Tuesday, February 23, 2016

Kenapa Sabun Buatan Tangan?

Pembuatan sabun telah lama dimulakan sejak beribu-ribu tahun dahulu terutama di negara Eropah. Nenek-nenek moyang mereka mula membuat sendiri sabun dan juga produk-produk penjagaan kulit yang lain seperti losyen, lip balm, body butter dan sebagainya. Maka tidak hairanlah sehingga kini pembuatan produk-produk penjagaan kulit di rumah masih aktif dan berleluasa di negara Eropah. 

Saya sendiri mula kenal dengan pembuatan produk buatan tangan apabila sedang meng'google' produk semulajadi apabila anak sendiri ada alergi dan tak boleh menggunakan produk yang banyak dijual di pasaraya-pasaraya. Setelah membaca dan mencuba akhirnya saya seronok dan kini saya jumpa semangat saya ialah di sini. My passion is crafting handmade skin products. At least for now. hehe.



So, sekarang saya nak ceritalah sedikit sebanyak kenapa produk buatan tangan? kenapa nak susahkan diri buat di rumah, sedangkan banyak ada jual di kedai-kedai dan pasaraya dan harganya lebih murah? ok meh nak kabor..

Kenapa Sabun Buatan Tangan???

Sabun buatan kilang kebanyakannya bukanlah sabun. Ia adalah bahan pencuci sintetik (syntethic detergent) yang ditambah dengan bahan-bahan seperti pewangi sintetik, pewarna serta pengawet. Tak payah cerita semua ni memang kita dah tahu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Jangan terkejut bila saya katakan ada sabun yang murah-murah diletakkan lemak b*bi. Memang ada formula sabun yang menggunakan lemak haiwan seperti lemak b*bi. Jadi berhati-hati. Mungkin lemak haiwan tersebut tak disenaraikan di bahagian kandungan. Ada bahan-bahan yang disorok oleh pengilang. Sangat berbeza dengan sabun buatan tangan yang mana kita buat dalam kuantiti sedikit dan boleh memilih bahan-bahan yang berkualiti. Dengan penggunaan minyak pati (essential oil) akan menambah manfaatnya kepada kesihatan. Tapi perlu diingat, tak semua sabun buatan tangan itu natural. Perlu tahu apa kandungan yang dibubuh oleh pembuat sabun. 

Membuat sabun buatan tangan juga bukan semudah abc. Pembuat perlu belajar cara yang betul. Saya sendiri banyak membaca cara-caranya, bahan-bahan yang bagus, tengok video-video dan baca, baca dan baca. Tak pernah pergi kursus pun. hehe. 

Saya memilih bahan-bahan yang berkualiti serta bermanfaat untuk kulit. Pewarna yang saya gunakan semuanya dari sumber semulajadi seperti kunyit, spirulina, alkanet root, dan juga tanah liat (clay). Pewangi pula menggunakan essential oil yang memang mahal harganya. Kena faham yang essential oil itu adalah minyak pati dan untuk mendapatkan 1ml minyak memerlukan berkilo-kilo herba atau bunga. Manfaat essential oil itu sangatlah 'awesome' jadi amat berbaloi-baloi.

Saya yakin jika anda mula menggunakan sabun handmade natural, anda mungkin tak akan bertukar sabun dah. Ramai pengguna sabun yang saya buat mengatakan bila mereka tukar guna sabun lain, kulit kembali tumbuh jerawat, kulit kembali kusam.



Sunday, September 20, 2015

Koleksi gambar perjalanan Ekzema Fansuri

Sebenarnya saya tak mahu share gambar-gambar anak saya sewaktu ekzema dulu. Sebab saya akan sedih lagi teringat saat-saat keadaan dia sangat teruk. Tapi bila terfikirkan mungkin gambar-gambar ini akan membantu mak-mak yang anaknya yang mengalami keadaan yang sama atau mungkin lain sikit, saya pun kongsilah gambar-gambar ni. Semoga kalian akan lebih sabar dan cekal dalam merawat anak yang ekzema dan alergik. 

Nasihat saya jika anak anda mengalami apa-apa penyakit kulit, jangan guna krim klinik yang mengandungi steroid. Apa akan jadi jika guna berterusan untuk jangkamasa yang lama? lihatlah gambar-gambar anak saya ni. Lebih 6 bulan saya gunakan krim steroid yang diberi oleh doktor, inilah kesannya. Jika berhenti guna akan berlaku krisis pemulihan. 

