Saya akan ceritakan serba sedikit mengenai Bentonite Clay supaya para pembaca lebih tahu apa dia dan bagaimana Bentonite Clay boleh menyembuhkan penyakit. Saya bukanlah orang yang pakar tentang Bentonite Clay, saya cuma ceritakan daripada pembacaan dan juga dari buku Living Clay yang saya beli khas untuk mengkaji kebaikan Bentonite Clay.
Tanah liat atau clay telah digunakan beratus tahun yang lalu sebagai ubat penyembuh pelbagai penyakit. Asalnya adalah dari debu gunung berapi. Terdapat banyak jenis tanah liat, tapi yang saya mahu ceritakan di sini ialah Bentonite Clay kerana tanah liat inilah yang terbaik antara yang terbaik. hiiihii.
Inilah rupa Bentonite Clay yang digunakan
Bagaimana Bentonite Clay bekerja?
Ok. Mesti pembaca tertanya-tanya bagaimana Bentonite Clay boleh menyembuhkan penyakit. Ia bukanlah ubat, tapi sebagai agen detox atau menyahtoksin. Bentonite Clay kaya dengan ion-ion negatif yang mana fungsi ion-ion negatif ni menyerap segala ion-ion positif dari toksin-toksin, bakteria, virus dan sebagainya. Jika ambil secara dalaman, ia akan menyerap ion-ion positif dari dalam sebelum toksin, bakteria atau virus bertindak menyerang tubuh. Sama juga jika ambil secara luaran, iaitu sebagai masker atau mandi berendam dengan air Bentonite Clay. Ia akan menyerap segala ion-ion positif melalui kulit dan ia tak akan menyerap semula ke dalam kulit.
Sifat Bentonite Clay ialah seperti magnet. Saya waktu kecil-kecil dulu memang selalu main magnet. Suka tengok bila magnet tu menarik besi ataupun serbuk magnet. Macam tu lah sifatnya Bentonite Clay ni sewaktu menyerap ion-ion positif dari badan. Ia tak akan tanggal jika kita tanggalkan. Pemakaian sebagai masker menyebabkan segala toksin, virus mahupun bakteria akan diserap oleh Bentonite Clay. Ia akan dibuang bila masker dibasuh.
Bentonite Clay juga tak hadam oleh perut manusia. Ia boleh menyebabkan sembelit. Jadi untuk mengelakkan dari sembelit, orang yang minum air Bentonite Clay perlulah minum air yang banyak, banyakkan makan sayur dan juga buah-buahan. Ion-ion yang diserap akan dikeluarkan bersama-sama najis yang keluar. hehe. Ia juga boleh meyebabkan kulit kering. Penggunaan pelembab yang sesuai digalakkan jika menggunakan Bentonite Clay secara luaran. Ini saje kesan sampingan yang dikenalpasti dari pengambilan Tanah liat ni.
Bentonite Clay juga kaya dengan mineral seperti Silica Oxide, Calcium Oxide, Sodium Oxide dan Magnesium Oxide. Mungkin juga sebab itu ia sangat bagus untuk kulit bermasalah. Selain itu, Bentonite Clay boleh memberikan tenaga kepada tubuh badan. Sejak minum Calcium Bentonite Clay saya rasa lebih bertenaga, mana taknya sekarang pun sudah pukul 1.30 pagi saya masih duduk di depan laptop buat blog ni tanpa rasa letih. hihi.
Ada 2 jenis Bentonite Clay, yang mana satu nak guna?
Kedua-dua jenis Bentonite Clay, Sodium Bentonite Clay dan Calcium Bentonite Clay bagus sekali. Sodium Bentonite Clay hanya sesuai digunakan secara luaran, iaitu untuk sapuan pada kulit sebagai masker, air mandi berendam atau buat produk kulit.
Calcium Bentonite Clay pula sesuai untuk kegunaan luaran dan dalaman. Ianya boleh dimakan. Beza antara kedua-dua Tanah liat ini adalah bentuk molekulnya dan harganya. Calcium Bentonite Clay lebih mahal, 2 kali ganda harga Sodium Bentonite Clay. Calcium Bentonite Clay yang saya guna lebih mudah dibancuh dengan air berbanding Sodium Bentonite Clay yang memang payah betul nak bancuh. Lebih susah dari bancuh tepung. Perlukan sedikit kesabaran di situ. Tapi harganya lebih murah. Keberkesanan pada kulit sama saje saya rasa.
Siapa yang boleh guna Bentonite Clay?
Orang yang sesuai menggunakan Bentonite Clay adalah sesiapa sahaja yang berminat untuk menyahtoksin diri mereka. Saya sendiri pun sedang minum air bancuhan Calcium Bentonite Clay untuk membuang segala toksin-toksin yang terkumpul mahupun yang sedang menyerap masuk ke dalam badan. Kesannya, badanku sekarang rasa lebih bertenaga, kurang rasa penat berbanding dulu sebelum minum. Pada minggu pertama minum, saya dapat rasa banyak angin keluar dari badan. hihi paham2 je lah ikut saluran mana. Lenguh-lenguh kaki pun sudah berkurang. Kalau saya ada banyak masa untuk mandi berendam dalam air Bentonite Clay, mesti nak buat seminggu sekali. Cuma sekarang takde masa lama2 nak berendam. Kena jaga anak. hihi
Digalakkan ambil oleh penghidap-penghidap penyakit atau untuk menghilangkan masalah-masalah yang dihadapi seperti yang saya senaraikan di bawah. Ia lebih berkesan dan lebih mampu jika nak dibandingkan dengan beli ubat-ubatan yang mahal-mahal di pasaran. Tambahan lagi tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan. Pengambilan juga boleh dihentikan bila-bila masa tanpa menyebabkan apa-apa kesan lain.
