Tuesday, March 26, 2013

Apa Itu Organik?




Perkataan "organik" itu bermaksud "berasal dari tanah". Secara ringkasnya boleh dikatakan ianya berasaskan alam semulajadi. Penanaman organik sedang berkembang semula kerana telah ramai orang menyedari bahawa penggunaan bahan kimia telah banyak memudaratkan manusia dan alam sekitar.

Jadi, saya juga ingin mengambil bahagian dalam menjaga tubuh badan dan persekitaran dari terus tercemar. Ramai orang mula menyedari akan pentingnya menjaga kesihatan dan pemakan apabila mula merasa tidak sihat atau diserang penyakit. Saya lah di antaranya.. hehe. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai organik, saya akan senaraikan ciri-ciri organik. Antaranya ialah:


i) Bebas dari bahan kimia.

Makanan atau produk organik yang dihasilkan adalah bebas secara keseluruhannya dari bahan kimia. Bermula dari proses penanaman, pembajaan penuaian dan pemprosesan sehingga ia menghasilkan produk atau makanan. Penanaman organik ini tidak menggunakan racun serangga dan racun rumpai serta baja kimia. Produk-produk makanan diproses tanpa menggunakan bahan tambah sintetik, contohnya seperti pengawet, perasa, dan pewarna sintetik.


ii) Selamat

Dengan memilih produk organik, kita tidak perlu risau akan keselamatannya dengan kata lain boleh digunakan tanpa was-was. Ia juga boleh diambil berulang-ulang tanpa memikirkan risiko jika terlebih dos, berbeza dengan produk atau ubatan kimia yang memerlukan pemantauan dan perlu menjauhkannya dari kanak-kanak.


iii) Masa depan yang lebih baik

Penghasilan produk atau makanan organik itu sendiri mengelakkan alam sekitar dari tercemar. Ini amat penting kerana alam sekitar ini masih digunakan untuk generasi masa akan datang, beratus-ratus tahun ke hadapan sebelum kiamatnya dunia.

Selain itu, tubuh badan kita sendiri akan lebih sihat, dapat menghindarkan dari penyakit berbahaya. Ini kerana prduk organik bebas dari segala bahan yang boleh merosakkan sistem tubuh badan. Hargailah anugerah Allah di atas bumi ini sebaiknya.

Minyak Kelapa Dara yang saya minum
 

Sejak saya mengamalkan produk organik dan natural, banyak bezanya yang saya dapat lihat. Contohnya baru-baru ini saya diserang demam dan batuk. Saya cuma minum Minyak Kelapa Dara sebagai ganti panadol dan kesannya lebih baik berbanding semasa saya mengambil panadol. Badan tidak berasa letih dan saya juga tidak pening kepala..saya tahu kerana saya kerap demam seperti itu sebelum ni... biasanya suhu badan akan terus panas dan pening berpusing-pusing, mata merah dan berair dan saya akan melepek saje sepanjang hari. Tapi sekarang keadaan agak terkawal, walaupun batuk-batuk, badan rasa seperti tak demam, sambil tu saya bolehlah pergi balik menghantar Nu'man ke sekolah dalam salji tebal... la la la. Teringat di zaman belajar, saya selalu demam kuat sehinggakan pernah telan 4 biji panadol untuk pergi ambil exam. Kesannya saya mabuk ubat berhari-hari pening dan pusing macam mau tumbang.. kisah silam.. terpaksa untuk elak miss exam.. pernah juga batuk kuat hingga kahak ada darah, sebab tekak dah luka.

InsyaAllah selagi termampu saya akan teruskan usaha natural ini untuk keluarga. Semoga saya dan keluarga akan dijauhkan dari segala penyakit berbahaya....terima kasih kerana sudi baca! bye..


 

No comments:

Post a Comment