Sewaktu keadaan ni, hidup saya memang sangat tertekan, bersedih, berat turun, tak dapat hidup seperti orang lain. Tak dapat join segala aktiviti luar, hanya duduk di rumah menjaga anak. Ada juga saya join beberapa aktiviti tapi tak boleh lama-lama. Tangan anak terpaksa dibedung, jika tak dia akan menggaru sampai berdarah. Bukan darah yang sikit, tapi banyak. Terpaksa pakai baju pajama sepanjang masa.


Ini sewaktu menggunakan krim steroid. Kulit nampak ada tempat yang licin, ada tempat yang merah. Waktu ni kulit sangat nipis dan mudah luka bila digaru.


Gambar-gambar di bawah ni apabila berhenti guna krim steroid. Kulit merah, tebal, kering, berair dan ada bernanah.









Setelah beberapa tahun (dalam 2 tahun lebih) mengalami keadaan ni, akhirnya mula menunjukkan penyembuhan hasil dari penggunaan krim natural dan pantang makanan. Baru sebulan ambil homeopati untuk betulkan dalaman dan harap-harap dapat hilangkan semua alergiknya. 


Sekarang dah boleh tersenyum dan bermain seperti kanak-kanak lain. 




Ummi sayang kamu Muhammad Fansuri. Sob sob sob


Saya percaya setiap ujian mempunyai hikmah tersendiri. Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Untuk ibu-ibu yang anaknya mengalami ekzema, tabahkan hati, cekalkan hati. InsyaAllah suatu hari anak anda akan sembuh. Percayalah setiap penyakit ada ubatnya, carilah ia. Cubalah apa yang termampu, jangan mengalah dan putus asa. Cara semulajadi dan bebas bahan kimia dan dadah adalah cara paling selamat. Namun saya tak menolak jika ada keadaan yang anak anda memerlukan ubat seperti ubat tahan gatal atau antihistamine, antibiotik dan sebagainya. Berjumpalah dengan doktor yang lebih pakar. Saya cadangan pergi klinik Homeopati untuk dapatkan rawatan. 

Saya bersedia menjawap soalan-soalan ibu-ibu jika ingin bertanya. Whatsap saya 011-23593070 atau fb Zuriah Jue


Monday, August 17, 2015

Healing Cream dari Zuree Naturals Merawat Ekzema dan Penyakit Kulit

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Harini saya akan ceritakan serba sedikit tentang Healing Cream yang saya formulakan sendiri. Sesiapa yang mengikuti blog dan facebook page Zuree Naturals saya mesti dah tahu yang anak saya sendiri telah mengalami ekzema dan alergik sejak baby. Dan saya telah menggunakan pelbagai cara untuk merawatnya. Tapi tak menampakkan hasil. Akhirnya saya menjumpai formula skincare yang saya buat sendiri dan Alhamdulillah menampakkan hasil dan anak saya sekarang kulitnya sudah hampir sembuh. Masih belum sembuh sepenuhnya, mungkin kerana dia masih ada alergik makanan. Apabila tersalah makan, pasti ruam2 akan timbul di kakinya. 


Kegunaan Healing Cream

Healing cream kegunaannya untuk merawat ekzema dan lain2 penyakit kulit seperti psoriasis, kudis, kurap, malah boleh disapu pada tempat digigit serangga atau penyengat. Boleh juga dibuat krim muka.

Healing Cream banyak membantu merawat anak saya yang dulu kulitnya agak teruk, tebal, merah dan amat gatal. Saya sekeluarga juga menggunakan krim ni jika menghadapi masalah-masalah yang berkenaan dengan kulit yang lain. Pernah guna untuk gigitan serangga, penyengat, ruam panas, luka kecil, terkena kuali panas, ruam lampin dan jerawat. Pernah juga anak pertama saya Nu'man seperti alergik kepada kucing. Dia bermain dengan kucing kemudian menggaru lehernya. Apa lagi bengkak-bengkak di lehernya dan menggarulah. Saya sapu Healing Cream, tak lama lepas tu bengkak-bengkak dan gatal surut. Syukur sangat-sangat, rupanya Healing Cream ni bukan saje sesuai untuk ekzema, malah masalah lain juga. Saya juga gunakan krim ini sebagai krim muka, samada siang atau malam. Lepas guna memang rasa kulit lebih licin dan lembut. 


