Akhir-akhir ni ramai pula anak-anak yang menghadapi masalah ekzema dan alergi dan ramai juga yang mengalami autism dan penyakit-penyakit ganjil yang jarang berlaku sebelum ni. Bagi saya, ini perlu difikirkan kenapa agaknya perkara ni boleh berlaku. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan saya, tapi bagi saya, penyebab utama adalah imunisasi atau vaksin. Saya bukan anti vaksin jika ianya tak memberikan kemudaratan, tapi disebabkan anak sendiri dah terkena alahan pada hari yang sama cucuk, beberapa jam selepas cucuk, jadi saya sekarang menentang sekeras-kerasnya imunisasi dan vaksin ke atas anak dan diri saya. Terpulang kepada anda nak percaya atau tak, tapi anda perlu tahu bila anak anda mula mengalami perubahan. Alahan mungkin berlaku cepat atau lambat, samada sehari, seminggu atau berbulan. Saya tahu isu ni kontroversi, jadi saya malas nak ulas panjang-panjang. Cukuplah saya bagitahu supaya anda lebih berhati-hati dan buat pembacaan sedikit apa itu vaksin dan kandungannya. Sekarang mari kita fokuskan kepada tips-tips penjagaan ekzema.
Gambar Fansuri dulu sewaktu ekzema teruk dan sekarang dah semakin ok.
Di sini saya akan ceritakan tips-tips bagaimana saya sebagai ibu menjaga anak ekzema dan alergi. Harap info ini akan memberikan sedikit sebanyak panduan untuk ibu-ibu terutama yang masih baru menghadapi masalah yang sama.
- Kebersihan. Kebersihan adalah paling utama yang perlu dijaga. Perlu divakum rumah kalau boleh setiap hari, elakkan menggunakan penyapu kerana habuk-habuk akan berterbangan, lebih-lebih lagi jika anak anda alergi kepada habuk. Tukar sarung bantal dan tilam sekerapnya, terutama jika alergi hama. Nasib baik Fansuri tak alergi hama dan habuk, jadi kerja saya mudah sedikit.
- Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek. Kuku yang panjang menyebabkan kulit lebih mudah luka apabila digaru. Bagi Fansuri saya akan potong pendek kukunya setiap 2 hari. Cepat betul kukunya panjang. Saya amat ngeri bila tengok dia garu, bukan macam garu, tapi cakar. Sejak gunakan krim yang saya buat yang mengandungi mentega koko dan bentonite, memang saya perhatikan kulitnya lebih anjal, kurang luka apabila digaru. Berbeza waktu dulu waktu guna krim steroid dan petroleum jelly. Kulit cepat luka kerana semakin menipis. Alhamdulillah sekarang luka pun cepat sembuh dengan krim magik buatan tanganku. kihkihkih. Gunakan sarung tangan yang lembut jika perlu bagi mengurangkan luka.
- Mandi kerap. Jika anak anda mengalami kulit kering, perlu kerap mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Saya agak pelik dulu waktu berjumpa doktor, kadang-kadang disuruhnya saya kurang mandikan anak, bila pegi lain kali pula dikata perlu mandi kerap. Saya pun taktau semuanya salah. Tapi apabila dipraktikkan, memang bila kerap mandikan, kulit akan lebih lembap, dan boleh sapukan krim selesai saje mandi, jangan tunggu kulit kering. Cuma lap-lap sikit, dan sapukan krim semulajadi yang sesuai.
- Sapukan pelembap dengan kerap. Kulit yang kering perlu kerap disapu pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau tak, kulit akan gatal. Macam Fansuri, memang saya sapukan sentiasa terutama bila dia menggaru. Di usa, memang wajib pasang humidifier bila mula musim sejuk. Saya perasan kulitnya cepat jadi merah jika cuaca kering. Saya bernasib baik juga dapat menjaga anak sendiri, bolehlah menyapu pelembap pada dia selalu, jika ibu-ibu yang bekerja, perlu beritahu kepada pengasuh supaya lebih kerap menyapu pelembap pada anak.
- Ubah diet. Bila anak anda mengalami ruam samada sikit atau banyak, itu menandakan anak anda alah terhadap sesuatu samada ubat-ubatan atau makanan. Pencemaran alam, ditambah lagi toksin yang dicucuk terus ke dalam darah anak mungkin menjadi 'trigger factor' anak anda mengalami alergi dan ruam. Jadi untuk mengurangkan kandungan toksin dalam badan, ambillah makanan yang organik sebolehnya, makanan semulajadi seperti madu, habbatussauda, minyak zaitun dan banyak lagi. Mungkin saya perlu buat topik lain untuk makanan natural pula lepas ni. Panjang pula nak listkan. Elakkan makanan berproses seperti cikedis, makanan segera, nugget, sosej, susu formula, nestum, makanan dalam tin, makanan berpewarna dan sebagainya. Sebolehnya masak sendiri di rumah supaya kita tahu apa kandungan yang diguna. Korbankanlah sedikit duit untuk membeli makanan yang sihat kerana kesihatan adalah lebih utama dari segalanya.
Rasanya setakat tu saje tips-tips yang boleh diamalkan sesiapa yang mengalami ekzema atau ibubapa yang menjaga anak ekzema di rumah. Jika ada lagi yang tertinggal saya akan update dari masa ke semasa. Tapi inilah perkara yang penting diamalkan setiap hari supaya ekzema dapat dikawal.
Selepas ni saya akan tulis tentang rawatan yang boleh dibuat untuk pesakit-pesakit ekzema dan penyakit kanak-kanak seperti autisme, ADHD, asthma, dan alergi. Baru baca satu buku ni, saya rasa ia amat bagus dan saya akan kongsikan nanti. Teruskan membaca!
Doctor diagnosed my daughter suffer autism. Since I changed to free gluten diet, I can see a lot of positive improvement.
ReplyDeleteWe have to choose suitable diet for healthy living for those who suffering epilepsy, diabetic , autis, etc.
Doctor diagnosed my daughter suffer autism. Since I changed to free gluten diet, I can see a lot of positive improvement.
ReplyDeleteWe have to choose suitable diet for healthy living for those who suffering epilepsy, diabetic , autis, etc.