Wednesday, July 10, 2013

Vaksin: Cucuk atau Tak Cucuk?

Assalamualaikum wbt kepada semua...

Harini nak cakap pasal isu vaksin lah sikit. Memang isu ni sudah hangat dibincangkan di mana-mana. Ada yang menentang dan ada yang menerima, malah ada juga yang masih was-was dan bimbang.

Saya tak mau cerita apa itu vaksin. Semua orang pun dah tau rasanya. Apa yang saya boleh cakap, terpulanglah kepada anda sebagai ibubapa untuk pilih mana yang terbaik untuk anak anda. Jika anda memilih untuk terus memberi vaksin atau imunisasi, anda perlu tahu yang vaksin boleh membawa kesan 'adverse effect' kepada anak samada sedikit atau teruk. Kesan buruk inilah tak pernah diberitahu kepada saya dulu sebelum anak-anak saya disuntik. Saya juga memang tak pernah terfikir ianya akan memberikan kesan buruk, malah memberikan kesan baik belaka. Sehinggalah anak saya sendiri mengalaminya.

Inilah gambar anak kedua saya yang mengalami ekzema dan alergik yang sangat teruk selepas cucuk. Bermula teruk sejak umurnya 3 bulan sehingga 19 bulan. Tengok gambar ni mulalah rasa sangat sebak. Kasihan anakku.




Pada umurnya 19 bulan barulah saya tahu rupa-rupanya anakku alergik kepada makanan iaitu susu, soya, gandum, telur, makanan laut termasuk ikan, daging lembu, ayam, dan juga avocado. Alergi ini dapat diketahui melalui ujian darah dan ujian makan. Bila elakkan beri anak dan saya sendiri juga sebab Fansuri masih menyusu, barulah kulitnya beransur pulih. Makanan yang boleh dimakan cuma nasi, daging kambing, sayuran dan buah-buahan. Tak terlintas di fikiran sebelum ni alergi2 ini akan berlaku kepada Fansuri memandangkan keluarga takde genetik yang alergik.

Apakah pendapat anda semua? Adakah 'tak apa' mendapat penyakit ekzema dan alergi yang teruk ini semata-mata untuk mengelakkan penyakit yang belum tentu 'dilindungi' oleh vaksin? Selama anak saya menderita penyakit ini, hanya Allah saje yang tahu betapa peritnya kami menghadapinya. Fansuri lebih-lebih lagi menderita dan sengsara dengan kulit yang sangat gatal dan pedih.

Saya bukanlah tak takut pada penyakit-penyakit yang 'dilindungi' oleh vaksin, cuma tak mahu lagi menderita dengan 'adverse effect' akibat vaksin. Ada hikmahnya semua ini berlaku, bukan kepada anak saya saje, tetapi telah banyak yang berlaku di luar sana. Apa yang saya boleh ceritakan mengenai pengalaman sendiri sepanjang anak sakit, doktor bukanlah tuhan. Mereka tentunya akan mengatakan vaksin itu bagus, kerana itu yang mereka belajar dalam buku teks mereka.

Sebenarnya, selain vaksin, ada banyak cara untuk tingkatkan imun sistem anak-anak atau kita sendiri. Selain menjaga kebersihan, basuh tangan selalu, ada banyak makanan yang bersumber halal dan bersih yang boleh diambil. Jika anda mengkaji apa vaksin dan kandungannya, mesti anda akan berfikir2 banyak kali untuk ambil kerana kandungannya adalah dari sumber yang kotor dan bahan kimia yang boleh memudaratkan. Vaksin bukan ubat, tetapi virus yang dilemahkan. Sila buat kajian anda sendiri sebelum beri pada anak-anak.

Terdapat banyak makanan sunnah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan penyakit dan merawat penyakit. Antaranya seperti madu, kurma, susu kambing, habbatus sauda dan banyak lagi. Saya akan cuba ceritakan dengan lebih detail mengenai makanan ini dari masa ke masa di dalam blog ini agar dapat dijadikan panduan oleh saya sendiri dan orang lain yang mahu. Jadikanlah makanan sunnah sebagai ubat kita. Saya pun sudah mula amalkan makanan sunnah ini apabila tahu yang Nabi Muhammad SAW tak pernah sakit hanya dengan mengamalkan makanan-makanan itu.

Sebagai ibubapa, pilihlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Bacalah sebanyak-banyak maklumat mengenai vaksin, samada baik dan buruknya. Semoga anak-anak kita dilindungi dari sebarang penyakit berbahaya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Untuk mengetahui kisah-kisah kesan buruk akibat vaksin, bolehlah klik di link di bawah.