Kandungan Healing cream: 
Air, minyak zaitun dara (evoo), minyak argan, cocoa butter, Bentonite, MSM, emulsifying wax, tea tree essential oil dan optiphen plus (paraben free preservatives ). Harga: rm30 / 2.5 oz.

Kandungan Healing Cream ini telah ditambahbaik dari sebelum ini yang dulu saya berikan nama "Eczema & Rashes Cream". 


Cara Penggunaan Healing Cream

Healing Cream ini boleh disapu sekerap mungkin pada kulit yang bermasalah. Lebih kerap, lebih cepat keberkesanannya. Walaupun krim ni 'natural', tapi penting untuk melakukan 'patch test'. Setiap produk baru yang anda ingin cuba, penting untuk membuat 'patch test' terlebih dahulu tak kira samada produk natural atau tak. ini untuk mengetahui samada anda ada alahan terhadap kandungan di dalam produk tersebut.
Caranya ialah, ambil sedikit produk dan sapukan pada bahagian kulit yang tak mengandungi apa-apa masalah, contohnya di bahagian pelipat lengan. Biarkan sekurang2nya 6-12 jam. Jika tidak berlaku apa-apa reaksi seperti kemerahan, bengkak, gatal dan sebagainya, bermaksud tiada alahan dan anda sesuai menggunakannya di tempat yang bermasalah.
Jika pada awalnya kulit anda tak menunjukkan apa-apa alahan, tetapi selang beberapa hari setelah menggunakannya kulit anda jadi semakin teruk, itu ada kes lain. Kebanyakannya yang saya tanya ialah apabila mereka berhenti menggunakan produk steroid dan beralih kepada produk non steroid, akan mengalami masalah ini, ia dipanggil Topical Steroid Withdrawal (TSW) atau healing crisis.



Apa Perlu Dibuat Jika Anda Mengalami Healing Crisis atau TSW?


Jika anda mengalami healing krisis atau TSW ini apabila menggunakan Healing Cream, saya mencadangkan anda terus menyapu dengan lebih kerap. Kadang-kadang tempat yang anda sapu itu akan berair, jika ini berlaku lapkan air tu dan sapu lagi krim. Jika terlalu gatal, anda boleh sapukan minyak angin untuk mengurangkan kegatalan. 

Jika anda mengalami healing crisis atau TSW yang amat teruk sehingga tak boleh tidur apabila berhenti menggunakan steroid, ada doktor mencadangkan anda boleh selang selikan dengan penggunaan krim steroid. Kemudian bolehlah sedikit-sedikit kurangkan lagi penggunaan krim steroid sehingga akhirnya boleh berhenti terus. 


Diharapkan anda sudah dapat sedikit sebanyak maklumat dan cara menggunakan Healing Cream. Jika masih ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, silakan bertanya saya di page facebook Zuree Naturals atau wasap atau mesej saje di nombor 01112476239. Jika saya lambat reply itu bermaksud anak saya main handphone atau sedang sibuk. Hehe. Tapi InsyaAllah semua pertanyaan akan dijawab juga walaupun lambat. 


Natural Healing Cream kini berwajah baru.


Sesiapa nak mencuba Healing Cream bolehlah dapatkannya sekarang selagi stok masih ada. Harga RM35 / 55gram. insyaAllah kita usaha Allah menyembuhkan. 


Saturday, November 22, 2014

Tips-tips menjaga anak ekzema dan alergi

Menjaga anak ekzema memanglah memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebagai ibu yang menjaga anak yang alergi dan ekzema yang teruk merupakan satu cabaran. Kadang-kadang tak sempat masak, tak sempat solat, tak sempat tidur. Buat kerja pun terpaksa tergesa-gesa kerana anak tak boleh ditinggalkan sendiri lama-lama. Jika ditinggal sedaplah dia menggaru sampai berdarah. 

