Monday, November 9, 2020

TERAPI MASALAH KULIT

 Baru 3 hari dah nampak kesan!


JANGAN BIARKAN MASALAH KULIT ANDA BERLARUTAN LAGI.

Kami memperkenalkan INTENSIVE CREAM & SOOTHING GEL untuk mengatasi masalah kulit anda.


Antara kelebihan Intensive Cream adalah: 

  • Menggunakan bahan semula jadi
  • Tidak ada kesan sampingan 
  • Didaftarkan dengan KKM 
  • Sesuai digunakan untuk semua peringkat usia
  • Menunjukkan kesan dengan cepat




Lihat testimoni mereka yang telah menggunakan Intensive Cream ini (dulu adalah Healing Cream) & Soothing Gel.








Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak testimonial pengguna TESTIMONIAL



Terdapat ramai yang bertanya kepada kami yang mana satu nak guna? Jawapannya ialah ia bergantung kepada masalah kulit anda.


Baik.. ini senarai masalah dan cadangan produk yang sesuai digunakan:-


Intensive Cream:

  • Ruam
  • Gatal
  • Bengkak
  • Bernanah
  • Berair

Soothing Gel:

  • Luka
  • Kulit luka
  • Kulit kering
  • Melecet

Untuk masalah kulit yang agak teruk, dicadangkan gunakan SET KOMBO Intensive Cream & Soothing Gel bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat!


Pakej A Set Kombo INTENSIVE CREAM & SOOTHING GEL hanya RM60


Selain masalah kulit di atas, Intensive Cream juga boleh digunakan untuk pelbagai masalah kulit lain. Ini satu bonus kerana Intensive Cream perlu dibawa kemana-mana saja anda pergi kerana ia boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah-masalah seperti berikut:


  • Gigitan serangga
  • Ruam panas
  • Ruam lampin
  • Jerawat
  • Jangkitan kuman
  • Terkena periuk panas
  • Nanah
  • Bisul
  • Kudis
  • Kurap
  • Dan lain-lain masalah di kulit

Wednesday, October 7, 2020

9 Kelebihan Whipped Soap Yang Anda Perlu Tahu

Pernah tak anda mendengar whipped soap atau dalam bahasa melayu sabun putar? betul ke tak translation saya ni.. saya anggap betul la.. whipped cream, krim putar. Whipped soap, sabun putar. 😁 Saya pasti ramai yang belum pernah dengar atau guna. Sebab saya sendiri yang dalam bidang sabun pun baru kenal.. 😊
Saya mula membuat whipped soap (sabun putar) secara tiba-tiba. Hobi saya kalau nak tahu, saya suka membuka pinterest dan etsy.. bila ada masa lapang atau kebuntuan idea, saya akan buka apps tu untuk cari idea. Entah macamana ternampak whipped soap ni. Whipped soap ni popular di luar negara.. nak-nak nya di Uk. Di Malaysia saya rasa masih belum berleluasa.. Kalau u all google masih belum banyak ada di Malaysia. Saya harap saya akan jadi pioneer dalam whipped soap ni. Doakan whipped soap saya ni viral okay 😉. Nak tolong viral kan pun dialukan.. hehe Okay.. kat sini saya ceritakan kebaikan dan kelebihan whipped soap yang anda perlu tahu. Ini yang jenama saya ya.. jenama lain mungkin berbeza bergantung kepada jenis minyak dan bahan-bahan lain yang diletakkan.
9 Kelebihan Menggunakan Whipped Soap & Scrub Zuree Naturals

1. Pelbagai guna. Boleh digunakan untuk mandian, syampu dan shaving cream. 

- Jadi boleh dikatakan ia pelbagai guna. Boleh saja digunakan untuk perkara lain contohnya sabun basuh tangan, basuh muka dan lain-lain. Tapi saya nak highlightkan penggunaannya hanya fokus kepada 3 fungsi. Jadi kenapa tidak ia jadi pilihan? Kerana kat sini dah boleh menjimatkan. Tak perlu berbelanja lebih untuk membeli pelbagai sabun untuk kegunaan harian. Cukup satu jenis boleh digunakan untuk pelbagai perkara. 

  2. Melembapkan kulit dan melicinkan. 

- Oleh kerana kandungan utama whipped soap adalah glycerin, ia memang melembapkan kulit. Sesuai sangat untuk orang berkulit kering. Lepas pakai anda akan rasa kulit anda lembut dan lembap.. apatah lagi kalau pakai scrub.. menanggalkan kulit mati dan darkie.. 

  3. Tanpa bahan kimia bahaya dan bahan yang tidak diperlukan. Tanpa sls, paraben, pewangi sintetik, pewarna sintetik. 

 - Sememangnya Zuree Naturals hanya membuat produk semulajadi tanpa bahan kimia bahaya atau yang tidak diperlukan. 

  4. Kandungan semulajadi. Mengandungi minyak premium dan vitamin e. 

 - Bahan-bahan yang kita pilih adalah premium.. saya masukkan minyak jojoba, u know minyak jojoba ni amat mahal, satu liter harganya lebih kurang rm300+. Minyak-minyak lain juga mempunyai kelebihan tersendiri untuk kulit. Kita memang nak pengguna merasai yang terbaik, jadi kita pilih minyak terbaik. 

  5. Membuatkan waktu mandi lebih menyeronokkan. 

 - Tekstur sabun yang creamy dan lembut membuatkan anda tak sabar nak mandi. Dengan aroma wangi dari essential oil memang sedap sangat.. 