1. After Hep B shot
2. Brain Damaged After Flu Vaccine Shot
3. After HPV Vaccine Shot
4. After DTP Shot
5. swelling after BCG shot
6. The Risk of The MMR Vaccine
7. Hep B Vaccine Reaction
8. Masuk ICU Selepas Cucuk Hep B
9. Become Very ill after MMR
10. Healthy girl died after Flu Vaccine






7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Baby saye ekzema setelah saya pakaikan Vicks Balsam Baby tu kat badan dia. Lepas tu, saye jugak sedar yang dia alah cows milk dan skrg saye tukar kepada susu kambing karihome. Doktor juga bagi krim utk hilangkan ekzema dia. Alhamdulillah skrg dah okay cuma dia alah kepada sesetengah makanan. Saya hormati pendapat anda dapat tapi vaksin bukan penyebab ekzema sebab ada juga baby yang tak ambil vaksin tapi kena ekzema. Kita tak risaukan jangkitan virus daripada rakyat malaysia tapi virus yang dibawa oleh rakyat asing sebab kebanyakan mereka tidak diimunisasikan. Saya sarankan supaya ibubapa memastikan suntikan vaksin ke badan anak dilakukan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah. Bukannya disuntik oleh nurse ataupun doktor bukan pakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommu suci, nurse pun pesan pasal penyakit yang dibawa oleh warga asing..mungkin mereka tidak divaksin..tapi sihat walafiat je diorang datang sini...malah lebih sihat dari orang kita sampai mampu berhijrah dari tempat diorang..daya tahan diorang lebih ok...leh buat kerja kuat dari orang kita...jarang dengar pendatang indon atau bangla kena penyakit campak ke rubella ke tibi ke...sila betulkan sy kalu sy salah... mommy suci sepatutnya study dulu kandungan vaksin tu... nak lagi bagus, cuba study ape maksud WI 38 dan AEFI.....

      Delete
    2. Anon Oct 4, 2015.. haha.. orang asing la paling banyak bawak penyakit ok.. klu kat sabah klinik semua penuh dengan warga pendatang terutama dari filipin.. dorg selalunya bawak penyakit.. ko nampk luar mmg sihat.. x tau kesihatan dalaman mcm mana.. nak x nak kena juga rawat dorg ni klu x mmg menular la lagi penyakit..

      Delete
  3. hmm. ikutlah pendapat masing2 kan. tapi anak saya ni kena ruam satu badan pada hari yg sama pegi cucuk. dalam 1-2 jam lepas cucuk. start hari tu mulalah banyak benda yg dia alergik. smp skrg pun masih berpantang. gandum, soya, makanan laut, ayam, kambing dan semua jenis daging, kacang, avocado, oat, boleh dikira apa yg saya dan anak boleh makan. nasi dan sayur2 aje boleh. memanglah kalau tanya doktor diorg takkan cakap sebab vaksin. tp kita ibunya sendiri yg tengok keadaan dia, bila ia mula berlaku. sy tak rasa tanpa sebab apa2 alergik boleh banyak macam tu dlm masa singkat. saya rasa, anak awak alergik dgn bahan dlm vicks tu, so jadi trigger factor. saya tak rasa sebab vick boleh sebabkan alahan makanan. mungkin ada juga baby yg tak vaksin pun kena ekzema, tp tak seteruk yang kena vaksin. saya tahu dah banyak kes sama macam anak saya ni

    ReplyDelete
  4. anak saya pun kena eczema lepas cucuk 3 bulan..and ramai parents yg anak kena eczema lps cucuk 3 bulan..hanya yang kena je memahami situasi ni..x masuk lg org2 sekeliling yg ckp mcm2 dan x faham apa tu eczema..mmg perit..tapi alhamdulillah lepas avoid all the steroid cream..guna natural cream moogoo dan pantang apa yg patut pada umur setahun anak sy pulih..tp kat pelipat tangan dia kadang2 kena jg lebih skt sbb sllu kering

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...dalam amalkan sunnah nabi s.a.w ada kejayaan dunia dan akhirat.

    Boleh ikhtiar dgn minyak kelapa dara Mumtaz untuk merawat penyakit kulit seperti enzema dan ruam2 di kulit.

    Blh pm d 0137620135.
    Alhamdulillah... Terbukti berkesan.

    ReplyDelete