Tuesday, September 3, 2013

Rawatan Ekzema Dengan Bentonite Clay



Salam. lama dah tak upload blog... harini tiba-tiba rasa nak upload bila tengok ramai juga penghidap eczema seperti anakku Fansuri di facebook. Sangat kasihan.. siapa yang pernah mengalaminya atau ada anak sendiri yang mengalaminya aje yang tahu betapa peritnya.

Fansuri belum betul-betul sembuh, tapi sudah banyak perubahan. Keadaan sudah terkawal. Semuanya bermula bila saya mula menggunakan Bentonite Clay untuk rawatan ekzemanya.
 
 Alhamdulillah syukur kepada Allah menemukan cara untukku merawat anakku. Setelah bermacam-macam krim dan ubat samada dari farmasi atau natural digunakan, semuanya tak menunjukkan Fansuri akan sembuh. Sehingga satu hari semasa sedang membaca-baca laman web di internet, saya terjumpa maklumat tentang Bentonite Clay ini boleh menyembuhkan penyakit kulit dan bermacam-macam penyakit lain. Baru saya teringat saya telah lama beli Bentonite Clay, tapi tak guna lagi. Simpan saje dalam kotak.  Saya terfikir, apa salahnya cuba.

Pada hari pertama guna masker Bentonite Clay, Fansuri nampak kurang gatal. Tidurnya pun lebih lama dan kurang menggaru.

Saya sapukan Fansuri dengan masker Bentonite Clay dalam 15 minit. Lepas tu mandi. Untuk kaki saya balutkan dengan plastic wrap supaya masker Bentonite Clay lebih lambat untuk kering, dan lebih berkesan menyerap segala toksin dan bakteria melalui kulit.

Menangis dia tak suka pakai clay
 
 
Seminggu selepas tu barulah saya ada keyakinan untuk memberi Bentonite Clay secara dalaman pula. Selepas baca buku Living Clay yang saya beli untuk buat sikit kajian tentang Bentonite Clay. Agak takut juga pada mulanya jika ada kesan sampingan kepada sistem pencernaan dia. Yelah kan, Bentonite Clay ni kan Tanah liat, tertanya-tanya juga, boleh ke makan. Tapi lepas baca buku Living Clay, barulah ada keberanian nak cuba.

 

Sehingga hari ini sudah 3 minggu Fansuri gunakan Bentonite Clay iaitu secara luaran dengan sapu masker dan dibiarkan selama 15 minit. Ambil secara dalaman dengan minum air Calcium Bentonite Clay sebanyak 1 ounce 3 kali sehari. Kadang-kadang termiss juga, minum 2 kali sehari.

Saya juga buat krim yang saya panggil 'Magic Cream'. hehe. Krim tu saya gunakan untuk sapu pada kulit yang bermasalah selepas mandi atau bila-bila diperlukan. Magic Cream tu sangat berkesan mengurangkan gatal-gatal, kulit berair dan merah meradang. Kesannya hampir serta merta. Bila Fansuri garu dan kulitnya jadi merah, kadang-kadang luka, saya sapukan Magic Cream dan merah-merah mula hilang. Kulit berair pun cepat kering. Syabas dengan krim tu. Krim-krim lain yang saya pernah guna tak pernah beri kesan hebat seperti krim Bentonite Clay, homemade dan handmade lagi. Yang lebih best, langsung tak pedih dan memang menghilangkan rasa pedih. Saya cuma guna beberapa bahan saje iaitu air, emulsifying wax, minyak zaitun ekstra, dan Bentonite Clay.

"Magic Cream" ku. Sebelahnya yang dalam botol tu adalah ubat gigi yang dibuat dari Bentonite Clay
 

Saya pun guna krim tu untuk sapu pada tempat digigit serangga dan juga sebagai krim wajah. haha. Sekarang saya memang tak perlu beli krim wajah lagi. Apa yang bestnya, bila pakai Magic Cream tu, saya tak perlu lagi pakai bedak sebab krim tu sendiri dah macam bedak. Kulit pun nampak lebih natural. Nak cerita pertama kali saya sapu pada kulit sendiri yang macam kena gigit semut, rasa gatal hilang serta merta. Tak lama berapa jam lepas tu kesan merah dan bengkak hilang terus tanpa dapat dikesan di mana ia berlaku. heeee

Pengambilan Bentonite Clay secara dalaman akan meyebabkan lebih kerap buang air kecil dan mungkin juga sembelit. Lampin Fansuri pun cepat penuh. Pernah sekali dia sembelit, panik juga mak dia. Tapi sekarang dah tak sembelit. Kena lebihkan minum air dan makan sayuran atau buah-buahan.

