Wednesday, November 30, 2016

DIY Bedak Compact / Tutorial Membuat Bedak Muka


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya membuat bedak bukanlah susah. Saya dah survey bedak di kedai, tapi amat susah sekali nak cari bedak yang natural tanpa ada 'unwanted ingredients'. Siapa yang follow saya dari awal mesti tahu kenapa saya mengelak guna produk-prduk yang mengandungi bahan-bahan seperti paraben, pewarna sintetik, pewangi sintetik dan sls. Saya pembuat natural skincare, bila dah tahu apa kesan buruk sesuatu bahan tu pada kita, sebolehnya kita elak. Apa lagi kalau untuk penggunaan berpanjangan. Macam bedak ni, perempuan mesti nak pakai hari-hari kan. So apa kata kita cuba buat sendiri guna bahan-bahan semulajadi.

Okey, saya dah cuba buat 2 versi bedak compact / bedak padat / compact powder or whatever you want to call it lah. Saya lebih suka bedak compact berbanding bedak serbuk atau 'loose powder'. Sebabnya bedak serbuk tu akan berterbangan waktu nak sapu, dia jatuh-jatuh pada baju dan ada feeling tak best bila pakai. Hehe. Ia juga boleh masuk dalam sistem pernafasan kan.. harap-harap bedak compact ni kurang sikit masuk dalam hidung.


Okey, berbalik pada versi bedak tadi, yang saya buat satu 'basic version', satu lagi 'advanced version'. Versi basic ni lebih mudah, dan bahan-bahannya juga senang didapatkan. Siapa yang suka produk yang wudhu' friendly inilah dia bedaknya. Tak perlu basuh sebelum ambil wudu'. Tapi tekstur dia lebih tebal, tak berapa perfect sangat macam yang ada brand, tapi ok je untuk guna setiap hari.

Versi advance lebih rumit sikit. Teksturnya lebih lembut hampir sama dengan yang ada brand mahal. Pembuat handmade skincare mesti nak cuba ni. Muka perlu dibasuh dengan sabun dulu sebelum wudu' sebab bedak ni susah nak tanggal.

Sebelum kerja-kerja 'messy job' dimulakan, kita sediakan peralatan dulu.

Peralatan yang diperlukan:
Bekas bedak (boleh recycle bekas bedak lama atau cari bekas cermin di Mr. Diy)
Mangkuk
Sudu
Blender kering
Sudu penyukat 1tbsp, 1 tsp, 1/2 tsp, 1/8tsp
Pemberat (saya gunakan anak lesung batu :p )
Acuan silikon (silicon mold)


Resepi Bedak Compact Versi Basic.

2 tbsp tepung beras
1/2 tsp serbuk koko
1/8 tsp serbuk kunyit
25 titik campuran minyak (8 titik minyak eo dan minyak pilihan)


Resepi Bedak Compact Versi Advance.


2 tbsp arrowroot powder
1/2 tsp sebuk koko
1 tsp zinc oxide
1/8 tsp serbuk kunyit
1/8 tsp Red Clay
25 titik minyak (8 titik eo + minyak pilihan)


Versi advanced perlukan lebih banyak bahan, agak sukar diperolehi. Tapi pembuat skincare handmade mesti kenal bahan-bahan dia. Boleh tambahkan vitamin e oil untuk ketahanan lebih lama.

Resepi di atas juga boleh diubahsuai ikut kesukaan masing-masing. Di bawah ni saya senaraikan bahan-bahan yang boleh ditukar ikut kesukaan masing-masing. Buatlah eksperimen sendiri hingga memuaskan hati kita ya.

Tepung: Tepung beras / tepung jagung / arrowroot powder

Red Clay: Rose Clay / mica (something yang warna merah.. boleh try guna serbuk cili jika tak keberatan : )

Minyak.
Minyak boleh dicampur ikut kesukaan masing-masing yang berjumlah 25 titik atau lebih atau mengikut kesesuaian resepi. Lain jenis bahan yang digunakan berbeza kandungan minyak yang diperlukan. Jika tak ada eo, boleh saja gunakan semua minyak biasa , cuma dia tak berbau wangi dan akan cepat berbau tengik. Eo banyak manfaatnya so sapa-sapa yang belum terbiasa guna bolehlah cuba-cuba mula biasakan dengan eo.

