Wednesday, February 20, 2013

Kisah Fansuri dan Ekzema


Assalamualaikum wbt kepada semua yang sudi menjenguk ke blog ku ini.. salam perkenalan.

Untuk entry pertama saya ni saya akan ceritakan kisah bagaimana pertama kali anak kedua saya Fansuri diserang penyakit kulit yang ganjil bagi saya, penyakit yang dipanggil Eczema. Kenapa saya panggil penyakit ganjil kerana inilah pertama kali dalam hidup saya dan keluarga mengalami penyakit kulit yang teruk seperti ini, malah alergik pelbagai jenis makanan. Tak pernah ada alergi dalam keluarga saya, malah ahli keluarga saya pun tak pernah mengalaminya.. dulu anak pertama saya Nu'man ada juga mengalami ruam-ruam panas di leher sewaktu bayi, tapi tidaklah lama dan tidaklah alergi teruk.

Saya ceritakan kisah ini agar diri ini terasa lebih lega apabila orang mengetahui apa yang saya alami, telah terlalu lama rasanya anakku mederita penyakit ini, masih tidak nampak tanda-tanda untuk sembuh. Pelbagai krim dan ubat telah diberi dan disapu padanya, tapi keadaannya sama saje seperti itu. Mungkin entry ini sedikit serius, sebab cerita sedih. Saya sebenarnya tidaklah berapa serius... dan selalu nak sembunyikan kesedihan saya supaya orang tak nampak..

Pertama kali Fansuri diserang ekzema berlaku pada bulan Mac tahun 2012. Pada hari itu saya dan keluarga keluar pergi membeli barang keperluan di pasaraya Sam's Club. Suami dan Nu'man masuk ke dalam pasaraya, tetapi saya dan Fansuri tinggal di dalam kereta sebab dia masih tidur dan juga mahu menyusukan dia. Waktu itulah Fansuri seperti kepanasan dah gelisah, sambil menggosok-gosokkan badannya pada carseat.. saya ingatkan mungkin sebab dia panas, kerana waktu itu musim sejuk dan saya pakaikan dia baju sejuk.

Apabila pulang ke rumah barulah saya perasan pada badannya dipenuhi bintik-bintik  merah, saya rasa amat cuak dan panik. Dalam kepala saya fikir apalah yang berlaku padanya...sejak hari itu, nasibnya mula berubah. Keadaan kulitnya semakin teruk, ditambah lagi dia sudah pandai menggaru. Setiap saat apabila dia sedar dari tidur dia akan menggaru dan menggosok apa saje yang boleh, sehingga kulitnya melecet. Pedih sangat.

Inilah keadaan Fansuri sewaktu pertama kali mendapat Ekzema.
 
 
Saya bawa Fansuri ke klinik, dan doktor berikan krim yang mengandungi steroid, nama krim itu ialah Hydrocortisone. Hampir 8 bulan juga saya menggunakan krim itu kerana saya masih tidak tahu akan keburukannya. Doktor juga ada beri antibiotik, yang menyebabkan Fansuri mengalami cirit birit yang amat teruk. Saya tiada gambar keadaan dia waktu itu, tapi saya boleh ceritakan.. kulitnya di bahagian keluar najis tersangat-sangat merah seperti tiada kulit.. cuba bayangkan pedihnya dia. Saya dah mula sedih..sob sob sob..bila teringat balik saya pasti menangis. Waktu dia mengalami cirit birit itulah berat badannya turun mendadak. Pada umurnya 4 bulan, beratnya turun seprti berat pada umur 2 bulan. Dia juga semakin kurang aktif, dan lemah... sering menangis. Pernah satu ketika suaranya serak sebab terlalu kerap menangis.. sob sob sob.
 