Harap-harap pengambilan Bentonite Clay ni akan mempercepatkan proses sembuh Fansuri dan alergiknya juga cepat hilang. Tak perlu tunggu hingga dia besar baru hilang. Kulitnya sudah nampak tanda-tanda mahu sembuh, cuma mungkin perlukan sedikit masa lagi. Jika ekzema yang tak berapa teruk, dalam asa 3 minggu dah boleh sembuh sepenuhnya. Tapi mungkin sebab eczema Fansuri agak kronik, mungkin perlukan beberapa bulan.

Diharapkan info dalam blog kali ni memberikan alternatif baru kepada penghidap penyakit kulit, terutamanya eczema untuk mencari rawatan. Sebolehnya berhentilah menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan kimia di dalamnya. Mungkin ia akan membantu memulihkan dalam masa singkat, tapi pengidap mungkin akan mengalami kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan, contohnya steroid. Jika ada apa-apa pertanyaan, bolehlah hubungi saya melalui email atau facebook berkenaan Bentonite Clay. Harap ia membantu menyembuhkan. Jangan lupa untuk berkongsi pengalaman anda dengan saya jika dah Berjaya sembuh nanti. Wassalam.

Klik sini untuk baca info tentang Bentonite Clay http://fansurigonature.blogspot.com/2013/09/detox-dengan-bentonite-clay.html

Detox dengan Bentonite Clay

Baca sini untuk baca cerita saya merawat eczema anak dengan Bentonite Clay http://fansurigonature.blogspot.com/2013/09/rawatan-ekzema-dengan-bentonite-clay.html

Saya akan ceritakan serba sedikit mengenai Bentonite Clay supaya para pembaca lebih tahu apa dia dan bagaimana Bentonite Clay boleh menyembuhkan penyakit. Saya bukanlah orang yang pakar tentang Bentonite Clay, saya cuma ceritakan daripada pembacaan dan juga dari buku Living Clay yang saya beli khas untuk mengkaji kebaikan Bentonite Clay.



Tanah liat atau clay telah digunakan beratus tahun yang lalu sebagai ubat penyembuh pelbagai penyakit. Asalnya adalah dari debu gunung berapi. Terdapat banyak jenis tanah liat, tapi yang saya mahu ceritakan di sini ialah Bentonite Clay kerana tanah liat inilah yang terbaik antara yang terbaik. hiiihii.

 
Inilah rupa Bentonite Clay yang digunakan


Bagaimana Bentonite Clay bekerja?

Ok. Mesti pembaca tertanya-tanya bagaimana Bentonite Clay boleh menyembuhkan penyakit. Ia bukanlah ubat, tapi sebagai agen detox atau menyahtoksin. Bentonite Clay kaya dengan ion-ion negatif yang mana fungsi ion-ion negatif ni menyerap segala ion-ion positif dari toksin-toksin, bakteria, virus dan sebagainya. Jika ambil secara dalaman, ia akan menyerap ion-ion positif dari dalam sebelum toksin, bakteria atau virus bertindak menyerang tubuh. Sama juga jika ambil secara luaran, iaitu sebagai masker atau mandi berendam dengan air Bentonite Clay. Ia akan menyerap segala ion-ion positif melalui kulit dan ia tak akan menyerap semula ke dalam kulit.

Sifat Bentonite Clay ialah seperti magnet. Saya waktu kecil-kecil dulu memang selalu main magnet. Suka tengok bila magnet tu menarik besi ataupun serbuk magnet. Macam tu lah sifatnya Bentonite Clay ni sewaktu menyerap ion-ion positif dari badan. Ia tak akan tanggal jika kita tanggalkan. Pemakaian sebagai masker menyebabkan segala toksin, virus mahupun bakteria akan diserap oleh Bentonite Clay. Ia akan dibuang bila masker dibasuh.

