Monday, April 1, 2013

Non-Petroleum Jelly

 
 
 
Hari jumaat lepas 28 Mac 2013, saya try buat non-petroleum jelly/jelly bukan petroleum/jeli minyak. .. bentuknya seperti petroleum jelly.. bezanya ia tidak menutup roma kulit seperti petroleum jelly, malah lebih berkesan.
 
 
 
  Inilah rupa bentuk non-petroleum jelly tersebut. Nampak kesan jari jemariku mencolet..
 
 
Jeli minyak ni dibuat dengan begitu bersungguh-sungguh :).. tiga kali juga saya mencuba supaya dapat texture seperti dalam gambar. Bahan yang saya gunakan semestinya organik, iaitu Extra Virgin Olive Oil, Extra Virgin Coconut Oil, Cocoa Butter, Shea Butter, dan Beeswax. Tiada preservative digunakan. Sesuai juga dijadikan untuk relieve diaper rash. Saya dah sapu pd Fansuri. Alhamdulillah rashes cepat hilang.
 
 
 Gambar Fansuri pada 28 Mac 2013 (Khamis). Sebelum disapu non-petroleum jelly buatan sendiri..lol. tak berapa clear sangat. mari kita zoom sikit bagi nampak lebih clear.
 
 
 Kulit kelihatan sangat teruk. kulit pecah-pecah dan kering.


Kulitnya mula menunjukkan lebih baik pertama kali saya sapukan non-petroleum jelly nih. Saya tunjukkan pada husband, dan dia kata saya kikis kulit Fansuri.. lol kelakarnya.
 
 Gambar pada 1 April 2013 (Isnin) bersama abangnya Nu'man. Mari zoom in sikit.
 
 
Kulit lebih elok. Walaupun belum sembuh sepenuhnya, tapi nampak lebih baik. Kulit-kulit pecah dan kering sudah hilang. I think this is an impressive result in only three days..  never happened before walaupun dah banyak krim saya sapu, tak pernah memberi kesan sebaik ni. Tak sia-sia usahaku cuba buat sendiri. Dalam gambar ni baru sapu jelly... nampak berkilat, bukan berair.
 

Another happy face of Fansuri bila umi suruh smile..
 
 
Semoga Fansuri terus menunjukkan improvement.. sikit je lagi. InsyaAllah.

After a week. Fansuri pada 6 April 2013.. so much better.. Alhamdulillah syukur

Friday, March 29, 2013

Organic Cocoa Butter Lip Balm

Memperkenalkan produk pertama yang dah siap!

my new hobby.. making organic and natural skincare. this is my first project. Organic lipbalm.. feeling so good with this lip balm. no more dry, crack, or chapped lip! plus it's organic, no harmful ingredients.




All ingredients are organic!

Ingredients:

Cocoa butter is a rich emollient that conditions skin and promotes elasticity.

Extra virgin olive oil deeply moisturizes and conditions skin and lips. It is also high in antioxidants and protects it from damage caused by harmful free radicals.

Extra Virgin Coconut Oil can act as an antioxidant for your skin and promote beautiful, smooth and healthy lips.

Beeswax refines skin’s structure and helps heal blemish-prone skin.






Tuesday, March 26, 2013

Apa Itu Organik?




Perkataan "organik" itu bermaksud "berasal dari tanah". Secara ringkasnya boleh dikatakan ianya berasaskan alam semulajadi. Penanaman organik sedang berkembang semula kerana telah ramai orang menyedari bahawa penggunaan bahan kimia telah banyak memudaratkan manusia dan alam sekitar.

Jadi, saya juga ingin mengambil bahagian dalam menjaga tubuh badan dan persekitaran dari terus tercemar. Ramai orang mula menyedari akan pentingnya menjaga kesihatan dan pemakan apabila mula merasa tidak sihat atau diserang penyakit. Saya lah di antaranya.. hehe. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai organik, saya akan senaraikan ciri-ciri organik. Antaranya ialah:


i) Bebas dari bahan kimia.