  6. Banyak buih. 

 - Whipped soap ni banyak buih, memang best.. Jadi kepada peminat bubble bath ini untuk anda. 


 7. Tidak berminyak & tidak melekit. 

 - Whipped soap tidak melekit dan tidak berminyak. Kebanyakan scrub natural, orang buat menggunakan campuran minyak, gula dan essential oil. Ia berminyak dan anda perlu gunakan sabun lain pula untuk hilangkan minyak. Tapi tidak untuk whipped soap.. 


  8. Harga berbaloi. Tahan lama dan menjimatkan. 

 - Anda hanya perlu ambil sedikit saja untuk sekali penggunaan. Sebekas saya anggarkan boleh bertahan 2-3 bulan untuk seorang. 

  9. Rasa fresh dan segar dengan bauan aromaterapi. 

- Bau whipped soap yang saya gunakan datangnya daripada essential oil. Saya rasa ramai dah tahu kelebihan essential oil. Ia membantu memberikan ketenangan dan banyak kelebihan untuk kesihatan kulit. I bersifat antibakteria, antifungal dan bersifat penyembuhan.


Amacam.. best tak? Saya seronok sangat guna whipped soap. Guna sebagai syampu pun best. Beberapa hari selepas guna dah rasa rambut lebih kuat, shining dan lurus.. lagi better daripada syampu organik yang berharga ratus-ratus yang saya guna sebelum ni. I tell you. Saya menghadapi masalah rambut berbuah dan cepat putus sebelum ni.. sejak guna whipped soap sebagai syampu, rambut lebih kuat dan tak kesat. Kandungan glycerin yang tinggi dalam whipped soap inilah yang menjadikan rambut lembap. Minyak-minyak yang saya pilih juga membantu menguatkan rambut dan membuatkan rambut lebih shining.

Jika anda mahu lihat lebih banyak perkongsian mengenai whipped soap atau produk-produk lain yang saya produce sendiri, boleh lawati fb page Zuree Naturals dan juga ig Zuree Naturals.

Sekian saja.. bertemu kita di next post.. 

Saturday, September 28, 2019

Castile Soap Dan Kelebihannya

CASTILE SOAP DAN KELEBIHANNYA



Sabun Castile awalnya dibuat pada abad ke 13 di Sepanyol. Pada awalnya Castile Soap diperbuat hanya dari minyak zaitun tanpa campuran minyak-minyak yang lain. Tapi sehingga kini ramai pembuat sabun mencampurkan dengan beberapa minyak yang lain bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak buih.

Walaubagaimanapun, saya memilih untuk menghasilkan Castile Soap dari 100% Minyak Zaitun tanpa campuran minyak lain. Sebabnya Castile Soap dari minyak zaitun lembut pada kulit sensitif. Juga sesuai untuk seisi keluarga termasuk bayi.

Castile Soap Zuree Naturals boleh dicairkan lagi mengikut kesukaan anda. Boleh juga terus digunakan sahaja memandangkan castile soap ni lembut dan buihnya tidak banyak. Hanya perlu sedikit sahaja untuk sekali guna. PH castile soap ini ialah 8.



KELEBIHAN CASTILE SOAP ZUREE NATURALS

1. Castile Soap adalah produk semulajadi yang mesra alam sekitar, ia tak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan alam, malah memelihara kulit dari rosak. Castile Soap boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, antaranya sebagai gel mandian, syampu rambut, pencuci pinggan, pencuci makanan, buah-buahan, sayuran, sebagai mandian haiwan peliharaan dan apa saja.

2. Sabun Castile dari Zuree Naturals lembut pada kulit sensitif dan mengelakkan alergi yang mungkin terjadi oleh bahan-bahan kimia yang biasa ada dalam sabun-sabun biasa di pasaran.

3. Tidak menyebabkan kulit kering. Malah melembabkan kulit.

4. Tidak menutup liang pori.

5. Bebas dari agen buih seperti Sodium /ammonium Lauryl/laureth Sulfate. Agent buih inilah yang menyebabkan kulit boleh menjadi kering.

6. Tiada sebarang pengawet.

7. Tiada pewangi sintetik. Umum mengetahui kesemua produk Zuree Naturals tiada menggunakan pewangi sintetik/ fragrance.

Saya tidak memasukkan sebarang minyak pati untuk keluaran pertama ini untuk memberi pilihan kepada anda memilih minyak pati kegemaran masing-masing. Mungkin keluaran yang lain akan saya masukkan beberapa jenis minyak pati bagi memudahkan sesiapa yang tiada minyak pati di rumah. Kalau nak request untuk letak minyak pati pun boleh.. cuma perlu tambah sikit kos mengikut jenis minyak pati.



HARGA

Harga sebotol Castile Soap seberat 250g adalah Rm29.

CARA PEMBELIAN.

Boleh dapatkan di kedai Shopee Zuree Naturals di link shopee.com.my/zureenaturals

atau wasap ke 011-12476239




Saturday, August 11, 2018

Perbezaan Antara Losyen, Krim, Body Butter, Minyak Dan Ointment

Terdapat banyak jenis pelembap sapuan yang boleh kita pilih untuk mengatasi masalah kulit. Namun, apakah betul yang pilihan itu mengikut kesesuaian keadaan kulit?

Tersalah pilih boleh menyebabkan masalah kulit tidak akan selesai. Kemudian kita pelik kenapa dah pakai bermacam-macam produk pun tak baik juga.. atau kulit tetap kering.