Akhir-akhir ni ramai pula anak-anak yang menghadapi masalah ekzema dan alergi dan ramai juga yang mengalami autism dan penyakit-penyakit ganjil yang jarang berlaku sebelum ni. Bagi saya, ini perlu difikirkan kenapa agaknya perkara ni boleh berlaku. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan saya, tapi bagi saya, penyebab utama adalah imunisasi atau vaksin. Saya bukan anti vaksin jika ianya tak memberikan kemudaratan, tapi disebabkan anak sendiri dah terkena alahan pada hari yang sama cucuk, beberapa jam selepas cucuk, jadi saya sekarang menentang sekeras-kerasnya imunisasi dan vaksin ke atas anak dan diri saya. Terpulang kepada anda nak percaya atau tak, tapi anda perlu tahu bila anak anda mula mengalami perubahan. Alahan mungkin berlaku cepat atau lambat, samada sehari, seminggu atau berbulan. Saya tahu isu ni kontroversi, jadi saya malas nak ulas panjang-panjang. Cukuplah saya bagitahu supaya anda lebih berhati-hati dan buat pembacaan sedikit apa itu vaksin dan kandungannya. Sekarang mari kita fokuskan kepada tips-tips penjagaan ekzema.


Gambar Fansuri dulu sewaktu ekzema teruk dan sekarang dah semakin ok.

Di sini saya akan ceritakan tips-tips bagaimana saya sebagai ibu menjaga anak ekzema dan alergi. Harap info ini akan memberikan sedikit sebanyak panduan untuk ibu-ibu terutama yang masih baru menghadapi masalah yang sama. 


  1. Kebersihan. Kebersihan adalah paling utama yang perlu dijaga. Perlu divakum rumah kalau boleh setiap hari, elakkan menggunakan penyapu kerana habuk-habuk akan berterbangan, lebih-lebih lagi jika anak anda alergi kepada habuk. Tukar sarung bantal dan tilam sekerapnya, terutama jika alergi hama. Nasib baik Fansuri tak alergi hama dan habuk, jadi kerja saya mudah sedikit.
  2. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek. Kuku yang panjang menyebabkan kulit lebih mudah luka apabila digaru. Bagi Fansuri saya akan potong pendek kukunya setiap 2 hari. Cepat betul kukunya panjang. Saya amat ngeri bila tengok dia garu, bukan macam garu, tapi cakar. Sejak gunakan krim yang saya buat yang mengandungi mentega koko dan bentonite, memang saya perhatikan kulitnya lebih anjal, kurang luka apabila digaru. Berbeza waktu dulu waktu guna krim steroid dan petroleum jelly. Kulit cepat luka kerana semakin menipis. Alhamdulillah sekarang luka pun cepat sembuh dengan krim magik buatan tanganku. kihkihkih. Gunakan sarung tangan yang lembut jika perlu bagi mengurangkan luka.
  3. Mandi kerap. Jika anak anda mengalami kulit kering, perlu kerap mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Saya agak pelik dulu waktu berjumpa doktor, kadang-kadang disuruhnya saya kurang mandikan anak, bila pegi lain kali pula dikata perlu mandi kerap. Saya pun taktau semuanya salah. Tapi apabila dipraktikkan, memang bila kerap mandikan, kulit akan lebih lembap, dan boleh sapukan krim selesai saje mandi, jangan tunggu kulit kering. Cuma lap-lap sikit, dan sapukan krim semulajadi yang sesuai. 
  4. Sapukan pelembap dengan kerap. Kulit yang kering perlu kerap disapu pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau tak, kulit akan gatal. Macam Fansuri, memang saya sapukan sentiasa terutama bila dia menggaru. Di usa, memang wajib pasang humidifier bila mula musim sejuk. Saya perasan kulitnya cepat jadi merah jika cuaca kering. Saya bernasib baik juga dapat menjaga anak sendiri, bolehlah menyapu pelembap pada dia selalu, jika ibu-ibu yang bekerja, perlu beritahu kepada pengasuh supaya lebih kerap menyapu pelembap pada anak. 
  5. Ubah diet. Bila anak anda mengalami ruam samada sikit atau banyak, itu menandakan anak anda alah terhadap sesuatu samada ubat-ubatan atau makanan. Pencemaran alam, ditambah lagi toksin yang dicucuk terus ke dalam darah anak mungkin menjadi 'trigger factor' anak anda mengalami alergi dan ruam. Jadi untuk mengurangkan kandungan toksin dalam badan, ambillah makanan yang organik sebolehnya, makanan semulajadi seperti madu, habbatussauda, minyak zaitun dan banyak lagi. Mungkin saya perlu buat topik lain untuk makanan natural pula lepas ni. Panjang pula nak listkan. Elakkan makanan berproses seperti cikedis, makanan segera, nugget, sosej, susu formula, nestum, makanan dalam tin, makanan berpewarna dan sebagainya. Sebolehnya masak sendiri di rumah supaya kita tahu apa kandungan yang diguna. Korbankanlah sedikit duit untuk membeli makanan yang sihat kerana kesihatan adalah lebih utama dari segalanya.
Rasanya setakat tu saje tips-tips yang boleh diamalkan sesiapa yang mengalami ekzema atau ibubapa yang menjaga anak ekzema di rumah. Jika ada lagi yang tertinggal saya akan update dari masa ke semasa. Tapi inilah perkara yang penting diamalkan setiap hari supaya ekzema dapat dikawal. 

