Credit to Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus (pengamal Perubatan Islam).
Saya copy paste dalam blog ni supaya senang saya cari untuk amalkannya. Bolehlah juga sesiapa ingin mencuba membuang segala toksin dalam badan.
Kaedah detox melalui Terapi Islam.
Jawapan Untuk Rawatan Membuang Toksin Selepas Mengambil Suntikan.
Cumanya memerlukan amalan istiqomah selama 7hari(seminggu) berturut-turut, insyaALLAH kesan dadah atau penghasilan toksin di dalam darah akibat dari suntikan tersebut dapat dielakkan.Kaedahnya adalah, telan madu lebah+ serbuk kulit kayu manis (kulit kayu manis yang telah dikisar atau tumbuk halus). 1-3 sudu madu lebah + 1 cubit serbuk kulit kayu manis(bagi setiap sudu madu).
Telan tanpa diselangi air, tunggu 20minit, setelah itu minum air suam atau air biasa.
Kaedah ini adalah antara kaedah alamiah yang bertujuan memberi keseimbangan oksigen dan protein di dalam sel darah merah(trombosit) untuk penghasilan imunisasi, atau bahasa mudah self healing. Amat sesuai untuk penghidap kencing manis, bertujuan untuk mengaktifkan fungsi pankreas dalam penghasilan insulin. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.
Sambil membuat ramuan, disyorkan banyakkan selawat ke atas junjungan Sayyiduna RasulILLAH SallALLAHu Alaihi Wassalam.
Dos Untuk Bayi
Gaulkan madu satu sudu + secubit serbuk kayu manis dalam piring, biarkan lebih kurang 30min, selepas itu, calitkan bahan tersebut pada jari telunjuk sehingga ruas pertama jari, dan diberi bayi tersebut hisap jari.
Selepas 20min, titiskan atau berikan satu sudu air suam ke dalam mulut bayi tersebut.
Untuk kanak-kanak, bahan dan kaedah yang sama seperti bayi tadi, cuma diberi dengan dos, satu sudu teh.
InsyaALLAH Tohour.
No comments:
Post a Comment