Minyak yang boleh digunakan: Semua jenis contohnya seperti Minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak jojoba,  minyak almond, dsb. Saya gunakan minyak jojoba.

Minyak pati (Essential Oil): 5-8 titik. Semua jenis kecuali yang bersifat citrus. Minyak yang bersifat citrus seperti lemon, lime tak sesuai untuk digunakan waktu siang hari kerana ia boleh menyebabkan sunburn. Saya gunakan campuran rose eo dan jasmine eo. Boleh bayangkan tak betapa wanginya bedak ni.. bau bunga ros+jasmine. Best sangat..

Cara-cara:

1. Sukat semua bahan kering iaitu tepung, serbuk koko, serbuk kunyit, clay, zinc oxide, gaulkan.


2. Blend semua bahan kering tadi sehingga halus.
3. Titikkan minyak pilihan anda. Cuba 25 titik. Blendkan lagi sehingga sebati.
4. Isikan bedak ke dalam bekas bedak compact. Letakkan acuan silikon atasnya, tekan-tekan guna pemberat. Saya gunakan anak lesung batu bahagian belakang yang rata tu. hehe. Multipurpose rupanya lesung batu ni kan ? haha.



5. Ratakan permukaan bedak. ketuk-ketuk sikit belakang bekas bedak, kalau tak jatuh tu dah siap. Kalau bedak jatuh atau pecah, ulang lagi langkah 3 dengan tambahkan beberapa titik minyak. Kemudian ulang langkah 4 dan 5.



Okey. Siap dah. Warna bedak tu juga bergantung pada bahan yang kita guna. boleh kurangkan atau tambahkan mengikut warna yang kita nak. 

Versi basic yang dalam bekas kuning tu, dan versi advance yang bekas biru. nampak kan beza dia. Yang versi advance lagi best!

Boleh cuba sendiri ya! Rajin-rajinkan sikit. Selain kita boleh pilih bahan apa yang kita nak, kita juga dapat berjimat sedikit. 

Kalau rasa entry ni bermanfaat, silalah share. Berikan sikit kredit kepada blog ni dan Fb Zuree Naturals. Sekian Wassalam.


Wednesday, August 3, 2016

Merawat Ekzema Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak akhir-akhir ni semakin ramai pula orang yang mengalami ekzema. Bukan hanya orang dewasa, malah baby seawal umur 2 bulan pun semakin ramai. Ekzema ni kalau tak dibendung lebih awal, ia akan semakin merebak. Saya macam tahu apa sebab utama berlaku ekzema pada baby, terutamanya ekzema yang teruk sebab anak sendiri dah mengalaminya. Tapi malas nak cerita pasal sebab dia, nanti jadi kontroversi. Kita cerita tentang cara merawatnya lah.

Sejak menubuhkan blog ini dan Zuree Naturals, memang selalu saya mendapat pertanyaan, ada yang menunjukkan gambar-gambar serta menceritakan keadaan ekzema mereka. Saya tak kisah, jika sesiapa nak berkongsi dan nak bertanya, dialu-alukan. Apa yang saya boleh bantu, saya akan cuba beri cadangan. Kadang-kadang bila kita cerita pada orang masalah kita, akan ada rasa lebih lega. Jangan rasa keseorangan, ramai orang yang mengalami masalah ekzema. Boleh join group support ekzema seperti group Kumpulan Sokongan Ekzema, Ekzema Malaysia atau NAAE. Boleh search di Facebook dan join group ni. Ada banyak info dapat dikongsi di sana.

Melalui gambar-gambar dan penceritaan mereka, saya dapati ekzema ada bermacam-macam keadaan. Sama seperti yang berlaku pada Fansuri dulu. Keadaan ini akan berubah-ubah, kadang-kadang kulit akan berair atau bernanah, kulit kering, tebal dan merah, ada juga sampai merekah. Ini biasa. Jika menggunakan krim steroid untuk jangka masa lama, kulit akan jadi nipis dan mudah luka bila digaru. 