Selepas ni saya akan tulis tentang rawatan yang boleh dibuat untuk pesakit-pesakit ekzema dan penyakit kanak-kanak seperti autisme, ADHD, asthma, dan alergi. Baru baca satu buku ni, saya rasa ia amat bagus dan saya akan kongsikan nanti. Teruskan membaca!

Tuesday, November 18, 2014

Kegunaan dan Perbezaan Calcium Bentonite Clay dan Sodium Bentonite Clay

Bentonite Clay digunakan sebagai agen detox kepada badan juga melalui kulit. Sekarang saya nak terangkan kegunaan kedua-dua jenis Bentonite Clay ni supaya anda lebih tahu apa kegunaannya dan perbezaannya. 
Gambar: Sodium dan Calcium Bentonite Clay dari Zuree Naturals

Kegunaan kedua-dua Bentonite Clay ini adalah hampir sama, cuma ada sedikit perbezaan iaitu Calcium Bentonite Clay boleh dimakan, tetapi Sodium Bentonite Clay tak boleh dimakan. Di sini saya senaraikan kegunaannya supaya lebih terang dan jelas.

PERINGANTAN! GUNAKAN HANYA SUDU DAN BEKAS BUKAN BESI SEPERTI KACA ATAU PLASTIK KETIKA MEMBANCUH PASTE BENTONITE CLAY KERANA IA AKAN MENYERAP LOGAM. 


Kegunaan Bentonite Clay

1. Sebagai agen detox akibat digigit serangga- Boleh disapu pada kulit yang mengalami masalah seperti ekzema, psoriasis, ruam, terkena sengatan serangga dan binatang berbisa seperti ular, tebuan, lebah, semut api, dan sebagainya. Fungsi Bentonite Clay paste apabila dicampur dengan air akan menyerap keluar toksin dan bisa-bisa melalui kulit.

Cara membuat paste: Bancuh Bentonite Clay dengan air sebanyak 1:3. Contohnya 1tsp clay dibancuhkan dengan 3 tsp air. Biarkan seketika (30 minit atau lebih) supaya ia mengembang. Kemudian sapulah pada tempat yang bermasalah sehingga kering atau seberapa banyak yang anda suka. Lebih banyak lebih bagus keberkesanannya. Saya sendiri juga pernah menggunakan paste bentonite clay pada tempat terkena sengat serangga tempohari, tak nampak serangga ape, tiba2 jari dah kena sengat dan jari bengkak dan sangat sakit. Alhamdulillah dalam masa sehari saya menyapu paste bentonie clay, rasa menyengat dan  bengkak telah hilang keesokannya.

Bancuhan Calcium dan Sodium Bentonite Clay

2. Sebagai masker. Paste Bentonite Clay sesuai dibuat masker wajah dan badan bagi mengeluarkan lebihan minyak dan toksin. Gunakan masker Bentonite Clay 2 minggu sekali pada wajah, kemudian sapukan pelembap semulajadi bagi mengelakkan kulit menjadi kering.

3. Sebagai mandian. Berendamlah dengan bancuhan Bentonite Clay untuk membuang segala kekotoran dan toksin. Lakukan 2 kali seminggu. Campurkan 1 atau 2 cawan Bentonite Clay ke dalam air mandian anda dan berendamlah. Sekarang anda ada spa sendiri di rumah.