Fansuri ketika menggunakan krim steroid
 
 
Saya mula mencari-cari punca kenapa dia mendapat penyakit itu. Saya juga berpantang makanan yang dia alergi iaitu susu, telur, gandum, dan soya. Itu yang doktor beritahu selepas membuat alergi test di klinik pakar alergi. Semasa buat alergi test pada kulit, keputusannya semua negatif. Selepas buat ujian darah, makanan-makanan seperti yang saya sebutkan tadi menunjukkan nilai paling tinggi, melebihi 100. Saya mula berpantang, cuma makan ayam, nasi dan sayur. Makanan-makanan lain juga telah saya cuba pantang, tapi tak menunjukkan perubahan padanya. Susah sangat waktu tu nak cari makanan di luar, terpaksa makan salad saje bila terpaksa travel jauh.
 
 
Dalam saya mencari-cari punca kenapa Fansuri mendapat penyakit ekzema ini, saya banyak membaca info-info kesihatan sehingga saya dapat tahu puncanya banyak toksin di dalam badannya. Badan tak boleh menerima toksin-toksin itu dan cuba untuk membuang melalui kulit. Dan saya tertanya-tanya bagaimana bayi yang baru berumur 2 bulan boleh banyak toksin, mana datangnya? Jarang sekali saya makan makanan segera, apatah lagi minuman bergas atau junk food. Kalau orang dewasa mempunyai banyak toksin dalam badan itu sudah biasa... kerana dia sudah hidup lebih lama dan banyak mengumpul toksin dari persekitaran baik melalui makanan yang tidak sihat, pencemaran alam sekitar dan sebagainya...
 
Pada suatu hari, suami saya memberitahu saya yang ada orang memberitahunya bahawa vaksin/imunisasi yang diberikan kepada bayi juga boleh menjadi punca penyakit ekzema itu. Terkejut juga saya..betulkah? sejak itu saya mula mengkaji akan kesan-kesan imunisasi.. ooohh... barulah saya tahu.. inilah puncanya. Saya tidak membuat anggakan sahaja ok.. saya dah baca banyak maklumat tentangnya... mungkin entry di lain kali saya akan kupas dengan lebih mendalam mengenainya.
 
Rekod Imunisasi Fansuri
 
Saya mula mengingat-ingat peristiwa pertama kali Fansuri mendapat bintik-bintik merah penuh di badannya.. masih ingat-ingat lupa. Bila saya check balik tarikh imunisasinya, baru saya teringat pada hari Fansuri kena ialah pada hari dia mendapat suntikan 20/3/2012.. hari selasa. Seperti biasa, selepas bawa Fansuri ke klinik atau ambil suntikan di Tippecanoe Health County, Lafayette, kami sekeluarga akan ke kedai untuk beli barang. Pada hari itu kami pergi ke Sam's Club dan pada waktu itulah Fansuri kena, hari yang sama selepas mendapat 3 suntikan.
 
Sekarang, saya sudah menyesal... tapi sudah tiada gunanya. Anakku yang menjadi mangsa. Maafkan umi sayang... umi tidak tahu. Andai umi dapat undurkan masa, pasti umi tidak akan beri apa-apa yang membahayakan kesihatanmu. Umi tahu penderitaanmu..setiap saat umi menjagamu, kadang-kadang umi tak tahan melihat kamu tersangat gatal, kadang-kadang berdarah kulit digaru.. tangannya langsung tidak boleh dilepaskan bebas, pasti menggaru.. waktu sekarang tatkala umurnya sudah berusia 14 bulan, saya masih bedung dia. Saya cuba juga lepaskan tangannya, tapi serta merta tangannya menerpa muka untuk digaru..saya terpaksa tengok setiap masa supaya dia tak menggaru. Jika tak, kulitnya akan berdarah dan ambil masa pula nak elok. Perkembangannya juga terlambat jauh ke belakang. Sepatutnya pada umur sekarang dia sudah boleh berjalan, tapi sekarang cuma baring saja.. selalu lah saya dan suami pegang badannya untuk bermain... dia masih tidak pandai duduk dan berdiri sendiri. Inilah nasib anakku. Setiap hari saya berdoa agar anakku cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Sedih hatiku melihat kanak-kanak lain boleh riang gembira bermain.. abangnya Nu'man dulu pada waktu umur sepertinya sudah berjalan..
 