Age spot
AIDS
Alcoholism
Allergies
Anemia
Aneroxia
Arthritis
Autism
Bad Breath
Bee stings
Birthmark
Blackheads
Blisters
Boils
Breast Health
Broken bones
Brown recluse spider bite
Bruises
Burns
Calluses and Cracked heels
Cancer
Candida
Carpel Tunnel Syndrom
Cataracts
Cellulose
Chemotherapy detoxification
Chemical burns
Chronic fatigue syndrome (CFS)
Cold sores
Colon cleanse
Constipation
Corns and bunions
Cramps
Cuts
Cyts / tumor
Dandruff
Depression
Detoxification- Full body
Diabetes
Diaper rash
Diarrehea
Diverticulosis
Drug addiction
Earache
Eczema and Psoriasis
Fibromyalgia
Fingernail fungus
Fire ant bites
Fratulence
Flu-Influenza
Food poisoning
Fractures
Fungus
Gas
Gingivitis
Gum disease
Hair loss
Hay fever
Headaches-migraines
Heart health
Hemorrhoids
Hepatitis
Herpes - Cold sores
Hives
Indigestion
Infections
Immuno deficiency
Insect sting and bite
Irritable bowel syndrome (IBS)
Itchy skin
Kidney stones
Lactation
Liver cleanse
Menstrual cramps
Mercury toxicity
Moles
Mosquito Bites
Mouth ulcers
Mumps
Nausea and vomiting
Nuclear radiation detoxification
Oily skin
Parasites
PH balance
Pimples
Pink eye
Poison
Pregnancy
Premenstrual syndrome (PMS)
Prostate health
Pyorrhea
Radiation exposure
Rosacea
Scar removal
Shingles
Sinusitis
Skin cancer
Skin health
Snake bites
Sore throat
Spider bites
Sprains
Syphilis
Tattoo removal
Tonsillitis
Toothache
Tumors
Ulcers
Varicose veins
Vomiting
Warts
Weight loss
Worms
Wounds- traumatic injuries
Yeast infection
Yang disenaraikan adalah antara masalah-masalah yang boleh diselesaikan dengan Bentonite Clay. Setiap masalah mempunyai cara dan kaedah pengambilan berbeza. Untuk mengetahui cara pengambilannya, boleh saje emailkan saya apa masalah anda dan saya akan cuba beritahu mengikut apa yang disarankan dalam buku Living Clay.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan dan asal usul Bentonite Clay, bolehlah rajin-rajinkan diri untuk klik di web yang saya senaraikan di bawah:
http://www.livingclayco.com/livingclay1.html
http://www.naturalnews.com/025854_clay_body_detox.html
atau boleh saje google di internet untuk baca tentang khasiat Bentonite Clay. Taipkan saje samada Sodium Bentonite Clay atau Calcium Bentonite Clay. Selebihnya enjin carian akan buat kerja :)
Di mana nak dapatkan Bentonite Clay?
Jika di Malaysia, cara paling cepat dan segera boleh pegi mana-mana spa. Selalunya spa ada buat rawatan tanah liat. Boleh tanya samada diorang ada Tanah liat Bentonite tak atau tanah liat yang jenis lain pun boleh juga digunakan. Mungkin khasiat dan keberkesanannya berbeza.
Di Usa memang banyak dijual Bentonite Clay samada Sodium atau Calcium. Di farmasi, di natural market, di amazon.com atau di laman-laman web yang menjual tanah liat atau herba-herba. Di mana-mana saje boleh beli belah di rumah sambil melayan kerenah anak-anak. Untuk dapatkan Calcium Bentonite Clay yang best, saya cadangkan jenama Living Clay http://www.livingclayco.com.
Ok. sampai sini saje perkongsian saya tentang cara detox menggunakan Bentonite Clay. Moga saya dan keluarga terus diberikan kesihatan yang baik. Untuk anda juga. Pada zaman serba moden sekarang, saya rasa semua orang perlu detox kerana banyak pencemaran dan juga bahan kimia yang sedar atau tak sedar kita ambil setiap hari melalui makanan dan minuman. Takut pula bila dengar ada saje orang kena kanser, tak macam dulu-dulu. Jarang dengar ada orang kena kanser. Apa yang kita makan itulah diri kita. Mungkin sekarang kita masih sihat, jika kita teruskan dengan sikap sambil lewa menjaga kesihatan dan makanan, masuk umur 40 tahun, akan timbul bermacam-macam penyakit. Selalunya umur tua orang kaitkan dengan penyakit, betul tak? Umur tua tak sepatutnya kena sakit. Kita perlu bertindak segera sebelum umur memakan diri. Umur tua tak sepatutnya kita terlantar di katil saje. Banyak aktiviti yang boleh dibuat contohnya beribadah dan beriadah sambil melayan cucu cicit.hihi. oklah cukuplah setakat ni dulu. Wassalam.
terima kasih puan :)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsiannya ,saya ambil yang haq sahaja.lain tiada.dulu kini dan selamanya.
ReplyDeleteAnak saya -autism saya tinggal di melaka. Macam mana nak rawat dia
ReplyDeleteI was looking at some of your posts on this website and I conceive this web site is really instructive! Keep putting up.. bentonite clay powder
ReplyDelete