Betul.. Kita boleh cuba bermacam produk, tapi ada baiknya kita tahu yang mana sesuai dengan keadaan kulit kita. Kulit yang tiada masalah teruk lebih mudah, boleh guna mana-mana jenis skincare pun. Yang jadi masalahnya jika kulit bermasalah teruk atau terlalu kering.

Kat sini saya senaraikan perbezaan setiap pelembap seperti losyen, krim, body butter, minyak atau ointment dengan keadaan kulit. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya ya..

Losyen
- Tekstur lebih cair, tidak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit.
- Sesuai untuk kulit yang sederhana kering atau tidak terlalu kering.


Krim.
- Tekstur lebih pekat dari losyen.
- Biasanya krim dibuat untuk merawat masalah penyakit kulit.
- Walaupun kulit dah disapu krim, pelembap tambahan mungkin diperlukan untuk mengekalkan kelembapan.

Body Butter
- Body Butter teksturnya pekat dan greasy tapi cepat menyerap ke dalam kulit. Ia biasanya akan mencair pada suhu badan. Ia akan mencair apabila mula dipegang.
- Body Butter mungkin mengandungi 100% butter atau campuran butter dan minyak.
- Sesuai untuk kulit sederhana kering.

Ini adalah contoh body butter. Masa mula2 belajar buat skincare dulu belum tahu lagi jenis2 skincare.. ni gambar lama 😁

Minyak.
- Minyak teksturnya greasy dan dan cepat menyerap ke dalam kulit. Terdapat pelbagai jenis minyak dan berbeza tahap penyerapannya. Ada minyak kurang greasy dan ada yang lebih greasy.
- Sesuai untuk kulit sederhana kering.

Ointment
- Ointment teksturnya amat greasy dan lambat menyerap ke dalam kulit. Ia berada lebih lama pada permukaan kulit menjadikan ia lebih sesuai untuk kulit yang kritikal kering. Contoh ointment ialah petroleum jelly.
- Kalau nak yang natural, carilah unpetroleum jelly. Produk saya ada sejenis unpetroleum jelly yang diberi nama Soothing Gel, sesuai dengan fungsinya iaitu soothing dry skin. Kulit yang terlalu kering lebih sesuai pakai Soothing Gel. Selain melembap, kandungan butter dan minyak membantu merawat kulit luka tanpa memberikan rasa pedih.



Sekian dulu.. kalau ada tambahan nanti saya akan update lagi. Gigih buat entry walaupun guna phone saja.. pc saya rosak nak buat kerja pun susah.

Boleh wasap saya terus jika ada apa2 persoalan. http://zuree.wasap.my atau 01112476239


Saturday, July 22, 2017

DIY Face Serum

Setelah sekian lama menyepi dari blog, hari ni kembali memeriahkan blog natural zue. selama ni agak busy dengan Zuree Naturals, tu tak sempat nak update blog sangat. :)

Kali ni saya nak share pulak diy buat serum. Asasnya serum ni diformulasikan sebagai face serum, tapi bila tengok pada pemilihan minyak-minyak yang saya guna, maka serum ni juga sesuai dijadikan hair serum. Serum yang akan saya tunjukkan ni adalah natural dan amat mudah dibuat. Hanya perlukan beberapa bahan saja. Kualiti sama macam serum brand popular, tapi ini versi lebih menjimatkan. heheh


Untuk membuat serum ini, hanya perlukan 2 jenis bahan iaitu Minyak Pelarut (Carrier Oil) dan Minyak Pati (Essential Oil). Pemilihan Carrier Oil dan Essential Oil adalah terpulang pada kita sendiri. Untuk kali ni saya memilih kombinasi minyak-minyak yang sangat bagus untuk kulit dan rambut.

Minyak-minyak pilihan saya iaitu minyak argan dan minyak jojoba. Minyak-minyak ini agak mahal harganya, tapi tuan/puan boleh menukar jenis minyak kepada minyak yang lebih murah dan lebih mudah didapati seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak almond, minyak bunga matahari atau lain-lain yang bagus untuk kulit. Kenapa saya pilih minyak-minyak ni? Jom baca sikit kebaikan dia...

Minyak Pelarut

Minyak Jojoba - ia menembusi kulit dengan baik. Struktur kimia menyerupai sebum, iaitu minyak yang dikeluarkan oleh kulit manusia. Melembap dan mengemulsi. Mengandungi protein, bahan galian, asid mistristik iaitu agen antiradang. Paling versatile. Sesuai untuk semua jenis kulit, membantu liang tersumbat. Boleh digunakan sebagai kondisioner rambut atau sunscreen semulajadi.

Minyak Argan -  bersifat antiaging. Membantu menghalang dan mengurangkan keradangan, juga memerangkap kelembapan serta mengekalkan kelembapan kulit. Selamat untuk kulit sensitif dan diserap ke dalam kulit dengan mudah. Sesuai untuk kulit berparut, stretch mark, kulit yang tidak sekata dan kulit yang semakin dimakan usia atau jeragat.


Minyak Pati (EO) pula saya pilih Lavender dan Frankincense.

Lavender - Sesuai untuk semua radang kulit, kulit terbakar akibat pancaran matahari.  Melegakan dan menenangkan. Sesuai untuk ketegangan saraf, mudah meradang, insomnia, stres, gelisah, melegakan sistem saraf, kemurungan. Tidak toksik, tidak merengsa dan tidak sensitiza(sesuai untuk kulit sensitif).