4. Bedak ruam. Serbuk Bentonite Clay juga boleh disapu terus pada kulit terutama kulit yang beruam dan berair. Bentonite Clay akan membantu memulihkan kulit yang bermasalah di samping mengeringkan tempat tersebut. Boleh digunakan sebagai bedak lampin bayi dan di tempat yang selalu berpeluh iaitu seperti leher dan ketiak. 

5. Ubat gigi. Serbuk Bentonite Clay boleh dijadikan ubat gigi. Rasanya agak kelat, amalkan selalu dan lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasa kelatnya. Boleh juga menggunakan paste yang telah dibancuh dengan 1:3 air sebagai ubat gigi. 

Resepi ubat gigi Bentonite Clay dengan Minyak Kelapa Dara. Ni saya kongsikan resepi ubat gigi yang saya gunakan. Memang best, gigi rasa fresh, lebih bersih dan gigi rasa licin, sama macam gogok gigi dengan kayu sugi. Bancuhkan 1:3 paste kemudian campurkan sesudu minyak kelapa dara dan beberapa titik peppermint essential oil (boleh didapati dari kedai-kedai organik atau kedai online). Masukkan ke dalam botol yang sesuai, paste ni tahan lama tak perlu simpan dalam peti sejuk. 

6. Detox dalaman. Untuk Calcium Bentonite Clay, ia boleh diambil diminum untuk detox dari dalaman. Caranya ialah 1 tsp Calcium Bentonite Clay dibancuh dengan 2oz air masak bertapis. Minum pagi, petang, dan malam mengikut keadaan anda. Jika anda mahu kesan maksimum eloklah ambil 3 kali sehari atau boleh kurangkan kepada 1 kali atau 2 kali sehari jika keadaan tak berapa teruk. 

Ambil Bentonite Clay untuk detox dalaman mungkin akan menyebabkan sembelit. Jadi sila pastikan minum banyak air dan makanan berfiber seperti buah dan sayur. Cuba dulu minum dlm 1 oz untuk permulaan untuk melihat keserasian.

Sejak anak saya Fansuri saya beri minum air bancuhan Calcium Bentonite Clay sejak 14/11/2014 haritu, saya stopkan antihistamin dan saya nampak perubahan dia tak terlalu gatal sepeti sebelum ni. Kulitnya pun tak terlalu merah dan terkawal. Anak saya mempunyai alergik yang teruk kepada banyak makanan, dan harapan saya alergiknya akan hilang terus dengan Bentonite Clay. Saya juga tak pantang sangat dah.. sebab dia masih bfeeding sepatutnya saya juga perlu pantang makanan yang dia alergik. Sori dik, umi jadi kurus pantang banyak. at least umi makan akan transfer juga protein yg umi makan kat dia. Dari takde ambil protein langsung.

Perbezaan Bentonite Clay

Calcium Bentonite Clay
  • Boleh dibuat detox dalaman (diminum).
  • Lebih Mudah dibancuh.
  • Harga lebih mahal
Sodium Bentonite Clay
  • Hanya kegunaan luaran (kulit).
  • Agak sukar untuk dibancuh sebati.
  • Harga lebih murah
  • Teksturnya akan lebih licin apabila disentuh
Walaupun terdapat sedikit perbezaan, kedua-dua Bentonite Clay ini mempunyai kesan dan khasiat yang hampir sama. Pilihlah mengikut kemampuan anda. 

Harga Zuree Naturals untuk Bentonite Clay
Calcium Bentonite Clay : RM 25/ 2 oz
Sodium Bentonie Clay    : RM 20 / 2 oz

2 oz Bentonite Clay lebih kurang sebanyak 15 tsp. Jadi ia dapat bertahan selama 15 hari jika guna 1 tsp setiap hari.

Kos penghantaran ialah RM7. Combine shipping untuk lebih jimat!



Thursday, October 2, 2014

Sabun Semulajadi / Natural Soap





Sabun Semulajadi ini diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti Minyak Kelapa Dara, Minyak Zaitun, Minyak Biji Bunga Matahari, Mentega Koko, Tanah Liat, Minyak Pati Bunga dan Herba. Pewarna yang digunakan dari bahan semulajadi juga seperti tanah liat, serbuk kunyit, serbuk spirulina dan Alkanet Root.