Elakkan menggunakan krim steroid untuk jangka masa panjang, melebihi 7 hari. Jika sembuh dalam masa 7 hari, ok. Tapi jika belum sembuh, berhenti guna. Ini kerana krim steroid akan menyebabkan kulit ketagih, ia hanya membuatkan kulit nampak licin sementara waktu, nanti ia akan datang balik dengan lebih teruk, dan anda memerlukan dos yang lebih tinggi. Inilah apa yang berlaku pada Fansuri dulu.

Saya faham perasaan tu bila kesian tengok anak gatal-gatal, kalau saya gatal sikit pun tak tertahan, apatah lagi anak kecil. Bila menggaru tu memang tak ingat dunia. Sedar-sedar dah berdarah. Jika ada alergik, sila elakkan seperti pantang makan apa yang menyebabkan alergik, kalau alergik habuk kena tukar cadar, elakkan guna karpet, gunakan pencuci yang hypoallergenic dan sebagainya. Banyak yang perlu anda tahu dan belajar. Group sokongan di facebook tu boleh membantu jika anda nak belajar. Panjang kaedahnya kalau saya nak huraikan satu persatu. 




Cara Merawat Ekzema Secara Semulajadi 

Kita masuk bab rawatan pula. Macam-macam cara ada, pilih saje yang mana serasi dengan anda. Produk-produk di luar sana pun ada banyak. Cuma nasihat saya, pilihlah produk yang semulajadi, baca label. Kalau boleh elakkan produk yang mengandungi pewangi, SLS dan paraben terutamanya. Bahan-bahan ini boleh mendatangkan radang atau kesan sampingan yang lain pula. Ada banyak lagi senarai yang perlu dielakkan, boleh google atau buku-buku pun banyak menulis tentang skincare.

Produk saya sendiri pun ada. 2 produk ni iaitu Unpetroleum Jelly dan Healing Cream memang saya gunakan untuk anak saya Fansuri. Dan kesannya memberangsangkan juga. Fansuri sembuh ekzema dengan 2 produk ni.

Unpetroleum Jelly.

Jelly ni dipanggil 'ubat yellow' oleh Fansuri. Dia suka sangat ubat ni. Unpetroleum Jelly ni hanya campuran minyak-minyak dan butter seperti minyak zaitun (EVOO), Shea butter, Cocoa Butter, Castor Oil, Beeswax dan Vitamin e. Ia agak greasy, tapi lembut pada kulit. Tak pedih jika ada luka. Pertama kali saya buat jelly ni, ketara sangat kuiltnya nampak lebih elok, kulit yang merekah tu dah kurang, luka pun cepat baik. 

Healing Cream

Healing cream dipanggil 'ubat white' oleh Fansuri. Dia tak suka sangat krim ni sebab dia tak suka basah-basah. Saya sapu juga kat dia. Menangis-nangis tak mau. Kadang-kadang bila dia tengah leka main atau waktu tidur saya sapu kat dia, baru ok. 

Krim ni agak pedih jika ada luka, mungkin sebab ada Essential oil. Dia sembuh dengan krim ni. Bila kulit gatal, merah-merah, tebal tu, krim ni lebih cepat kesannya. 

Saya buat dan jual krim ni start di Malaysia. Banyak dah terjual, melebihi 300 botol. Alhamdulillah sangat sesuai dengan ramai orang. Boleh baca testimoni orang yang dah pernah guna di page facebook saya Zuree Naturals. Saya pun dah daftar SSM ye, bernombor BC0004979-V. Hehe.

Cara Penggunaan.

Unpetroleum Jelly dan Healing Cream boleh digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Rasa gatal je, sapu. Nak kesannya lebih cepat, sapu lebih kerap. 

Untuk kulit yang ada luka, saya cadangkan sapu unpetroleum jelly dulu, kemudian lapis kedua sapu healing cream. Ini bagi mengelakkan rasa pedih. Saya dah try sendiri cara ni pada luka saya. Kurang sikit pedihnya. Kesian kan kalau baby yang ekzema sampai luka tu kalau terus sapu healing cream, memang pedih.