Mungkin ramai yang tidak percaya apa yang saya ceritakan mengenai punca Fansuri mendapat penyakit ini. Saya tidak kisah. Saya tidak kisah bila ada orang kata saya paranoid atau obses atau apa..katalah. Anak saya sudah menderita setahun lamanya.. sepanjang menjaganya saya sudah cukup tertekan.. sangat penat. Tiada tidur malam yang nyenyak. Lebih-lebih lagi anakku... nasib baik Nu'man sudah mula pandai uruskan diri. Sudah ambil air dan makanan sendiri, sudah boleh mandi dan ke tandas sendiri. Saya cuma tengok dan beritahu cara-cara, dan dia buat sendiri. Syabas Nu'man. Umur Nu'man kini 4 tahun, akan masuk 5 tahun pada bulan september.
 
Itulah kisah bagaimana Fansuri diserang ekzema..
 
Sekian buat masa ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, February 13, 2013

Mari buat body butter / krim / losyen sendiri

Salam semua.. kali ini saya mau kongsikan cara-cara membuat sendiri krim ataupun boleh juga dipanggil losyen. Krim ini amat sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja terutama untuk merawat penyakit-penyakit kulit 

Bekalan krim natural yang biasa diguna pun sudah mau habis, jadi saya rasa apa salahnya cuba buat losyen sendiri pula. Bolehlah jimat sikit, sebab harga krim yang natural agak mahal juga. Sebenarnya saya dah cuba sedikit buat losyen ni, dan lihat kesannya amat mengujakan.. kali pertama sapu losyen tu pada kulit Fansuri, waktu tu kulitnya berair dan merah sangat. Malam tu sebelum tido saya sapukan pada seluruh badan dia, dan walla! pagi esoknya kulit dia sudah tak berair, dan nampak ada perubahan sikit. Perubahan sikit pun saya dah cukup bersyukur... sebabnya sebelum ni kulitnya susah nak nampak perubahan.

Selepas membuat sedikit kajian di internet, saya dapati bahan-bahan yang saya gunakan ni sangat bagus untuk kulit. Losyen-losyen atau krim yang dijual di pasaran sebenarnya tidak elok untuk kulit yang sensitif kerana mengandungi bahan-bahan kimia, pewangi dan pewarna!! saya pun taktau apa tujuan pewarna diletak dalam losyen.. haih. Persekitaran kehidupan kita sekarang sudah banyak tercemar dengan makanan dan ubat-ubatan kimia, jadi buat losyen sendiri ni satu alternatif untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia..

Saya ceritakan serba sedikit tentang bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat losyen sendiri ni.

Shea Butter adalah butter yang diekstrak dari African Shea Tree. Buah dari pokok ni berupa kacang, yang kemudian diketuk untuk diambil isinya sebelum diproses. Kebanyakan pokok shea ni tumbuh di negara Ghana. Shea Butter digunakan secara meluas untuk produk kulit dan rambut terutamanya. Kelebihan shea butter ini antaranya ialah meyembuhkan, anti radang dan antioksidan. Amat bagus untuk kulit bermasalah seperti eczema dan psoriasis, kulit kering, kulit pecah dan sebagainya..

Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil, VCO) pula adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seaslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu memprosesnya. Minyak kelapa dara juga dikenali sebagai minyak terbaik di dunia, yang mana khasiatnya telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan manusia keseluruhannya. Antara khasiat minyak kelapa dara ialah meningkatkan sistem imun tubuh, meningkatkan tenaga, membunuh virus dan bakteria, dan sebagainya.. tak dapat den nak senaraikan semua.. terlalu banyak khasiatnya menyerupai khasiat susu ibu. Minyak kelapa dara sudah banyak kelebihannya, tapi saya memilih Minyak Kelapa Dara Ekstra (Extra Virgin Coconut Oil) untuk mendapatkan khasiatnya yang paling optimum. Apa yang saya dapat lihat dengan ialah Minyak Kelapa Dara Ekstra ini lebih lembut dan kurang berminyak berbanding VCO biasa.

