Gambar: Sodium dan Calcium Bentonite Clay dari Zuree Naturals
Kegunaan kedua-dua Bentonite Clay ini adalah hampir sama, cuma ada sedikit perbezaan iaitu Calcium Bentonite Clay boleh dimakan, tetapi Sodium Bentonite Clay tak boleh dimakan. Di sini saya senaraikan kegunaannya supaya lebih terang dan jelas.
PERINGANTAN! GUNAKAN HANYA SUDU DAN BEKAS BUKAN BESI SEPERTI KACA ATAU PLASTIK KETIKA MEMBANCUH PASTE BENTONITE CLAY KERANA IA AKAN MENYERAP LOGAM.
Kegunaan Bentonite Clay
1. Sebagai agen detox akibat digigit serangga- Boleh disapu pada kulit yang mengalami masalah seperti ekzema, psoriasis, ruam, terkena sengatan serangga dan binatang berbisa seperti ular, tebuan, lebah, semut api, dan sebagainya. Fungsi Bentonite Clay paste apabila dicampur dengan air akan menyerap keluar toksin dan bisa-bisa melalui kulit.
Cara membuat paste: Bancuh Bentonite Clay dengan air sebanyak 1:3. Contohnya 1tsp clay dibancuhkan dengan 3 tsp air. Biarkan seketika (30 minit atau lebih) supaya ia mengembang. Kemudian sapulah pada tempat yang bermasalah sehingga kering atau seberapa banyak yang anda suka. Lebih banyak lebih bagus keberkesanannya. Saya sendiri juga pernah menggunakan paste bentonite clay pada tempat terkena sengat serangga tempohari, tak nampak serangga ape, tiba2 jari dah kena sengat dan jari bengkak dan sangat sakit. Alhamdulillah dalam masa sehari saya menyapu paste bentonie clay, rasa menyengat dan bengkak telah hilang keesokannya.
Bancuhan Calcium dan Sodium Bentonite Clay
2. Sebagai masker. Paste Bentonite Clay sesuai dibuat masker wajah dan badan bagi mengeluarkan lebihan minyak dan toksin. Gunakan masker Bentonite Clay 2 minggu sekali pada wajah, kemudian sapukan pelembap semulajadi bagi mengelakkan kulit menjadi kering.
3. Sebagai mandian. Berendamlah dengan bancuhan Bentonite Clay untuk membuang segala kekotoran dan toksin. Lakukan 2 kali seminggu. Campurkan 1 atau 2 cawan Bentonite Clay ke dalam air mandian anda dan berendamlah. Sekarang anda ada spa sendiri di rumah.
4. Bedak ruam. Serbuk Bentonite Clay juga boleh disapu terus pada kulit terutama kulit yang beruam dan berair. Bentonite Clay akan membantu memulihkan kulit yang bermasalah di samping mengeringkan tempat tersebut. Boleh digunakan sebagai bedak lampin bayi dan di tempat yang selalu berpeluh iaitu seperti leher dan ketiak.
5. Ubat gigi. Serbuk Bentonite Clay boleh dijadikan ubat gigi. Rasanya agak kelat, amalkan selalu dan lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasa kelatnya. Boleh juga menggunakan paste yang telah dibancuh dengan 1:3 air sebagai ubat gigi.
Resepi ubat gigi Bentonite Clay dengan Minyak Kelapa Dara. Ni saya kongsikan resepi ubat gigi yang saya gunakan. Memang best, gigi rasa fresh, lebih bersih dan gigi rasa licin, sama macam gogok gigi dengan kayu sugi. Bancuhkan 1:3 paste kemudian campurkan sesudu minyak kelapa dara dan beberapa titik peppermint essential oil (boleh didapati dari kedai-kedai organik atau kedai online). Masukkan ke dalam botol yang sesuai, paste ni tahan lama tak perlu simpan dalam peti sejuk.
6. Detox dalaman. Untuk Calcium Bentonite Clay, ia boleh diambil diminum untuk detox dari dalaman. Caranya ialah 1 tsp Calcium Bentonite Clay dibancuh dengan 2oz air masak bertapis. Minum pagi, petang, dan malam mengikut keadaan anda. Jika anda mahu kesan maksimum eloklah ambil 3 kali sehari atau boleh kurangkan kepada 1 kali atau 2 kali sehari jika keadaan tak berapa teruk.
Ambil Bentonite Clay untuk detox dalaman mungkin akan menyebabkan sembelit. Jadi sila pastikan minum banyak air dan makanan berfiber seperti buah dan sayur. Cuba dulu minum dlm 1 oz untuk permulaan untuk melihat keserasian.
Sejak anak saya Fansuri saya beri minum air bancuhan Calcium Bentonite Clay sejak 14/11/2014 haritu, saya stopkan antihistamin dan saya nampak perubahan dia tak terlalu gatal sepeti sebelum ni. Kulitnya pun tak terlalu merah dan terkawal. Anak saya mempunyai alergik yang teruk kepada banyak makanan, dan harapan saya alergiknya akan hilang terus dengan Bentonite Clay. Saya juga tak pantang sangat dah.. sebab dia masih bfeeding sepatutnya saya juga perlu pantang makanan yang dia alergik. Sori dik, umi jadi kurus pantang banyak. at least umi makan akan transfer juga protein yg umi makan kat dia. Dari takde ambil protein langsung.
Perbezaan Bentonite Clay
Calcium Bentonite Clay
- Boleh dibuat detox dalaman (diminum).
- Lebih Mudah dibancuh.
- Harga lebih mahal
Sodium Bentonite Clay
- Hanya kegunaan luaran (kulit).
- Agak sukar untuk dibancuh sebati.
- Harga lebih murah
- Teksturnya akan lebih licin apabila disentuh
Walaupun terdapat sedikit perbezaan, kedua-dua Bentonite Clay ini mempunyai kesan dan khasiat yang hampir sama. Pilihlah mengikut kemampuan anda.
Harga Zuree Naturals untuk Bentonite Clay
Calcium Bentonite Clay : RM 25/ 2 oz
Sodium Bentonie Clay : RM 20 / 2 oz
2 oz Bentonite Clay lebih kurang sebanyak 15 tsp. Jadi ia dapat bertahan selama 15 hari jika guna 1 tsp setiap hari.
Kos penghantaran ialah RM7. Combine shipping untuk lebih jimat!
Assalamualaikum puan. ank sy pn ada masalah ekzema. Skrang umur anak dah 4 th. Ekzemanya nampak kurang sikit brbanding ms dia bby. Tp gatal dan menggarunya tetap xbrhenti. sy berminat dgn 2 produk ni. puan boleh pm sy?
ReplyDeleteAssalamualaikum puan. ank sy pn ada masalah ekzema. Skrang umur anak dah 4 th. Ekzemanya nampak kurang sikit brbanding ms dia bby. Tp gatal dan menggarunya tetap xbrhenti. sy berminat dgn 2 produk ni. puan boleh pm sy?
ReplyDeleteaslm sis...email saya sia murnimahansah@gmail.com....saya berminat...saya dan anak ada enzima. tk.
ReplyDeleteminta maaf kepada yang memberi komen di sini. saya arang dapat buka blog kerana masalah internet yang slow. sila ke facebook page saya Zuree Naturals atau boleh wasap saya di nombor 01123593070
ReplyDelete