Bentonite Clay juga tak hadam oleh perut manusia. Ia boleh menyebabkan sembelit. Jadi untuk mengelakkan dari sembelit, orang yang minum air Bentonite Clay perlulah minum air yang banyak, banyakkan makan sayur dan juga buah-buahan. Ion-ion yang diserap akan dikeluarkan bersama-sama najis yang keluar. hehe. Ia juga boleh meyebabkan kulit kering. Penggunaan pelembab yang sesuai digalakkan jika menggunakan Bentonite Clay secara luaran. Ini saje kesan sampingan yang dikenalpasti dari pengambilan Tanah liat ni.

Bentonite Clay juga kaya dengan mineral seperti Silica Oxide, Calcium Oxide, Sodium Oxide dan Magnesium Oxide. Mungkin juga sebab itu ia sangat bagus untuk kulit bermasalah. Selain itu, Bentonite Clay boleh memberikan tenaga kepada tubuh badan. Sejak minum Calcium Bentonite Clay saya rasa lebih bertenaga, mana taknya sekarang pun sudah pukul 1.30 pagi saya masih duduk di depan laptop buat blog ni tanpa rasa letih. hihi.


Ada 2 jenis Bentonite Clay, yang mana satu nak guna?

Kedua-dua jenis Bentonite Clay, Sodium Bentonite Clay dan Calcium Bentonite Clay bagus sekali. Sodium Bentonite Clay hanya sesuai digunakan secara luaran, iaitu untuk sapuan pada kulit sebagai masker, air mandi berendam atau buat produk kulit.

Calcium Bentonite Clay pula sesuai untuk kegunaan luaran dan dalaman. Ianya boleh dimakan. Beza antara kedua-dua Tanah liat ini adalah bentuk molekulnya dan harganya. Calcium Bentonite Clay lebih mahal, 2 kali ganda harga Sodium Bentonite Clay. Calcium Bentonite Clay yang saya guna lebih mudah dibancuh dengan air berbanding Sodium Bentonite Clay yang memang payah betul nak bancuh. Lebih susah dari bancuh tepung. Perlukan sedikit kesabaran di situ. Tapi harganya lebih murah. Keberkesanan pada kulit sama saje saya rasa.


Siapa yang boleh guna Bentonite Clay?

Orang yang sesuai menggunakan Bentonite Clay adalah sesiapa sahaja yang berminat untuk menyahtoksin diri mereka. Saya sendiri pun sedang minum air bancuhan Calcium Bentonite Clay untuk membuang segala toksin-toksin yang terkumpul mahupun yang sedang menyerap masuk ke dalam badan. Kesannya, badanku sekarang rasa lebih bertenaga, kurang rasa penat berbanding dulu sebelum minum. Pada minggu pertama minum, saya dapat rasa banyak angin keluar dari badan. hihi paham2 je lah ikut saluran mana. Lenguh-lenguh kaki pun sudah berkurang. Kalau saya ada banyak masa untuk mandi berendam dalam air Bentonite Clay, mesti nak buat seminggu sekali. Cuma sekarang takde masa lama2 nak berendam. Kena jaga anak. hihi

Digalakkan ambil oleh penghidap-penghidap penyakit atau untuk menghilangkan masalah-masalah yang dihadapi seperti yang saya senaraikan di bawah. Ia lebih berkesan dan lebih mampu jika nak dibandingkan dengan beli ubat-ubatan yang mahal-mahal di pasaran. Tambahan lagi tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan. Pengambilan juga boleh dihentikan bila-bila masa tanpa menyebabkan apa-apa kesan lain.