Minyak Zaitun Dara (Virgin Olive Oil, VOO) sama juga seperti minyak kelapa dara cara pemprosesannya, cuma bezanya ia dari buah zaitun. hehehe macam kelakar pula nama Minyak Zaitun Dara. Khasiatnya pun banyak sekali, antaranya bagus untuk merawat penyakit diabetes, penyakit jantung, untuk kesihatan kulit dan banyak lagi. Saya juga memilih Extra Virgin Olive Oil untuk dapatkan kesan paling optimum.

Sekarang dah kenal sikt-sikit bahan-bahannya, jom tengok macam mana cara membuatnya pula.. amat senang sekali. Buat di rumah saje menggunakan barang-barang yang ada di dapur. Kemahiran profesional tidak diperlukan dalam membuat losyen ni.


Homemade Cream/lotion

 








Bahan-bahan yang diperlukan:

1 cawan Mentega Shea mentah (Raw Shea Butter)
1/2 cawan Minyak Kelapa Dara Ekstra (Extra Virgin Coconut Oil, EVCO)
1/4 cawan Minyak Zaitun Dara Ekstra (Extra Virgin Olive Oil, EVOO)

Peralatan yang diperlukan:

Hand Mixer
Bekas untuk membancuh
Bekas atau botol kosong - untuk meyimpan krim yang telah siap

Cara-Caranya:

1. Masukkan Raw Shea Butter ke dalam bekas membancuh. Putarkan menggunakan hand mixer menggunakan kelajuan medium. Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat.
2. Apabila Shea Butter sudah lembut, masukkan EVCO dan terus putarkan.
3. Masukkan EVOO dan terus putar sehingga adunan menjadi kuning terang.
4. Walla! siaplah krim buatan sendiri. Bolehlah disimpan di dalam botol pilihan anda dan letakkan dalam suhu bilik. Elakkan terkena direct cahaya matahari untuk mengekalkan keberkesanannya. Jika jarang menggunakan krim ini, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. Jika menggunanya setiap hari, letak saja di dalam suhu bilik, tidak mengapa.

Selain menggunakan bahan-bahan seperti di atas, boleh juga menggunakan minyak-minyak lain yang ada jual di pasaran seperti minyak almond, minyak jojoba, atau minyak-minyak lain yang bagus untuk kulit. Setiap minyak mempunyai keunikan tersendiri.

Bolehlah gunakan krim ni untuk merawat ekzema atau penyakit kulit yang lain. Boleh juga disapukan pada rambut. Gunakan tanpa was-was, jika termakan pun tidak mengapa. Saya jamin kesannya amat menakjubkan.

Setelah menggunakan krim ini kepada anak-anak dan saya sendiri, apa yang saya dapat lihat antara kelebihannya ialah:

- Kulit tidak pedih walaupun ada luka
- Menyembuhkan kulit yang luka/berair
- Menghilangkan gatal
- Melembabkan kulit
- Menghitamkan dan menyihatkan rambut
- Melicinkan kulit
- Merawat kulit kaki yang merekah/pecah

Boleh dikatakan krim ini pelbagai guna, boleh digunakan dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh lihat kesan penggunaan krim ini pada pertama kali menggunakannya. Bahan-bahannya boleh dibeli di kedai Natural Shop berhampiran anda atau boleh saje beli secara online. Jika sesiapa yang agak sukar untuk dapatkannya, boleh saja dapatkan daripada saya. Saya akan cuba carikan atau buatkan krim ini.

Sekian wassalam. Selamat mencuba!