Frankincense - Sesuai untuk kulit tua, kulit berkedut (antiaging), luka, ulser, jerawat, parut, antiradang, serta menceriakan. Membantu ketika menjelang melahirkan anak, kemurungan selepas melahirkan, membantu lebih fokus. Tidak toksik, tidak merengsa dan tidak mensensitiza.

______________________________________________

Peralatan dan Bahan yang diperlukan.

Minyak Pelarut (Carrier Oil) 20g
Minyak Pati (Essential Oil) 10 titik
Botol kaca gelap
Penimbang (Kitchen Scale)

Kandungan minyak pelarut yang dipilih jumlahnya 20g. Saya gunakan 10g minyak argan dan 10g minyak jojoba. Untuk tuan/puan diy, terpulang kepada sendiri berapa jumlah timbangan yang hendak dicampurkan. 

Botol yang digunakan mestilah botol kaca gelap. Botol plastik tak digalakkan kerana minyak pati boleh menghakis botol plastik, dan minyak juga cepat teroksida. Saya gunakan botol recycle produk yang dah habis. Tapi perlu disteril terlebih dahulu untuk mematikan kuman-kuman.

Cara-cara Membuat Serum

Mudah sangat-sangat caranya. Hanya perlu campur saja semua bahan-bahan. 


  1. Timbang 10g minyak pelarut, iaitu minyak argan dan minyak jojoba ke dalam botol kaca gelap.
  2. Kemudian titikkan minyak pati pilihan tadi ke dalam sebanyak 10 titik. Saya guna 5 titik Lavender dan 5 titik Frankincense.
  3. Tutup botol dan goncangkan. Biar seketika sehingga minyak larut dan mesra bersama. Siap.
  4. Letakkan label pada botol supaya kita tak keliru atau tertukar dengan produk diy yang lain. heheh. Tuliskan juga tarikh dibuat supaya kita boleh tengok berapa lama ketahanan produk diy yang kita buat ni. 
  5. Kemudian bolehlah digunakan serum ni selepas muka dicuci.


Cara-cara menggunakan serum pada wajah. 
Bersihkan wajah dengan sabun atau pencuci muka natural. Bilas dan lapkan dengan tuala bersih. Ambil sedikit saja serum tadi, boleh gunakan tangan atau kapas dan sapukan rata pada wajah. 

Serum ni juga boleh dijadikan serum rambut. 2 in 1 dan menjimatkan. Hasilnya juga sangat awesome. kulit rasa lembut, rambut juga rasa lembut je. Baunya best dengan haruman aromaterapi. Sangat menenangkan. Serum ni juga boleh dijadikan pelembap untuk seluruh badan.

Selamat mencuba ya!. Terima kasih kerana sudi membaca. 




Wednesday, November 30, 2016

DIY Bedak Compact / Tutorial Membuat Bedak Muka


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya membuat bedak bukanlah susah. Saya dah survey bedak di kedai, tapi amat susah sekali nak cari bedak yang natural tanpa ada 'unwanted ingredients'. Siapa yang follow saya dari awal mesti tahu kenapa saya mengelak guna produk-prduk yang mengandungi bahan-bahan seperti paraben, pewarna sintetik, pewangi sintetik dan sls. Saya pembuat natural skincare, bila dah tahu apa kesan buruk sesuatu bahan tu pada kita, sebolehnya kita elak. Apa lagi kalau untuk penggunaan berpanjangan. Macam bedak ni, perempuan mesti nak pakai hari-hari kan. So apa kata kita cuba buat sendiri guna bahan-bahan semulajadi.

Okey, saya dah cuba buat 2 versi bedak compact / bedak padat / compact powder or whatever you want to call it lah. Saya lebih suka bedak compact berbanding bedak serbuk atau 'loose powder'. Sebabnya bedak serbuk tu akan berterbangan waktu nak sapu, dia jatuh-jatuh pada baju dan ada feeling tak best bila pakai. Hehe. Ia juga boleh masuk dalam sistem pernafasan kan.. harap-harap bedak compact ni kurang sikit masuk dalam hidung.


Okey, berbalik pada versi bedak tadi, yang saya buat satu 'basic version', satu lagi 'advanced version'. Versi basic ni lebih mudah, dan bahan-bahannya juga senang didapatkan. Siapa yang suka produk yang wudhu' friendly inilah dia bedaknya. Tak perlu basuh sebelum ambil wudu'. Tapi tekstur dia lebih tebal, tak berapa perfect sangat macam yang ada brand, tapi ok je untuk guna setiap hari.

Versi advance lebih rumit sikit. Teksturnya lebih lembut hampir sama dengan yang ada brand mahal. Pembuat handmade skincare mesti nak cuba ni. Muka perlu dibasuh dengan sabun dulu sebelum wudu' sebab bedak ni susah nak tanggal.

Sebelum kerja-kerja 'messy job' dimulakan, kita sediakan peralatan dulu.

Peralatan yang diperlukan:
Bekas bedak (boleh recycle bekas bedak lama atau cari bekas cermin di Mr. Diy)
Mangkuk
Sudu
Blender kering
Sudu penyukat 1tbsp, 1 tsp, 1/2 tsp, 1/8tsp
Pemberat (saya gunakan anak lesung batu :p )
Acuan silikon (silicon mold)


Resepi Bedak Compact Versi Basic.

2 tbsp tepung beras
1/2 tsp serbuk koko
1/8 tsp serbuk kunyit
25 titik campuran minyak (8 titik minyak eo dan minyak pilihan)


Resepi Bedak Compact Versi Advance.