Makanan atau produk organik yang dihasilkan adalah bebas secara keseluruhannya dari bahan kimia. Bermula dari proses penanaman, pembajaan penuaian dan pemprosesan sehingga ia menghasilkan produk atau makanan. Penanaman organik ini tidak menggunakan racun serangga dan racun rumpai serta baja kimia. Produk-produk makanan diproses tanpa menggunakan bahan tambah sintetik, contohnya seperti pengawet, perasa, dan pewarna sintetik.


ii) Selamat

Dengan memilih produk organik, kita tidak perlu risau akan keselamatannya dengan kata lain boleh digunakan tanpa was-was. Ia juga boleh diambil berulang-ulang tanpa memikirkan risiko jika terlebih dos, berbeza dengan produk atau ubatan kimia yang memerlukan pemantauan dan perlu menjauhkannya dari kanak-kanak.


iii) Masa depan yang lebih baik

Penghasilan produk atau makanan organik itu sendiri mengelakkan alam sekitar dari tercemar. Ini amat penting kerana alam sekitar ini masih digunakan untuk generasi masa akan datang, beratus-ratus tahun ke hadapan sebelum kiamatnya dunia.

Selain itu, tubuh badan kita sendiri akan lebih sihat, dapat menghindarkan dari penyakit berbahaya. Ini kerana prduk organik bebas dari segala bahan yang boleh merosakkan sistem tubuh badan. Hargailah anugerah Allah di atas bumi ini sebaiknya.

Minyak Kelapa Dara yang saya minum
 

Sejak saya mengamalkan produk organik dan natural, banyak bezanya yang saya dapat lihat. Contohnya baru-baru ini saya diserang demam dan batuk. Saya cuma minum Minyak Kelapa Dara sebagai ganti panadol dan kesannya lebih baik berbanding semasa saya mengambil panadol. Badan tidak berasa letih dan saya juga tidak pening kepala..saya tahu kerana saya kerap demam seperti itu sebelum ni... biasanya suhu badan akan terus panas dan pening berpusing-pusing, mata merah dan berair dan saya akan melepek saje sepanjang hari. Tapi sekarang keadaan agak terkawal, walaupun batuk-batuk, badan rasa seperti tak demam, sambil tu saya bolehlah pergi balik menghantar Nu'man ke sekolah dalam salji tebal... la la la. Teringat di zaman belajar, saya selalu demam kuat sehinggakan pernah telan 4 biji panadol untuk pergi ambil exam. Kesannya saya mabuk ubat berhari-hari pening dan pusing macam mau tumbang.. kisah silam.. terpaksa untuk elak miss exam.. pernah juga batuk kuat hingga kahak ada darah, sebab tekak dah luka.

InsyaAllah selagi termampu saya akan teruskan usaha natural ini untuk keluarga. Semoga saya dan keluarga akan dijauhkan dari segala penyakit berbahaya....terima kasih kerana sudi baca! bye..


 

Thursday, March 7, 2013

Bahan Kimia Dalam Produk : Potensi Kepada Risiko Kesihatan

Inilah masanya untuk kembali kepada fitrah. Tiba-tiba saya merasakan inilah hikmah di sebalik turunnya penyakit kulit kepada Fansuri.. saya mula sedar mungkin Tuhan inginkan saya mengamalkan hidup secara sihat.. dulu memang saya tak nafikan saya main tibai saje ape makanan tanpa fikir keburukannya.. beli apa-apa produk pun sama, cuma tengok kandungan yang tak ada gelatin, dah kira oklah tu... boleh pakai. Sekarang baru sedar, rupanya ianya lebih dari sekadar itu..

Saya mengambil banyak masa untuk membaca mengenai bahan-bahan yang banyak digunakan di dalam produk-produk yang terjual di pasaran sekarang.. banyak di antaranya memberikan kesan buruk kepada kita. Saya bukanlah orang yang tak sukakan kepada penyelidikan sains atau perubatan atau teknologi.. takut juga bila orang beranggapan begitu pada saya.. sebab ramai juga rakan-rakan saya lebih pakar dalam bidang-bidang tersebut. Takut disalah anggap.. mana tau kan, ada orang yang tak boleh terima apa yang kita bagitau. Niat saya cuma inginkan saya, keluarga, dan rakan-rakan lebih menjaga kesihatan dari awal, sebelum datangnya penyakit. Mengelak itu lebih baik dari merawat. Bila dah datang sakit, pada waktu itu segala usaha kita akan sanggup lakukan, walau terpaksa keluarkan wang beribu-ribu pun sanggup, janji dapat sembuh semula. Benda ni dah jadi pada saya... huhuhu. Apa saje saya cuba asalkan anak saya dapat sihat seperti sebelumnya. Nasib baik anak saya cuma kena penyakit kulit, bukan kanser, autism atau penyakit-penyakit yang lebih teruk. Alhamdulillah... sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuannya. InsyaAllah saya akan terus berdoa semoga saya dan keluarga sentiasa dilindungi dari penyakit-penyakit berbahaya. Memang.. kalau nak mati, mati juga.. tapi saya mahu mati dalam keadaan yang tidak menyusahkan orang atau keluarga.. dan lebih baik lagi jika saya mati dalam keadaan sedang sujud atau dalam tidur.. amin, amin..