Age spot
AIDS
Alcoholism
Allergies
Anemia
Aneroxia
Arthritis
Autism
Bad Breath
Bee stings
Birthmark
Blackheads
Blisters
Boils
Breast Health
Broken bones
Brown recluse spider bite
Bruises
Burns
Calluses and Cracked heels
Cancer
Candida
Carpel Tunnel Syndrom
Cataracts
Cellulose
Chemotherapy detoxification
Chemical burns
Chronic fatigue syndrome (CFS)
Cold sores
Colon cleanse
Constipation
Corns and bunions
Cramps
Cuts
Cyts / tumor
Dandruff
Depression
Detoxification- Full body
Diabetes
Diaper rash
Diarrehea
Diverticulosis
Drug addiction
Earache
Eczema and Psoriasis
Fibromyalgia
Fingernail fungus
Fire ant bites
Fratulence
Flu-Influenza
Food poisoning
Fractures
Fungus
Gas
Gingivitis
Gum disease
Hair loss
Hay fever
Headaches-migraines
Heart health
Hemorrhoids
Hepatitis
Herpes - Cold sores
Hives
Indigestion
Infections
Immuno deficiency
Insect sting and bite
Irritable bowel syndrome (IBS)
Itchy skin
Kidney stones
Lactation
Liver cleanse
Menstrual cramps
Mercury toxicity
Moles
Mosquito Bites
Mouth ulcers
Mumps
Nausea and vomiting
Nuclear radiation detoxification
Oily skin
Parasites
PH balance
Pimples
Pink eye
Poison
Pregnancy
Premenstrual syndrome (PMS)
Prostate health
Pyorrhea
Radiation exposure
Rosacea
Scar removal
Shingles
Sinusitis
Skin cancer
Skin health
Snake bites
Sore throat
Spider bites
Sprains
Syphilis
Tattoo removal
Tonsillitis
Toothache
Tumors
Ulcers
Varicose veins
Vomiting
Warts
Weight loss
Worms
Wounds- traumatic injuries
Yeast infection

Yang disenaraikan adalah antara masalah-masalah yang boleh diselesaikan dengan Bentonite Clay. Setiap masalah mempunyai cara dan kaedah pengambilan berbeza. Untuk mengetahui cara pengambilannya, boleh saje emailkan saya apa masalah anda dan saya akan cuba beritahu mengikut apa yang disarankan dalam buku Living Clay.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan dan asal usul Bentonite Clay, bolehlah rajin-rajinkan diri untuk klik di web yang saya senaraikan di bawah:

http://www.livingclayco.com/livingclay1.html
http://www.naturalnews.com/025854_clay_body_detox.html

atau boleh saje google di internet untuk baca tentang khasiat Bentonite Clay. Taipkan saje samada Sodium Bentonite Clay atau Calcium Bentonite Clay. Selebihnya enjin carian akan buat kerja :)


Di mana nak dapatkan Bentonite Clay?

Jika di Malaysia, cara paling cepat dan segera boleh pegi mana-mana spa. Selalunya spa ada buat rawatan tanah liat. Boleh tanya samada diorang ada Tanah liat Bentonite tak atau tanah liat yang jenis lain pun boleh juga digunakan. Mungkin khasiat dan keberkesanannya berbeza.

Di Usa memang banyak dijual Bentonite Clay samada Sodium atau Calcium. Di farmasi, di natural market, di amazon.com atau di laman-laman web yang menjual tanah liat atau herba-herba. Di mana-mana saje boleh beli belah di rumah sambil melayan kerenah anak-anak. Untuk dapatkan Calcium Bentonite Clay yang best, saya cadangkan jenama Living Clay http://www.livingclayco.com.


Ok. sampai sini saje perkongsian saya tentang cara detox menggunakan Bentonite Clay. Moga saya dan keluarga terus diberikan kesihatan yang baik. Untuk anda juga. Pada zaman serba moden sekarang, saya rasa semua orang perlu detox kerana banyak pencemaran dan juga bahan kimia yang sedar atau tak sedar kita ambil setiap hari melalui makanan dan minuman. Takut pula bila dengar ada saje orang kena kanser, tak macam dulu-dulu. Jarang dengar ada orang kena kanser. Apa yang kita makan itulah diri kita. Mungkin sekarang kita masih sihat, jika kita teruskan dengan sikap sambil lewa menjaga kesihatan dan makanan, masuk umur 40 tahun, akan timbul bermacam-macam penyakit. Selalunya umur tua orang kaitkan dengan penyakit, betul tak? Umur tua tak sepatutnya kena sakit. Kita perlu bertindak segera sebelum umur memakan diri. Umur tua tak sepatutnya kita terlantar di katil saje. Banyak aktiviti yang boleh dibuat contohnya beribadah dan beriadah sambil melayan cucu cicit.hihi. oklah cukuplah setakat ni dulu. Wassalam.