2 tbsp arrowroot powder
1/2 tsp sebuk koko
1 tsp zinc oxide
1/8 tsp serbuk kunyit
1/8 tsp Red Clay
25 titik minyak (8 titik eo + minyak pilihan)


Versi advanced perlukan lebih banyak bahan, agak sukar diperolehi. Tapi pembuat skincare handmade mesti kenal bahan-bahan dia. Boleh tambahkan vitamin e oil untuk ketahanan lebih lama.

Resepi di atas juga boleh diubahsuai ikut kesukaan masing-masing. Di bawah ni saya senaraikan bahan-bahan yang boleh ditukar ikut kesukaan masing-masing. Buatlah eksperimen sendiri hingga memuaskan hati kita ya.

Tepung: Tepung beras / tepung jagung / arrowroot powder

Red Clay: Rose Clay / mica (something yang warna merah.. boleh try guna serbuk cili jika tak keberatan : )

Minyak.
Minyak boleh dicampur ikut kesukaan masing-masing yang berjumlah 25 titik atau lebih atau mengikut kesesuaian resepi. Lain jenis bahan yang digunakan berbeza kandungan minyak yang diperlukan. Jika tak ada eo, boleh saja gunakan semua minyak biasa , cuma dia tak berbau wangi dan akan cepat berbau tengik. Eo banyak manfaatnya so sapa-sapa yang belum terbiasa guna bolehlah cuba-cuba mula biasakan dengan eo.

Minyak yang boleh digunakan: Semua jenis contohnya seperti Minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak jojoba,  minyak almond, dsb. Saya gunakan minyak jojoba.

Minyak pati (Essential Oil): 5-8 titik. Semua jenis kecuali yang bersifat citrus. Minyak yang bersifat citrus seperti lemon, lime tak sesuai untuk digunakan waktu siang hari kerana ia boleh menyebabkan sunburn. Saya gunakan campuran rose eo dan jasmine eo. Boleh bayangkan tak betapa wanginya bedak ni.. bau bunga ros+jasmine. Best sangat..

Cara-cara:

1. Sukat semua bahan kering iaitu tepung, serbuk koko, serbuk kunyit, clay, zinc oxide, gaulkan.


2. Blend semua bahan kering tadi sehingga halus.
3. Titikkan minyak pilihan anda. Cuba 25 titik. Blendkan lagi sehingga sebati.
4. Isikan bedak ke dalam bekas bedak compact. Letakkan acuan silikon atasnya, tekan-tekan guna pemberat. Saya gunakan anak lesung batu bahagian belakang yang rata tu. hehe. Multipurpose rupanya lesung batu ni kan ? haha.



5. Ratakan permukaan bedak. ketuk-ketuk sikit belakang bekas bedak, kalau tak jatuh tu dah siap. Kalau bedak jatuh atau pecah, ulang lagi langkah 3 dengan tambahkan beberapa titik minyak. Kemudian ulang langkah 4 dan 5.



Okey. Siap dah. Warna bedak tu juga bergantung pada bahan yang kita guna. boleh kurangkan atau tambahkan mengikut warna yang kita nak. 

Versi basic yang dalam bekas kuning tu, dan versi advance yang bekas biru. nampak kan beza dia. Yang versi advance lagi best!

Boleh cuba sendiri ya! Rajin-rajinkan sikit. Selain kita boleh pilih bahan apa yang kita nak, kita juga dapat berjimat sedikit. 

Kalau rasa entry ni bermanfaat, silalah share. Berikan sikit kredit kepada blog ni dan Fb Zuree Naturals. Sekian Wassalam.


Wednesday, August 3, 2016

Merawat Ekzema Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak akhir-akhir ni semakin ramai pula orang yang mengalami ekzema. Bukan hanya orang dewasa, malah baby seawal umur 2 bulan pun semakin ramai. Ekzema ni kalau tak dibendung lebih awal, ia akan semakin merebak. Saya macam tahu apa sebab utama berlaku ekzema pada baby, terutamanya ekzema yang teruk sebab anak sendiri dah mengalaminya. Tapi malas nak cerita pasal sebab dia, nanti jadi kontroversi. Kita cerita tentang cara merawatnya lah.

Sejak menubuhkan blog ini dan Zuree Naturals, memang selalu saya mendapat pertanyaan, ada yang menunjukkan gambar-gambar serta menceritakan keadaan ekzema mereka. Saya tak kisah, jika sesiapa nak berkongsi dan nak bertanya, dialu-alukan. Apa yang saya boleh bantu, saya akan cuba beri cadangan. Kadang-kadang bila kita cerita pada orang masalah kita, akan ada rasa lebih lega. Jangan rasa keseorangan, ramai orang yang mengalami masalah ekzema. Boleh join group support ekzema seperti group Kumpulan Sokongan Ekzema, Ekzema Malaysia atau NAAE. Boleh search di Facebook dan join group ni. Ada banyak info dapat dikongsi di sana.

Melalui gambar-gambar dan penceritaan mereka, saya dapati ekzema ada bermacam-macam keadaan. Sama seperti yang berlaku pada Fansuri dulu. Keadaan ini akan berubah-ubah, kadang-kadang kulit akan berair atau bernanah, kulit kering, tebal dan merah, ada juga sampai merekah. Ini biasa. Jika menggunakan krim steroid untuk jangka masa lama, kulit akan jadi nipis dan mudah luka bila digaru. 