Kita sedar atau tak sedar, sememangnya banyak bahan-bahan kimia berbahaya terkandung dalam produk yang kita guna setiap hari. Tak percaya? pergi tengok losyen sekarang juga. Sebagai contoh, saya ambil losyen bayi seperti dalam gambar di bawah. Mari kita kaji bahan-bahannya. Saya akan nyatakan side effectnya kepada kesihatan manusia.



*Sesiapa ingin tukar bahasa, sila klik di bahagian tepi/side bar.. pilih bahasa yang dikehendaki.

Carbomer
Carbomer is a synthetic chemical made specifically for cosmetic use.
Carbomers are a synthetic acrylic polymer that is used in most all popular pain relieving formulas. A synthetic acrylic polymer is nothing more than PLASTIC. Research scientists and leading doctors are concerned about the over use of plastics in our society and the negative side effects to our heath, the environment and the ecology attributed to these plastics.

Fragrance
According to Organic Consumers Association, hair care and beauty products contain fragrances with potentially harmful effects. A glance at product lists on the back of most shampoo or hairspray bottles results in the term "fragrance" listed. The term fragrance on a product ingredient list can translate to up to 200 additional ingredients. Most of these hundreds of additional ingredients come from synthetic materials that can cause dizziness, skin discoloration, rashes, coughing and vomiting. Prolonged exposure to the synthetic fragrances may also lead to damage to the central nervous system resulting in depression and other behavioral ailments.


Methylparaben
Methylparaben is listed by the Hazardous Substances Data Bank as a food preservative, as well as a preservative for cosmetics. It is a fungicide, which can preserve the life of a product. The HSDB states that methylparaben is quickly absorbed through the skin and the intestinal tract (when used as a food preservative). There is a great deal of controversy surrounding its use, with many reports of dangerous side effects

Can cause breast cancer, skin damage, eye damage, decrease male fertility.


Prophylparaben
Parabens are esters of p-hydroxybenzoic acid. Since propylparaben is used topically in beauty products, it is also often believed to lead to possible allergic skin reactions, particularly for individuals who have especially sensitive skin. Propylparaben has also been linked to dermatitis, which is a skin inflammation disorder that is characterized by rashes and reddened, itchy and swollen skin.

Butylparaben

adik beradik paraben.. avoid this ingredient!

BHT
BHT stands for butylated hydroxytoluene (similar to BHA, or butylated hydroxanisole), which is an additive used to preserve a food’s color, odor, and flavor. It is commonly used in cereal and processed foods. The same chemical is also used in cosmetics, pharmaceutical drugs, rubber & petroleum products, jet fuels, and embalming fluids.

BHT could produce hyperactivity in children. Can cause liver and kidney damage, behavioral problems, infertility, weakened immune system, birth defects, cancer; should be avoided by infants, young children, pregnant women and those sensitive to aspirin; banned in England. It has also been banned in Romania, Sweden, and Australia.

Sodium Hydroxide
Sodium Hydroxide is considered a moderate hazard ingredient by the Cosmetics Database, which notes concerns regarding cancer, and moderate concerns regarding neurotoxicty, organ system toxicity and irritation. It is classified as "expected to be toxic or harmful" and one or more animal studies show brain and nervous system, metabolic, and sense organ effects at very low doses and there are warnings regarding using this ingredient around the eyes or mouth.

 

Although Sodium Hydroxide has been linked to cancer, specifically of the esophagus, the CDC found that these cases were after 15 - 40 years of exposure, and were caused by corrosion induced by Sodium Hydroxide and "were most likely the result of tissue destruction and scar formation rather than a direct carcinogenic action of sodium hydroxide itself."
Sodium Hydroxide is, however, a known irritant. Studies by the National Institute for Occupation Safety and Health found that this ingredient causes "Irritation eyes, skin, mucous membrane; pneumonitis; eye, skin burns; temporary loss of hair" and recommends that consumers prevent skin and eye contact. The CDC reports that "Skin contact with sodium hydroxide can cause severe burns with deep ulcerations. Pain and irritation are evident within 3 minutes, but contact with dilute solutions may not cause symptoms for several hours. Contact with the eye may produce pain and irritation, and in severe cases, clouding of the eye and blindness." Solutions as weak as .12% have shown to destruct healthy skin cells within one hour. Other studies acknowledge Sodium Hydroxide as a strong irritant that is corrosive to the skin, eyes, and respiratory tract, but that the severity of the effects are related directly to concentration and pH levels, as well as the length of exposure and skin type.

