Salam. lama dah tak upload blog... harini tiba-tiba rasa nak upload bila tengok ramai juga penghidap eczema seperti anakku Fansuri di facebook. Sangat kasihan.. siapa yang pernah mengalaminya atau ada anak sendiri yang mengalaminya aje yang tahu betapa peritnya.
Fansuri belum betul-betul sembuh, tapi sudah banyak perubahan. Keadaan sudah terkawal. Semuanya bermula bila saya mula menggunakan Bentonite Clay untuk rawatan ekzemanya.
Pada hari pertama guna masker Bentonite Clay, Fansuri nampak kurang gatal. Tidurnya pun lebih lama dan kurang menggaru.
Saya sapukan Fansuri dengan masker Bentonite Clay dalam 15 minit. Lepas tu mandi. Untuk kaki saya balutkan dengan plastic wrap supaya masker Bentonite Clay lebih lambat untuk kering, dan lebih berkesan menyerap segala toksin dan bakteria melalui kulit.
Menangis dia tak suka pakai clay
Sehingga hari ini sudah 3 minggu Fansuri gunakan Bentonite Clay iaitu secara luaran dengan sapu masker dan dibiarkan selama 15 minit. Ambil secara dalaman dengan minum air Calcium Bentonite Clay sebanyak 1 ounce 3 kali sehari. Kadang-kadang termiss juga, minum 2 kali sehari.
Saya juga buat krim yang saya panggil 'Magic Cream'. hehe. Krim tu saya gunakan untuk sapu pada kulit yang bermasalah selepas mandi atau bila-bila diperlukan. Magic Cream tu sangat berkesan mengurangkan gatal-gatal, kulit berair dan merah meradang. Kesannya hampir serta merta. Bila Fansuri garu dan kulitnya jadi merah, kadang-kadang luka, saya sapukan Magic Cream dan merah-merah mula hilang. Kulit berair pun cepat kering. Syabas dengan krim tu. Krim-krim lain yang saya pernah guna tak pernah beri kesan hebat seperti krim Bentonite Clay, homemade dan handmade lagi. Yang lebih best, langsung tak pedih dan memang menghilangkan rasa pedih. Saya cuma guna beberapa bahan saje iaitu air, emulsifying wax, minyak zaitun ekstra, dan Bentonite Clay.
"Magic Cream" ku. Sebelahnya yang dalam botol tu adalah ubat gigi yang dibuat dari Bentonite Clay
Saya pun guna krim tu untuk sapu pada tempat digigit serangga dan juga sebagai krim wajah. haha. Sekarang saya memang tak perlu beli krim wajah lagi. Apa yang bestnya, bila pakai Magic Cream tu, saya tak perlu lagi pakai bedak sebab krim tu sendiri dah macam bedak. Kulit pun nampak lebih natural. Nak cerita pertama kali saya sapu pada kulit sendiri yang macam kena gigit semut, rasa gatal hilang serta merta. Tak lama berapa jam lepas tu kesan merah dan bengkak hilang terus tanpa dapat dikesan di mana ia berlaku. heeee
Pengambilan Bentonite Clay secara dalaman akan meyebabkan lebih kerap buang air kecil dan mungkin juga sembelit. Lampin Fansuri pun cepat penuh. Pernah sekali dia sembelit, panik juga mak dia. Tapi sekarang dah tak sembelit. Kena lebihkan minum air dan makan sayuran atau buah-buahan.
Harap-harap pengambilan Bentonite Clay ni akan mempercepatkan proses sembuh Fansuri dan alergiknya juga cepat hilang. Tak perlu tunggu hingga dia besar baru hilang. Kulitnya sudah nampak tanda-tanda mahu sembuh, cuma mungkin perlukan sedikit masa lagi. Jika ekzema yang tak berapa teruk, dalam asa 3 minggu dah boleh sembuh sepenuhnya. Tapi mungkin sebab eczema Fansuri agak kronik, mungkin perlukan beberapa bulan.
Diharapkan info dalam blog kali ni memberikan alternatif baru kepada penghidap penyakit kulit, terutamanya eczema untuk mencari rawatan. Sebolehnya berhentilah menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan kimia di dalamnya. Mungkin ia akan membantu memulihkan dalam masa singkat, tapi pengidap mungkin akan mengalami kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan, contohnya steroid. Jika ada apa-apa pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui email atau facebook berkenaan Bentonite Clay. Harap ia membantu menyembuhkan. Jangan lupa untuk berkongsi pengalaman anda dengan saya jika dah Berjaya sembuh nanti. Wassalam.
Klik sini untuk baca info tentang Bentonite Clay http://fansurigonature.blogspot.com/2013/09/detox-dengan-bentonite-clay.html
Alhamdullillah.. BEsar dah fansuri. Semoga fasa eczema ni cepat berlalu dan fansuri can fully experience life. Inshaa Allah.
ReplyDeleteKak mcmane sy nak dptkn produk ni...mana2 spa sy tanya xde pula bentonite clay -calciumdan sodium
ReplyDeleteSalam mne sy bole dptkn bentonite clay ni?bby sy 4bln pon eczema.bole pki ke?
ReplyDeleteSalam pn, mcmana eczema ank pn sekarang selepas guna bentonite clay selama ini
ReplyDeleteWah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Ubat mencegah Ekzema
ReplyDeletewslm semua. maaf tak buka blog lama dah sejak line internet agak slow. saya ada buat krim untuk masalah kulit termasuk ekzema yang mengandungi Bentonite Clay ni dan kandungannya pun ditambaik dari magic cream tu, saya namakan Healing Cream. boleh ke page facebook Zuree Naturals untuk lihat...
ReplyDelete