Elakkan menggunakan krim steroid untuk jangka masa panjang, melebihi 7 hari. Jika sembuh dalam masa 7 hari, ok. Tapi jika belum sembuh, berhenti guna. Ini kerana krim steroid akan menyebabkan kulit ketagih, ia hanya membuatkan kulit nampak licin sementara waktu, nanti ia akan datang balik dengan lebih teruk, dan anda memerlukan dos yang lebih tinggi. Inilah apa yang berlaku pada Fansuri dulu.

Saya faham perasaan tu bila kesian tengok anak gatal-gatal, kalau saya gatal sikit pun tak tertahan, apatah lagi anak kecil. Bila menggaru tu memang tak ingat dunia. Sedar-sedar dah berdarah. Jika ada alergik, sila elakkan seperti pantang makan apa yang menyebabkan alergik, kalau alergik habuk kena tukar cadar, elakkan guna karpet, gunakan pencuci yang hypoallergenic dan sebagainya. Banyak yang perlu anda tahu dan belajar. Group sokongan di facebook tu boleh membantu jika anda nak belajar. Panjang kaedahnya kalau saya nak huraikan satu persatu. 




Cara Merawat Ekzema Secara Semulajadi 

Kita masuk bab rawatan pula. Macam-macam cara ada, pilih saje yang mana serasi dengan anda. Produk-produk di luar sana pun ada banyak. Cuma nasihat saya, pilihlah produk yang semulajadi, baca label. Kalau boleh elakkan produk yang mengandungi pewangi, SLS dan paraben terutamanya. Bahan-bahan ini boleh mendatangkan radang atau kesan sampingan yang lain pula. Ada banyak lagi senarai yang perlu dielakkan, boleh google atau buku-buku pun banyak menulis tentang skincare.

Produk saya sendiri pun ada. 2 produk ni iaitu Unpetroleum Jelly dan Healing Cream memang saya gunakan untuk anak saya Fansuri. Dan kesannya memberangsangkan juga. Fansuri sembuh ekzema dengan 2 produk ni.

Unpetroleum Jelly.

Jelly ni dipanggil 'ubat yellow' oleh Fansuri. Dia suka sangat ubat ni. Unpetroleum Jelly ni hanya campuran minyak-minyak dan butter seperti minyak zaitun (EVOO), Shea butter, Cocoa Butter, Castor Oil, Beeswax dan Vitamin e. Ia agak greasy, tapi lembut pada kulit. Tak pedih jika ada luka. Pertama kali saya buat jelly ni, ketara sangat kuiltnya nampak lebih elok, kulit yang merekah tu dah kurang, luka pun cepat baik. 

Healing Cream

Healing cream dipanggil 'ubat white' oleh Fansuri. Dia tak suka sangat krim ni sebab dia tak suka basah-basah. Saya sapu juga kat dia. Menangis-nangis tak mau. Kadang-kadang bila dia tengah leka main atau waktu tidur saya sapu kat dia, baru ok. 

Krim ni agak pedih jika ada luka, mungkin sebab ada Essential oil. Dia sembuh dengan krim ni. Bila kulit gatal, merah-merah, tebal tu, krim ni lebih cepat kesannya. 

Saya buat dan jual krim ni start di Malaysia. Banyak dah terjual, melebihi 300 botol. Alhamdulillah sangat sesuai dengan ramai orang. Boleh baca testimoni orang yang dah pernah guna di page facebook saya Zuree Naturals. Saya pun dah daftar SSM ye, bernombor BC0004979-V. Hehe.

Cara Penggunaan.

Unpetroleum Jelly dan Healing Cream boleh digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Rasa gatal je, sapu. Nak kesannya lebih cepat, sapu lebih kerap. 

Untuk kulit yang ada luka, saya cadangkan sapu unpetroleum jelly dulu, kemudian lapis kedua sapu healing cream. Ini bagi mengelakkan rasa pedih. Saya dah try sendiri cara ni pada luka saya. Kurang sikit pedihnya. Kesian kan kalau baby yang ekzema sampai luka tu kalau terus sapu healing cream, memang pedih.


Jika sesiapa yang nak cuba bolehlah dapatkan melalui saya. Boleh whatsap saya 01123593070 atau pm saya di facebook Zuree Naturals. Akaun fb personal saya Zuriah Jue.  Bolehlah mana-mana cara. Saya akan reply semua iAllah, walaupun kadang-kadang lambat. Hehe. 

Akhir kata, saya doakan semua pembaca happy-go-lucky selalu. Kepada penghidap ekzema saya doakan kalian cepat sembuh. Jangan sedih-sedih. Cuba saja apa yang termampu. 

Tuesday, February 23, 2016

Kenapa Sabun Buatan Tangan?

Pembuatan sabun telah lama dimulakan sejak beribu-ribu tahun dahulu terutama di negara Eropah. Nenek-nenek moyang mereka mula membuat sendiri sabun dan juga produk-produk penjagaan kulit yang lain seperti losyen, lip balm, body butter dan sebagainya. Maka tidak hairanlah sehingga kini pembuatan produk-produk penjagaan kulit di rumah masih aktif dan berleluasa di negara Eropah. 

Saya sendiri mula kenal dengan pembuatan produk buatan tangan apabila sedang meng'google' produk semulajadi apabila anak sendiri ada alergi dan tak boleh menggunakan produk yang banyak dijual di pasaraya-pasaraya. Setelah membaca dan mencuba akhirnya saya seronok dan kini saya jumpa semangat saya ialah di sini. My passion is crafting handmade skin products. At least for now. hehe.