Food Coloring including Red 33
Particular food colorings and additives bring out potential health problems. Artificial food colors have been linked to cancer, due to its use of potential carcinogenic-causing chemicals. Most of the Yellow food dyes like Sunset Yellow and Tartrazine have been said to cause allergies, thyroid issues, nasal congestion, asthma, kidney tumors, indigestion, vomiting, hyperactivity, chromosomal damage and much more.

All food coloring must be avoid! except from fruit or vegetable sources..




Bahan-bahan kimia ini boleh memasuki salur darah melalui kulit, yang akan meyebabkan keracunan kimia. Kesan buruknya amat tidak best, antaranya kita akan mengalami sakit kepala, muntah-muntah, pertambahan berat badan, pening-pening, sakit jantung, sukar bernafas, darah gemuruh, darah tinggi, bisul/ jerawat, ekzema, ruam-ruam dan juga seperti yang dinyatakan di atas.. fuh! saya pun sebenarnya baru tau kesan buruk bahan-bahan ini lebih detail bila menulis entry ini. Tak sangka losyen ini ada di rumah saya, dan dah digunakan hampir habis... grrrr..menggigil.

Untuk mengelakkan kita terdedah kepada risiko-risiko penyakit seperti di atas, bertukarlah kepada produk-produk natural atau semulajadi yang telah banyak dijual di pasaran. Go natural! Going back to basic!


Sumber:

http://www.fda.gov
http://www.ehow.com
http://www.livestrong.com
http://www.truthinaging.com
http://www.home-remedies-for-you.com

Wednesday, February 20, 2013

Kisah Fansuri dan Ekzema


Assalamualaikum wbt kepada semua yang sudi menjenguk ke blog ku ini.. salam perkenalan.

Untuk entry pertama saya ni saya akan ceritakan kisah bagaimana pertama kali anak kedua saya Fansuri diserang penyakit kulit yang ganjil bagi saya, penyakit yang dipanggil Eczema. Kenapa saya panggil penyakit ganjil kerana inilah pertama kali dalam hidup saya dan keluarga mengalami penyakit kulit yang teruk seperti ini, malah alergik pelbagai jenis makanan. Tak pernah ada alergi dalam keluarga saya, malah ahli keluarga saya pun tak pernah mengalaminya.. dulu anak pertama saya Nu'man ada juga mengalami ruam-ruam panas di leher sewaktu bayi, tapi tidaklah lama dan tidaklah alergi teruk.

Saya ceritakan kisah ini agar diri ini terasa lebih lega apabila orang mengetahui apa yang saya alami, telah terlalu lama rasanya anakku mederita penyakit ini, masih tidak nampak tanda-tanda untuk sembuh. Pelbagai krim dan ubat telah diberi dan disapu padanya, tapi keadaannya sama saje seperti itu. Mungkin entry ini sedikit serius, sebab cerita sedih. Saya sebenarnya tidaklah berapa serius... dan selalu nak sembunyikan kesedihan saya supaya orang tak nampak..

Pertama kali Fansuri diserang ekzema berlaku pada bulan Mac tahun 2012. Pada hari itu saya dan keluarga keluar pergi membeli barang keperluan di pasaraya Sam's Club. Suami dan Nu'man masuk ke dalam pasaraya, tetapi saya dan Fansuri tinggal di dalam kereta sebab dia masih tidur dan juga mahu menyusukan dia. Waktu itulah Fansuri seperti kepanasan dah gelisah, sambil menggosok-gosokkan badannya pada carseat.. saya ingatkan mungkin sebab dia panas, kerana waktu itu musim sejuk dan saya pakaikan dia baju sejuk.