Pertama kali menggunakannya anda akan dapat merasai kelebihan sabun ini. Kulit akan terasa lembut, licin dan lembap. Testimoni yang diperolehi dari pelanggan kami antaranya menghilangkan gatal-gatal badan, mengecutkan jerawat, dan kulit menjadi semakin cerah. Aroma dari minyak pati bunga dan herba pula memberikan kesan aromaterapi yang membantu menghilangkan tekanan. Oleh kerana bahan-bahan yang dipilih semulajadi dan ditambah lagi dengan minyak pati bunga dan herba yang bersifat antibakteria, antiseptik, antivirus menjadikan sabun ini sesuai untuk kulit sensitif dan kulit bermasalah. Sabun ini sesuai digunakan sebagai pencuci muka dan sebagai sabun mandi setiap hari.

Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit semakin mulus dan licin, menghilangkan parut, membantu menghilangkan bau badan yang tidak enak, dan banyak lagi. Cuba sendiri baru tahu apa kelebihannya dengan diri anda. 

Sabun Bentonite Clay membantu merawat kulit berjerawat, berminyak, kulit bermasalah seperti ekzema/psoriasis atau masalah yang lain kerana mengandungi Bentonite Clay yang bertujuan untuk detox. Sabun Bentonite Clay boleh menyebabkan kulit menjadi agak kering, jadi penggunaan pelembap selepas penggunaannya amat digalakkan. Seeloknya pilihlah pelembap semulajadi.

Harga :
RM18 / each + RM 6 (POSLAJU)
RM35 ( 2 sabun) + RM6 (POSLAJU)
RM52 (3 sabun) + RM6 (POSLAJU)
 

JIMAT RM 1 UNTUK BILANGAN SETERUSNYA! PENGHANTARAN RM6 SAHAJA!

Untuk semua jenis kulit: Lavender Soap, Lavender Rosemary, Rose Clay Soap.

untuk kulit berminyak: Bentonite Clay Soap

Natural Lip Balm / Pelembap Bibir Semulajadi



Pelembap bibir semulajadi ini dirumus khas dari bahan-bahan alam semulajadi seperti Minyak Kelapa Dara, Minyak Castor, Minyak Rice Bran Oil, Beeswax, Madu asli, Vitamin E, dan Mentega Koko. Aroma dari pati bunga dan herba juga menjadikan pelembap bibir ini berbau harum. Warna pelembap bibir ini juga hanya dari sumber alam seperti alkanet root, serbuk spirulina, dan tanah liat rose. 

Penggunaan yang berterusan akan menghasilkan kulit bibir yang lembap dan licin serta menghilangkan kusam. Khasiat aromaterapi juga menjadikan pelembap bibir ini antibakteria, antiseptik dan antivirus. Gunakan setiap hari setiap masa tanpa perlu memikirkan kesan sampingan yang buruk. Pilihlah perisa pilihan anda, kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri. 

Lip Balm semulajadi keluaran Zuree Naturals kini berada di Malaysia.

HARGA:
RM 12/ each + RM6 (poslaju)
RM 23 ( 2 LIP BALM) + RM6 (POSLAJU)
RM 34 (3 LIP BALM) + RM6 (POSLAJU)
 
JIMAT RM 1 UNTUK BILANGAN SETERUSNYA!. PENGHANTARAN RM6 SAHAJA

Perisa:

Sweet Pink: pink kaler dengan aroma yg wangi dari pati bunga jasmine

Mint Chocolate: berangin dan mengandungi cocoa butter, sesuai untuk kulit yang terlalu kering

Mango Honey: Mengandungi madu asli dan mango butter. Bau wangi dari pati bunga Yarrow

Lavender Coconut: Sesiapa yang suka bau kelapa pasti suka yang ni. boleh bayangkan lavender campur kelapa?