So, sekarang saya nak ceritalah sedikit sebanyak kenapa produk buatan tangan? kenapa nak susahkan diri buat di rumah, sedangkan banyak ada jual di kedai-kedai dan pasaraya dan harganya lebih murah? ok meh nak kabor..

Kenapa Sabun Buatan Tangan???

Sabun buatan kilang kebanyakannya bukanlah sabun. Ia adalah bahan pencuci sintetik (syntethic detergent) yang ditambah dengan bahan-bahan seperti pewangi sintetik, pewarna serta pengawet. Tak payah cerita semua ni memang kita dah tahu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jangan terkejut bila saya katakan ada sabun yang murah-murah diletakkan lemak b*bi. Memang ada formula sabun yang menggunakan lemak haiwan seperti lemak b*bi. Jadi berhati-hati. Mungkin lemak haiwan tersebut tak disenaraikan di bahagian kandungan. Ada bahan-bahan yang disorok oleh pengilang. Sangat berbeza dengan sabun buatan tangan yang mana kita buat dalam kuantiti sedikit dan boleh memilih bahan-bahan yang berkualiti. Dengan penggunaan minyak pati (essential oil) akan menambah manfaatnya kepada kesihatan. Tapi perlu diingat, tak semua sabun buatan tangan itu natural. Perlu tahu apa kandungan yang dibubuh oleh pembuat sabun. 

Membuat sabun buatan tangan juga bukan semudah abc. Pembuat perlu belajar cara yang betul. Saya sendiri banyak membaca cara-caranya, bahan-bahan yang bagus, tengok video-video dan baca, baca dan baca. Tak pernah pergi kursus pun. hehe. 

Saya memilih bahan-bahan yang berkualiti serta bermanfaat untuk kulit. Pewarna yang saya gunakan semuanya dari sumber semulajadi seperti kunyit, spirulina, alkanet root, dan juga tanah liat (clay). Pewangi pula menggunakan essential oil yang memang mahal harganya. Kena faham yang essential oil itu adalah minyak pati dan untuk mendapatkan 1ml minyak memerlukan berkilo-kilo herba atau bunga. Manfaat essential oil itu sangatlah 'awesome' jadi amat berbaloi-baloi.

Saya yakin jika anda mula menggunakan sabun handmade natural, anda mungkin tak akan bertukar sabun dah. Ramai pengguna sabun yang saya buat mengatakan bila mereka tukar guna sabun lain, kulit kembali tumbuh jerawat, kulit kembali kusam.



Sunday, September 20, 2015

Koleksi gambar perjalanan Ekzema Fansuri

Sebenarnya saya tak mahu share gambar-gambar anak saya sewaktu ekzema dulu. Sebab saya akan sedih lagi teringat saat-saat keadaan dia sangat teruk. Tapi bila terfikirkan mungkin gambar-gambar ini akan membantu mak-mak yang anaknya yang mengalami keadaan yang sama atau mungkin lain sikit, saya pun kongsilah gambar-gambar ni. Semoga kalian akan lebih sabar dan cekal dalam merawat anak yang ekzema dan alergik. 

Nasihat saya jika anak anda mengalami apa-apa penyakit kulit, jangan guna krim klinik yang mengandungi steroid. Apa akan jadi jika guna berterusan untuk jangkamasa yang lama? lihatlah gambar-gambar anak saya ni. Lebih 6 bulan saya gunakan krim steroid yang diberi oleh doktor, inilah kesannya. Jika berhenti guna akan berlaku krisis pemulihan. 

Sewaktu keadaan ni, hidup saya memang sangat tertekan, bersedih, berat turun, tak dapat hidup seperti orang lain. Tak dapat join segala aktiviti luar, hanya duduk di rumah menjaga anak. Ada juga saya join beberapa aktiviti tapi tak boleh lama-lama. Tangan anak terpaksa dibedung, jika tak dia akan menggaru sampai berdarah. Bukan darah yang sikit, tapi banyak. Terpaksa pakai baju pajama sepanjang masa.


Ini sewaktu menggunakan krim steroid. Kulit nampak ada tempat yang licin, ada tempat yang merah. Waktu ni kulit sangat nipis dan mudah luka bila digaru.


Gambar-gambar di bawah ni apabila berhenti guna krim steroid. Kulit merah, tebal, kering, berair dan ada bernanah.









Setelah beberapa tahun (dalam 2 tahun lebih) mengalami keadaan ni, akhirnya mula menunjukkan penyembuhan hasil dari penggunaan krim natural dan pantang makanan. Baru sebulan ambil homeopati untuk betulkan dalaman dan harap-harap dapat hilangkan semua alergiknya. 


Sekarang dah boleh tersenyum dan bermain seperti kanak-kanak lain. 




Ummi sayang kamu Muhammad Fansuri. Sob sob sob


Saya percaya setiap ujian mempunyai hikmah tersendiri. Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Untuk ibu-ibu yang anaknya mengalami ekzema, tabahkan hati, cekalkan hati. InsyaAllah suatu hari anak anda akan sembuh. Percayalah setiap penyakit ada ubatnya, carilah ia. Cubalah apa yang termampu, jangan mengalah dan putus asa. Cara semulajadi dan bebas bahan kimia dan dadah adalah cara paling selamat. Namun saya tak menolak jika ada keadaan yang anak anda memerlukan ubat seperti ubat tahan gatal atau antihistamine, antibiotik dan sebagainya. Berjumpalah dengan doktor yang lebih pakar. Saya cadangan pergi klinik Homeopati untuk dapatkan rawatan. 