Apabila pulang ke rumah barulah saya perasan pada badannya dipenuhi bintik-bintik  merah, saya rasa amat cuak dan panik. Dalam kepala saya fikir apalah yang berlaku padanya...sejak hari itu, nasibnya mula berubah. Keadaan kulitnya semakin teruk, ditambah lagi dia sudah pandai menggaru. Setiap saat apabila dia sedar dari tidur dia akan menggaru dan menggosok apa saje yang boleh, sehingga kulitnya melecet. Pedih sangat.

Inilah keadaan Fansuri sewaktu pertama kali mendapat Ekzema.
 
 
Saya bawa Fansuri ke klinik, dan doktor berikan krim yang mengandungi steroid, nama krim itu ialah Hydrocortisone. Hampir 8 bulan juga saya menggunakan krim itu kerana saya masih tidak tahu akan keburukannya. Doktor juga ada beri antibiotik, yang menyebabkan Fansuri mengalami cirit birit yang amat teruk. Saya tiada gambar keadaan dia waktu itu, tapi saya boleh ceritakan.. kulitnya di bahagian keluar najis tersangat-sangat merah seperti tiada kulit.. cuba bayangkan pedihnya dia. Saya dah mula sedih..sob sob sob..bila teringat balik saya pasti menangis. Waktu dia mengalami cirit birit itulah berat badannya turun mendadak. Pada umurnya 4 bulan, beratnya turun seprti berat pada umur 2 bulan. Dia juga semakin kurang aktif, dan lemah... sering menangis. Pernah satu ketika suaranya serak sebab terlalu kerap menangis.. sob sob sob.
 
Fansuri ketika menggunakan krim steroid
 
 
Saya mula mencari-cari punca kenapa dia mendapat penyakit itu. Saya juga berpantang makanan yang dia alergi iaitu susu, telur, gandum, dan soya. Itu yang doktor beritahu selepas membuat alergi test di klinik pakar alergi. Semasa buat alergi test pada kulit, keputusannya semua negatif. Selepas buat ujian darah, makanan-makanan seperti yang saya sebutkan tadi menunjukkan nilai paling tinggi, melebihi 100. Saya mula berpantang, cuma makan ayam, nasi dan sayur. Makanan-makanan lain juga telah saya cuba pantang, tapi tak menunjukkan perubahan padanya. Susah sangat waktu tu nak cari makanan di luar, terpaksa makan salad saje bila terpaksa travel jauh.
 
 
Dalam saya mencari-cari punca kenapa Fansuri mendapat penyakit ekzema ini, saya banyak membaca info-info kesihatan sehingga saya dapat tahu puncanya banyak toksin di dalam badannya. Badan tak boleh menerima toksin-toksin itu dan cuba untuk membuang melalui kulit. Dan saya tertanya-tanya bagaimana bayi yang baru berumur 2 bulan boleh banyak toksin, mana datangnya? Jarang sekali saya makan makanan segera, apatah lagi minuman bergas atau junk food. Kalau orang dewasa mempunyai banyak toksin dalam badan itu sudah biasa... kerana dia sudah hidup lebih lama dan banyak mengumpul toksin dari persekitaran baik melalui makanan yang tidak sihat, pencemaran alam sekitar dan sebagainya...
 
Pada suatu hari, suami saya memberitahu saya yang ada orang memberitahunya bahawa vaksin/imunisasi yang diberikan kepada bayi juga boleh menjadi punca penyakit ekzema itu. Terkejut juga saya..betulkah? sejak itu saya mula mengkaji akan kesan-kesan imunisasi.. ooohh... barulah saya tahu.. inilah puncanya. Saya tidak membuat anggakan sahaja ok.. saya dah baca banyak maklumat tentangnya... mungkin entry di lain kali saya akan kupas dengan lebih mendalam mengenainya.
 
Rekod Imunisasi Fansuri
 
Saya mula mengingat-ingat peristiwa pertama kali Fansuri mendapat bintik-bintik merah penuh di badannya.. masih ingat-ingat lupa. Bila saya check balik tarikh imunisasinya, baru saya teringat pada hari Fansuri kena ialah pada hari dia mendapat suntikan 20/3/2012.. hari selasa. Seperti biasa, selepas bawa Fansuri ke klinik atau ambil suntikan di Tippecanoe Health County, Lafayette, kami sekeluarga akan ke kedai untuk beli barang. Pada hari itu kami pergi ke Sam's Club dan pada waktu itulah Fansuri kena, hari yang sama selepas mendapat 3 suntikan.
 