Jika sesiapa yang nak cuba bolehlah dapatkan melalui saya. Boleh whatsap saya 01123593070 atau pm saya di facebook Zuree Naturals. Akaun fb personal saya Zuriah Jue.  Bolehlah mana-mana cara. Saya akan reply semua iAllah, walaupun kadang-kadang lambat. Hehe. 

Akhir kata, saya doakan semua pembaca happy-go-lucky selalu. Kepada penghidap ekzema saya doakan kalian cepat sembuh. Jangan sedih-sedih. Cuba saja apa yang termampu. 

Tuesday, February 23, 2016

Kenapa Sabun Buatan Tangan?

Pembuatan sabun telah lama dimulakan sejak beribu-ribu tahun dahulu terutama di negara Eropah. Nenek-nenek moyang mereka mula membuat sendiri sabun dan juga produk-produk penjagaan kulit yang lain seperti losyen, lip balm, body butter dan sebagainya. Maka tidak hairanlah sehingga kini pembuatan produk-produk penjagaan kulit di rumah masih aktif dan berleluasa di negara Eropah. 

Saya sendiri mula kenal dengan pembuatan produk buatan tangan apabila sedang meng'google' produk semulajadi apabila anak sendiri ada alergi dan tak boleh menggunakan produk yang banyak dijual di pasaraya-pasaraya. Setelah membaca dan mencuba akhirnya saya seronok dan kini saya jumpa semangat saya ialah di sini. My passion is crafting handmade skin products. At least for now. hehe.



So, sekarang saya nak ceritalah sedikit sebanyak kenapa produk buatan tangan? kenapa nak susahkan diri buat di rumah, sedangkan banyak ada jual di kedai-kedai dan pasaraya dan harganya lebih murah? ok meh nak kabor..

Kenapa Sabun Buatan Tangan???

Sabun buatan kilang kebanyakannya bukanlah sabun. Ia adalah bahan pencuci sintetik (syntethic detergent) yang ditambah dengan bahan-bahan seperti pewangi sintetik, pewarna serta pengawet. Tak payah cerita semua ni memang kita dah tahu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jangan terkejut bila saya katakan ada sabun yang murah-murah diletakkan lemak b*bi. Memang ada formula sabun yang menggunakan lemak haiwan seperti lemak b*bi. Jadi berhati-hati. Mungkin lemak haiwan tersebut tak disenaraikan di bahagian kandungan. Ada bahan-bahan yang disorok oleh pengilang. Sangat berbeza dengan sabun buatan tangan yang mana kita buat dalam kuantiti sedikit dan boleh memilih bahan-bahan yang berkualiti. Dengan penggunaan minyak pati (essential oil) akan menambah manfaatnya kepada kesihatan. Tapi perlu diingat, tak semua sabun buatan tangan itu natural. Perlu tahu apa kandungan yang dibubuh oleh pembuat sabun. 

Membuat sabun buatan tangan juga bukan semudah abc. Pembuat perlu belajar cara yang betul. Saya sendiri banyak membaca cara-caranya, bahan-bahan yang bagus, tengok video-video dan baca, baca dan baca. Tak pernah pergi kursus pun. hehe. 

Saya memilih bahan-bahan yang berkualiti serta bermanfaat untuk kulit. Pewarna yang saya gunakan semuanya dari sumber semulajadi seperti kunyit, spirulina, alkanet root, dan juga tanah liat (clay). Pewangi pula menggunakan essential oil yang memang mahal harganya. Kena faham yang essential oil itu adalah minyak pati dan untuk mendapatkan 1ml minyak memerlukan berkilo-kilo herba atau bunga. Manfaat essential oil itu sangatlah 'awesome' jadi amat berbaloi-baloi.

Saya yakin jika anda mula menggunakan sabun handmade natural, anda mungkin tak akan bertukar sabun dah. Ramai pengguna sabun yang saya buat mengatakan bila mereka tukar guna sabun lain, kulit kembali tumbuh jerawat, kulit kembali kusam.