Wednesday, July 10, 2013

Vaksin: Cucuk atau Tak Cucuk?

Assalamualaikum wbt kepada semua...

Harini nak cakap pasal isu vaksin lah sikit. Memang isu ni sudah hangat dibincangkan di mana-mana. Ada yang menentang dan ada yang menerima, malah ada juga yang masih was-was dan bimbang.

Saya tak mau cerita apa itu vaksin. Semua orang pun dah tau rasanya. Apa yang saya boleh cakap, terpulanglah kepada anda sebagai ibubapa untuk pilih mana yang terbaik untuk anak anda. Jika anda memilih untuk terus memberi vaksin atau imunisasi, anda perlu tahu yang vaksin boleh membawa kesan 'adverse effect' kepada anak samada sedikit atau teruk. Kesan buruk inilah tak pernah diberitahu kepada saya dulu sebelum anak-anak saya disuntik. Saya juga memang tak pernah terfikir ianya akan memberikan kesan buruk, malah memberikan kesan baik belaka. Sehinggalah anak saya sendiri mengalaminya.

Inilah gambar anak kedua saya yang mengalami ekzema dan alergik yang sangat teruk selepas cucuk. Bermula teruk sejak umurnya 3 bulan sehingga 19 bulan. Tengok gambar ni mulalah rasa sangat sebak. Kasihan anakku.




Pada umurnya 19 bulan barulah saya tahu rupa-rupanya anakku alergik kepada makanan iaitu susu, soya, gandum, telur, makanan laut termasuk ikan, daging lembu, ayam, dan juga avocado. Alergi ini dapat diketahui melalui ujian darah dan ujian makan. Bila elakkan beri anak dan saya sendiri juga sebab Fansuri masih menyusu, barulah kulitnya beransur pulih. Makanan yang boleh dimakan cuma nasi, daging kambing, sayuran dan buah-buahan. Tak terlintas di fikiran sebelum ni alergi2 ini akan berlaku kepada Fansuri memandangkan keluarga takde genetik yang alergik.

Apakah pendapat anda semua? Adakah 'tak apa' mendapat penyakit ekzema dan alergi yang teruk ini semata-mata untuk mengelakkan penyakit yang belum tentu 'dilindungi' oleh vaksin? Selama anak saya menderita penyakit ini, hanya Allah saje yang tahu betapa peritnya kami menghadapinya. Fansuri lebih-lebih lagi menderita dan sengsara dengan kulit yang sangat gatal dan pedih.

Saya bukanlah tak takut pada penyakit-penyakit yang 'dilindungi' oleh vaksin, cuma tak mahu lagi menderita dengan 'adverse effect' akibat vaksin. Ada hikmahnya semua ini berlaku, bukan kepada anak saya saje, tetapi telah banyak yang berlaku di luar sana. Apa yang saya boleh ceritakan mengenai pengalaman sendiri sepanjang anak sakit, doktor bukanlah tuhan. Mereka tentunya akan mengatakan vaksin itu bagus, kerana itu yang mereka belajar dalam buku teks mereka.

Sebenarnya, selain vaksin, ada banyak cara untuk tingkatkan imun sistem anak-anak atau kita sendiri. Selain menjaga kebersihan, basuh tangan selalu, ada banyak makanan yang bersumber halal dan bersih yang boleh diambil. Jika anda mengkaji apa vaksin dan kandungannya, mesti anda akan berfikir2 banyak kali untuk ambil kerana kandungannya adalah dari sumber yang kotor dan bahan kimia yang boleh memudaratkan. Vaksin bukan ubat, tetapi virus yang dilemahkan. Sila buat kajian anda sendiri sebelum beri pada anak-anak.

Terdapat banyak makanan sunnah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan penyakit dan merawat penyakit. Antaranya seperti madu, kurma, susu kambing, habbatus sauda dan banyak lagi. Saya akan cuba ceritakan dengan lebih detail mengenai makanan ini dari masa ke masa di dalam blog ini agar dapat dijadikan panduan oleh saya sendiri dan orang lain yang mahu. Jadikanlah makanan sunnah sebagai ubat kita. Saya pun sudah mula amalkan makanan sunnah ini apabila tahu yang Nabi Muhammad SAW tak pernah sakit hanya dengan mengamalkan makanan-makanan itu.

Sebagai ibubapa, pilihlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Bacalah sebanyak-banyak maklumat mengenai vaksin, samada baik dan buruknya. Semoga anak-anak kita dilindungi dari sebarang penyakit berbahaya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Untuk mengetahui kisah-kisah kesan buruk akibat vaksin, bolehlah klik di link di bawah.

1. After Hep B shot
2. Brain Damaged After Flu Vaccine Shot
3. After HPV Vaccine Shot
4. After DTP Shot
5. swelling after BCG shot
6. The Risk of The MMR Vaccine
7. Hep B Vaccine Reaction
8. Masuk ICU Selepas Cucuk Hep B
9. Become Very ill after MMR
10. Healthy girl died after Flu Vaccine






Tuesday, July 9, 2013

Kaedah Detox Melalui Terapi Islam

Credit to Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus (pengamal Perubatan Islam).
Saya copy paste dalam blog ni supaya senang saya cari untuk amalkannya. Bolehlah juga sesiapa ingin mencuba membuang segala toksin dalam badan.

Kaedah detox melalui Terapi Islam.

Jawapan Untuk Rawatan Membuang Toksin Selepas Mengambil Suntikan.