Sekarang, saya sudah menyesal... tapi sudah tiada gunanya. Anakku yang menjadi mangsa. Maafkan umi sayang... umi tidak tahu. Andai umi dapat undurkan masa, pasti umi tidak akan beri apa-apa yang membahayakan kesihatanmu. Umi tahu penderitaanmu..setiap saat umi menjagamu, kadang-kadang umi tak tahan melihat kamu tersangat gatal, kadang-kadang berdarah kulit digaru.. tangannya langsung tidak boleh dilepaskan bebas, pasti menggaru.. waktu sekarang tatkala umurnya sudah berusia 14 bulan, saya masih bedung dia. Saya cuba juga lepaskan tangannya, tapi serta merta tangannya menerpa muka untuk digaru..saya terpaksa tengok setiap masa supaya dia tak menggaru. Jika tak, kulitnya akan berdarah dan ambil masa pula nak elok. Perkembangannya juga terlambat jauh ke belakang. Sepatutnya pada umur sekarang dia sudah boleh berjalan, tapi sekarang cuma baring saja.. selalu lah saya dan suami pegang badannya untuk bermain... dia masih tidak pandai duduk dan berdiri sendiri. Inilah nasib anakku. Setiap hari saya berdoa agar anakku cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Sedih hatiku melihat kanak-kanak lain boleh riang gembira bermain.. abangnya Nu'man dulu pada waktu umur sepertinya sudah berjalan..
 
Mungkin ramai yang tidak percaya apa yang saya ceritakan mengenai punca Fansuri mendapat penyakit ini. Saya tidak kisah. Saya tidak kisah bila ada orang kata saya paranoid atau obses atau apa..katalah. Anak saya sudah menderita setahun lamanya.. sepanjang menjaganya saya sudah cukup tertekan.. sangat penat. Tiada tidur malam yang nyenyak. Lebih-lebih lagi anakku... nasib baik Nu'man sudah mula pandai uruskan diri. Sudah ambil air dan makanan sendiri, sudah boleh mandi dan ke tandas sendiri. Saya cuma tengok dan beritahu cara-cara, dan dia buat sendiri. Syabas Nu'man. Umur Nu'man kini 4 tahun, akan masuk 5 tahun pada bulan september.
 
Itulah kisah bagaimana Fansuri diserang ekzema..
 
Sekian buat masa ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, February 13, 2013

Mari buat body butter / krim / losyen sendiri

Salam semua.. kali ini saya mau kongsikan cara-cara membuat sendiri krim ataupun boleh juga dipanggil losyen. Krim ini amat sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja terutama untuk merawat penyakit-penyakit kulit 

Bekalan krim natural yang biasa diguna pun sudah mau habis, jadi saya rasa apa salahnya cuba buat losyen sendiri pula. Bolehlah jimat sikit, sebab harga krim yang natural agak mahal juga. Sebenarnya saya dah cuba sedikit buat losyen ni, dan lihat kesannya amat mengujakan.. kali pertama sapu losyen tu pada kulit Fansuri, waktu tu kulitnya berair dan merah sangat. Malam tu sebelum tido saya sapukan pada seluruh badan dia, dan walla! pagi esoknya kulit dia sudah tak berair, dan nampak ada perubahan sikit. Perubahan sikit pun saya dah cukup bersyukur... sebabnya sebelum ni kulitnya susah nak nampak perubahan.

Selepas membuat sedikit kajian di internet, saya dapati bahan-bahan yang saya gunakan ni sangat bagus untuk kulit. Losyen-losyen atau krim yang dijual di pasaran sebenarnya tidak elok untuk kulit yang sensitif kerana mengandungi bahan-bahan kimia, pewangi dan pewarna!! saya pun taktau apa tujuan pewarna diletak dalam losyen.. haih. Persekitaran kehidupan kita sekarang sudah banyak tercemar dengan makanan dan ubat-ubatan kimia, jadi buat losyen sendiri ni satu alternatif untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia..

Saya ceritakan serba sedikit tentang bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat losyen sendiri ni.

Shea Butter adalah butter yang diekstrak dari African Shea Tree. Buah dari pokok ni berupa kacang, yang kemudian diketuk untuk diambil isinya sebelum diproses. Kebanyakan pokok shea ni tumbuh di negara Ghana. Shea Butter digunakan secara meluas untuk produk kulit dan rambut terutamanya. Kelebihan shea butter ini antaranya ialah meyembuhkan, anti radang dan antioksidan. Amat bagus untuk kulit bermasalah seperti eczema dan psoriasis, kulit kering, kulit pecah dan sebagainya..

Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil, VCO) pula adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seaslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu memprosesnya. Minyak kelapa dara juga dikenali sebagai minyak terbaik di dunia, yang mana khasiatnya telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan manusia keseluruhannya. Antara khasiat minyak kelapa dara ialah meningkatkan sistem imun tubuh, meningkatkan tenaga, membunuh virus dan bakteria, dan sebagainya.. tak dapat den nak senaraikan semua.. terlalu banyak khasiatnya menyerupai khasiat susu ibu. Minyak kelapa dara sudah banyak kelebihannya, tapi saya memilih Minyak Kelapa Dara Ekstra (Extra Virgin Coconut Oil) untuk mendapatkan khasiatnya yang paling optimum. Apa yang saya dapat lihat dengan ialah Minyak Kelapa Dara Ekstra ini lebih lembut dan kurang berminyak berbanding VCO biasa.

Minyak Zaitun Dara (Virgin Olive Oil, VOO) sama juga seperti minyak kelapa dara cara pemprosesannya, cuma bezanya ia dari buah zaitun. hehehe macam kelakar pula nama Minyak Zaitun Dara. Khasiatnya pun banyak sekali, antaranya bagus untuk merawat penyakit diabetes, penyakit jantung, untuk kesihatan kulit dan banyak lagi. Saya juga memilih Extra Virgin Olive Oil untuk dapatkan kesan paling optimum.

Sekarang dah kenal sikt-sikit bahan-bahannya, jom tengok macam mana cara membuatnya pula.. amat senang sekali. Buat di rumah saje menggunakan barang-barang yang ada di dapur. Kemahiran profesional tidak diperlukan dalam membuat losyen ni.


Homemade Cream/lotion

 








Bahan-bahan yang diperlukan:

1 cawan Mentega Shea mentah (Raw Shea Butter)
1/2 cawan Minyak Kelapa Dara Ekstra (Extra Virgin Coconut Oil, EVCO)
1/4 cawan Minyak Zaitun Dara Ekstra (Extra Virgin Olive Oil, EVOO)

Peralatan yang diperlukan:

Hand Mixer
Bekas untuk membancuh
Bekas atau botol kosong - untuk meyimpan krim yang telah siap

Cara-Caranya:

1. Masukkan Raw Shea Butter ke dalam bekas membancuh. Putarkan menggunakan hand mixer menggunakan kelajuan medium. Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat.
2. Apabila Shea Butter sudah lembut, masukkan EVCO dan terus putarkan.
3. Masukkan EVOO dan terus putar sehingga adunan menjadi kuning terang.
4. Walla! siaplah krim buatan sendiri. Bolehlah disimpan di dalam botol pilihan anda dan letakkan dalam suhu bilik. Elakkan terkena direct cahaya matahari untuk mengekalkan keberkesanannya. Jika jarang menggunakan krim ini, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. Jika menggunanya setiap hari, letak saja di dalam suhu bilik, tidak mengapa.

Selain menggunakan bahan-bahan seperti di atas, boleh juga menggunakan minyak-minyak lain yang ada jual di pasaran seperti minyak almond, minyak jojoba, atau minyak-minyak lain yang bagus untuk kulit. Setiap minyak mempunyai keunikan tersendiri.

Bolehlah gunakan krim ni untuk merawat ekzema atau penyakit kulit yang lain. Boleh juga disapukan pada rambut. Gunakan tanpa was-was, jika termakan pun tidak mengapa. Saya jamin kesannya amat menakjubkan.

Setelah menggunakan krim ini kepada anak-anak dan saya sendiri, apa yang saya dapat lihat antara kelebihannya ialah:

- Kulit tidak pedih walaupun ada luka
- Menyembuhkan kulit yang luka/berair
- Menghilangkan gatal
- Melembabkan kulit
- Menghitamkan dan menyihatkan rambut
- Melicinkan kulit
- Merawat kulit kaki yang merekah/pecah

Boleh dikatakan krim ini pelbagai guna, boleh digunakan dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh lihat kesan penggunaan krim ini pada pertama kali menggunakannya. Bahan-bahannya boleh dibeli di kedai Natural Shop berhampiran anda atau boleh saje beli secara online. Jika sesiapa yang agak sukar untuk dapatkannya, boleh saja dapatkan daripada saya. Saya akan cuba carikan atau buatkan krim ini.

Sekian wassalam. Selamat mencuba!