebagainya. Banyak yang perlu anda tahu dan belajar. Group sokongan di facebook tu boleh membantu jika anda nak belajar. Panjang kaedahnya kalau saya nak huraikan satu persatu.
Cara Merawat Ekzema Secara Semulajadi
Kita masuk bab rawatan pula. Macam-macam cara ada, pilih saje yang mana serasi dengan anda. Produk-produk di luar sana pun ada banyak. Cuma nasihat saya, pilihlah produk yang semulajadi, baca label. Kalau boleh elakkan produk yang mengandungi pewangi, SLS dan paraben terutamanya. Bahan-bahan ini boleh mendatangkan radang atau kesan sampingan yang lain pula. Ada banyak lagi senarai yang perlu dielakkan, boleh google atau buku-buku pun banyak menulis tentang skincare.
Produk saya sendiri pun ada. 2 produk ni iaitu Unpetroleum Jelly dan Healing Cream memang saya gunakan untuk anak saya Fansuri. Dan kesannya memberangsangkan juga. Fansuri sembuh ekzema dengan 2 produk ni.
Unpetroleum Jelly.
Jelly ni dipanggil 'ubat yellow' oleh Fansuri. Dia suka sangat ubat ni. Unpetroleum Jelly ni hanya campuran minyak-minyak dan butter seperti minyak zaitun (EVOO), Shea butter, Cocoa Butter, Castor Oil, Beeswax dan Vitamin e. Ia agak greasy, tapi lembut pada kulit. Tak pedih jika ada luka. Pertama kali saya buat jelly ni, ketara sangat kuiltnya nampak lebih elok, kulit yang merekah tu dah kurang, luka pun cepat baik.
Healing Cream.
Healing cream dipanggil 'ubat white' oleh Fansuri. Dia tak suka sangat krim ni sebab dia tak suka basah-basah. Saya sapu juga kat dia. Menangis-nangis tak mau. Kadang-kadang bila dia tengah leka main atau waktu tidur saya sapu kat dia, baru ok.
Krim ni agak pedih jika ada luka, mungkin sebab ada Essential oil. Dia sembuh dengan krim ni. Bila kulit gatal, merah-merah, tebal tu, krim ni lebih cepat kesannya.
Saya buat dan jual krim ni start di Malaysia. Banyak dah terjual, melebihi 300 botol. Alhamdulillah sangat sesuai dengan ramai orang. Boleh baca testimoni orang yang dah pernah guna di page facebook saya Zuree Naturals. Saya pun dah daftar SSM ye, bernombor BC0004979-V. Hehe.
Cara Penggunaan.
Unpetroleum Jelly dan Healing Cream boleh digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Rasa gatal je, sapu. Nak kesannya lebih cepat, sapu lebih kerap.
Untuk kulit yang ada luka, saya cadangkan sapu unpetroleum jelly dulu, kemudian lapis kedua sapu healing cream. Ini bagi mengelakkan rasa pedih. Saya dah try sendiri cara ni pada luka saya. Kurang sikit pedihnya. Kesian kan kalau baby yang ekzema sampai luka tu kalau terus sapu healing cream, memang pedih.
Jika sesiapa yang nak cuba bolehlah dapatkan melalui saya. Boleh whatsap saya 01123593070 atau pm saya di facebook Zuree Naturals. Akaun fb personal saya Zuriah Jue. Bolehlah mana-mana cara. Saya akan reply semua iAllah, walaupun kadang-kadang lambat. Hehe.
Akhir kata, saya doakan semua pembaca happy-go-lucky selalu. Kepada penghidap ekzema saya doakan kalian cepat sembuh. Jangan sedih-sedih. Cuba saja apa yang termampu.