Cumanya memerlukan amalan istiqomah selama 7hari(seminggu) berturut-turut, insyaALLAH kesan dadah atau penghasilan toksin di dalam darah akibat dari suntikan tersebut dapat dielakkan.
Kaedahnya adalah, telan madu lebah+ serbuk kulit kayu manis (kulit kayu manis yang telah dikisar atau tumbuk halus). 1-3 sudu madu lebah + 1 cubit serbuk kulit kayu manis(bagi setiap sudu madu).

Telan tanpa diselangi air, tunggu 20minit, setelah itu minum air suam atau air biasa.

Kaedah ini adalah antara kaedah alamiah yang bertujuan memberi keseimbangan oksigen dan protein di dalam sel darah merah(trombosit) untuk penghasilan imunisasi, atau bahasa mudah self healing. Amat sesuai untuk penghidap kencing manis, bertujuan untuk mengaktifkan fungsi pankreas dalam penghasilan insulin. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.

Sambil membuat ramuan, disyorkan banyakkan selawat ke atas junjungan Sayyiduna RasulILLAH SallALLAHu Alaihi Wassalam.



Dos Untuk Bayi

Gaulkan madu satu sudu + secubit serbuk kayu manis dalam piring, biarkan lebih kurang 30min, selepas itu, calitkan bahan tersebut pada jari telunjuk sehingga ruas pertama jari, dan diberi bayi tersebut hisap jari.

Selepas 20min, titiskan atau berikan satu sudu air suam ke dalam mulut bayi tersebut.

Untuk kanak-kanak, bahan dan kaedah yang sama seperti bayi tadi, cuma diberi dengan dos, satu sudu teh.

InsyaALLAH Tohour.

Rawat Demam, Batuk dan Selsema Secara Alami

Sekarang sejak mengenali makanan-makanan natural dalam hidup harian, saya dan keluarga seboleh-bolehnya akan mengelak untuk mengambil ubat-ubatan moden. Termasuklah untuk merawat demam, batuk dan selsema. Di sini saya ceritakan kisah penggunaan Extra Virgin Coconut Oil (EVCO) atau dalam bahasa melayu ialah Minyak Kelapa Dara Ekstra semasa anak sakit.
 
Ceritanya begini.... pagi tadi Nu'man badannya dah suam2. semalam pun nampaknya matanya sudah berair, berhingus. Bagi dia minum minyak EVCO 5ml guna syringe, lepas tu minum air untuk hilangkan rasa minyak. Nampaklah berkurang hingusnya meleleh. Batuk pun sudah tak teruk mana. Pagi tadi agak risau sebab badannya dah rasa suam2 seperti nak demam. Pukul 6 pagi saya bangun bagi minum EVCO 5 ml + air seteguk. Dia sambung tido balik. Pukul 7.30 pagi rasa badannya sudah sejuk. Alhamdulillah bolehlah dia pergi sekolah seperti biasa pada pukul 8.30 pagi. Bila balik dari sekolah saya tanya dia. "Demam lagi tak?". Nu'man jawap "No. It's better now. I don't have batuk anymore". Pandai pula dia jawap dalam english ye anak bertuah ni. Nu'man umurnya hampir 5 tahun, birthdaynya pada bulan 9.
 
Itulah sedikit sebanyak cerita keberkesanannya rawatan demam hanya minum EVCO. Saya dan anak2 sudah lama tidak makan ubat klinik. Selain berkesan, ia juga tak menyebabkan kesan buruk seperti makan ubat demam dan batuk dari klinik. Selalunya kalau makan ubat-ubatan akan meyebabkan mengantuk dan pening kepala.



Cara Pengambilan EVCOUntuk Merawat Demam, Batuk, dan Selsema.
 
Caranya ambil 1 sudu atau 5ml EVCO dan minum. Boleh minum bersama air masak sebab minum minyak enggak sedap dong. Amalkan 3 kali sehari sekurang2nya. Boleh tambahkan bilangan ambil jika penyakit lebih teruk. Jangan lupa baca Bismillah atau Selawat untuk orang muslim.

 
 
 
Walaubagaimanapun, tak semua benda/ubatan sesuai dengan semua orang. VCO ni tak menjadi untuk Fansuri. Saya beri juga dia untuk tingkatkan imun sistem. Tapi untuk rawat demam haritu, vinegar socks lah penyembuh demamnya. thanks to group Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-anak untuk tips merawat demam, selsema dan batuk secara semulajadi.
 
 
 
Cara membuat Vinegar Socks
 
Masukkan 3 sudu besar cuka (apple cider vinegar atau cuka putih biasa) ke dalam mangkuk. Saya cuma guna cuka putih biasa. Masukkan air sehingga boleh merendam stokin. Rendamkan stokin beberapa minit sehingga menyerap air. Sebolehnya gunakan stokin yang agak tebal. Kemudian pakaikan stokin tu di kaki anak semalaman. Boleh ulang lagi jika stokin dah kering. Jangan risau kaki anak takkan sejuk kerana suhu badannya panas, malah stokin cepat kering.
 
 
Kesannya Alhamdulillah sangat mengujakan kerana esoknya badan Fansuri dah tak panas lagi. Sebelum saya buat kaedah Vinegar Socks ni, Fansuri dah 3 hari demam yang agak kuat. Suhu 39 celcius lebih. Tuam badan dan kepala dengan tuala basah pun tak menjadi. Terpaksa beri ibuprofen. Berkesan sekejap. Tapi bila kesan ubat habis, demam datang balik. Nasib baiklah buat kaedah Vinegar Socks membantu dia pulih terus. Syukur...