Saya bersedia menjawap soalan-soalan ibu-ibu jika ingin bertanya. Whatsap saya 011-23593070 atau fb Zuriah Jue


Monday, August 17, 2015

Healing Cream dari Zuree Naturals Merawat Ekzema dan Penyakit Kulit

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Harini saya akan ceritakan serba sedikit tentang Healing Cream yang saya formulakan sendiri. Sesiapa yang mengikuti blog dan facebook page Zuree Naturals saya mesti dah tahu yang anak saya sendiri telah mengalami ekzema dan alergik sejak baby. Dan saya telah menggunakan pelbagai cara untuk merawatnya. Tapi tak menampakkan hasil. Akhirnya saya menjumpai formula skincare yang saya buat sendiri dan Alhamdulillah menampakkan hasil dan anak saya sekarang kulitnya sudah hampir sembuh. Masih belum sembuh sepenuhnya, mungkin kerana dia masih ada alergik makanan. Apabila tersalah makan, pasti ruam2 akan timbul di kakinya. 


Kegunaan Healing Cream

Healing cream kegunaannya untuk merawat ekzema dan lain2 penyakit kulit seperti psoriasis, kudis, kurap, malah boleh disapu pada tempat digigit serangga atau penyengat. Boleh juga dibuat krim muka.

Healing Cream banyak membantu merawat anak saya yang dulu kulitnya agak teruk, tebal, merah dan amat gatal. Saya sekeluarga juga menggunakan krim ni jika menghadapi masalah-masalah yang berkenaan dengan kulit yang lain. Pernah guna untuk gigitan serangga, penyengat, ruam panas, luka kecil, terkena kuali panas, ruam lampin dan jerawat. Pernah juga anak pertama saya Nu'man seperti alergik kepada kucing. Dia bermain dengan kucing kemudian menggaru lehernya. Apa lagi bengkak-bengkak di lehernya dan menggarulah. Saya sapu Healing Cream, tak lama lepas tu bengkak-bengkak dan gatal surut. Syukur sangat-sangat, rupanya Healing Cream ni bukan saje sesuai untuk ekzema, malah masalah lain juga. Saya juga gunakan krim ini sebagai krim muka, samada siang atau malam. Lepas guna memang rasa kulit lebih licin dan lembut. 


Kandungan Healing cream: 
Air, minyak zaitun dara (evoo), minyak argan, cocoa butter, Bentonite, MSM, emulsifying wax, tea tree essential oil dan optiphen plus (paraben free preservatives ). Harga: rm30 / 2.5 oz.

Kandungan Healing Cream ini telah ditambahbaik dari sebelum ini yang dulu saya berikan nama "Eczema & Rashes Cream". 


Cara Penggunaan Healing Cream

Healing Cream ini boleh disapu sekerap mungkin pada kulit yang bermasalah. Lebih kerap, lebih cepat keberkesanannya. Walaupun krim ni 'natural', tapi penting untuk melakukan 'patch test'. Setiap produk baru yang anda ingin cuba, penting untuk membuat 'patch test' terlebih dahulu tak kira samada produk natural atau tak. ini untuk mengetahui samada anda ada alahan terhadap kandungan di dalam produk tersebut.
Caranya ialah, ambil sedikit produk dan sapukan pada bahagian kulit yang tak mengandungi apa-apa masalah, contohnya di bahagian pelipat lengan. Biarkan sekurang2nya 6-12 jam. Jika tidak berlaku apa-apa reaksi seperti kemerahan, bengkak, gatal dan sebagainya, bermaksud tiada alahan dan anda sesuai menggunakannya di tempat yang bermasalah.
Jika pada awalnya kulit anda tak menunjukkan apa-apa alahan, tetapi selang beberapa hari setelah menggunakannya kulit anda jadi semakin teruk, itu ada kes lain. Kebanyakannya yang saya tanya ialah apabila mereka berhenti menggunakan produk steroid dan beralih kepada produk non steroid, akan mengalami masalah ini, ia dipanggil Topical Steroid Withdrawal (TSW) atau healing crisis.



Apa Perlu Dibuat Jika Anda Mengalami Healing Crisis atau TSW?


Jika anda mengalami healing krisis atau TSW ini apabila menggunakan Healing Cream, saya mencadangkan anda terus menyapu dengan lebih kerap. Kadang-kadang tempat yang anda sapu itu akan berair, jika ini berlaku lapkan air tu dan sapu lagi krim. Jika terlalu gatal, anda boleh sapukan minyak angin untuk mengurangkan kegatalan. 

Jika anda mengalami healing crisis atau TSW yang amat teruk sehingga tak boleh tidur apabila berhenti menggunakan steroid, ada doktor mencadangkan anda boleh selang selikan dengan penggunaan krim steroid. Kemudian bolehlah sedikit-sedikit kurangkan lagi penggunaan krim steroid sehingga akhirnya boleh berhenti terus. 


Diharapkan anda sudah dapat sedikit sebanyak maklumat dan cara menggunakan Healing Cream. Jika masih ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, silakan bertanya saya di page facebook Zuree Naturals atau wasap atau mesej saje di nombor 01112476239. Jika saya lambat reply itu bermaksud anak saya main handphone atau sedang sibuk. Hehe. Tapi InsyaAllah semua pertanyaan akan dijawab juga walaupun lambat. 


Natural Healing Cream kini berwajah baru.


Sesiapa nak mencuba Healing Cream bolehlah dapatkannya sekarang selagi stok masih ada. Harga RM35 / 55gram. insyaAllah kita usaha Allah menyembuhkan.