Vanilla Chocolate: Bau vanilla, sesuai untuk kulit sensitif dan kering

Red Velvet: Wangi seperti bunga-bunga mekar di taman.
untuk order boleh email saya di zurey81@gmail.com atau mesej di facebook page Zuree Naturals

Monday, September 29, 2014

Resepi Body Butter / Pelembap Untuk Kulit Kering


Pernah tak mengalami kulit yang terlalu kering sehinggakan semua losyen dan krim pelembab dah tak berkesan? Jangan risau, body butter akan menyelamatkan anda.. heheh

Resepi mudah ini khas untuk sesiapa yang mengalami kulit yang sangat kering. Juga sesuai untuk yang kulit sensitif kepada bahan-bahan yang terdapat dalam losyen atau krim yang biasa dijual di pasaran.

Apa yang best, body butter ni boleh dibuat sendiri di rumah, menggunakan peralatan yang ada di dapur saje, dan ia tak memerlukan bahan pengawet untuk tahan lebih lama. Senang cakap, semuanya natural / semulajadi. Kalau termakan pun inyaAllah selamat, malah mungkin lebih sihat :p. Apa taknya, bahan-bahannya cuma cocoa butter (mentega koko), mango butter (mentega mangga) dan minyak-minyak asli.

Jom buat! Resepinya di sini. Seronokla kan, saya buat dan cuba, dan pelawat blog ni cuma buat je.. hihi

Resepi Body Butter (Pelembap Untuk Kulit Kering)

1/2 cawan Cocoa Butter
1/2 cawan Mango Butter atau Shea Butter
1/2 cawan minyak pilihan anda (saya gunakan campuran minyak Zaitun Dara, minyak Argan dan minyak Rice Bran)

Cara-cara

1. Panaskan air dalam periuk.
2. Masukkan cocoa butter dan mango butter atau shea butter ke dalam bekas kaca tahan panas (contoh: pyrex). Cairkan guna kaedah double boiler. Tutup api bila butter hampir cair. Kacaukan sehingga semua butter cair. Tak boleh terlebih panas kerana akan mengurangkan keberkesanan dan khasiat butter tersebut.
3. Keluarkan bekas yang mengandugi butter tadi dan masukkan minyak campuran anda. Kacau sebati.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Tunggu sehingga campuran tadi sejuk dan jadi beku sedikit. Keluarkan dan putarkan dengan mixer atau stick blender seperti memutar whipped cream.
5. Siap dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kosong yang bersih. Saya selalu 'sterile'kan bekas-bekas yang saya guna untuk menyimpan produk diy menggunakan isoprofil alcohol. tak sure ada tak jual di Malaysia.



Bahan-bahan yang saya sebutkan di atas boleh dapatkan di amazon.com atau ebay.com. Saya tau memang susah nak beli di Malaysia, jadi itulah tempat yang boleh dibeli secara online. Kalau shipping agak mahal, belilah banyak sikit, buat stok setahun.. beli banyak, dapat banyak, boleh guna banyak kali. Shipping lebih jimat.

Jangan lupa like page Zuree Naturals untuk mengikuti perkembangan dan mendapatkan info-info berguna. Yang best semua untuk kesihatan secara natural. Natural is better for our long term health.



Thursday, August 21, 2014

Natural Eczema and Rashes Cream / Krim Natural Ekzema dan Ruam

Assalamualaikum wbt..

Untuk membantu ramai orang yang mengalami masalah kulit seperti ekzema dan ruam, saya akan buatkan krim ni dan poskan ke malaysia. Krim ni adalah krim digunakan untuk anak sendiri. Melihatkan hasilnya yang berkesan mengurangkan keradangan kulit, dan jika luka lebih cepat baik. saya juga gunakan untuk merawat gigitan serangga dan terkena kuali panas. Memang lebih cepat lega.

Kandungannya pula dipilih bahan-bahan berkualiti dan mempunyai banyak manfaat untuk kulit seperti Cocoa Butter, Mango Butter, Argan Oil, Olive oil, Bentonite clay(bertujuan untuk detox melalui kulit). Untuk memastikan krim ni akan lebih tahan, saya menggunakan preservative pada kadar yang rendah dan ianya bebas Paraben dan bebas Formaldehyde. Untuk makluman, preservative ni perlu supaya krim lebih tahan lama, melindungi krim dari bakteria, pertumbuhan kulat dan yis. Jika sampai di tangan nanti krim ni dah busuk mesti nanti frust pula kan..

Untuk mengekalkan keberkesanan krim ni, perlu gunakan dalam masa 6 bulan di suhu bilik. Atau boleh letakkan di dalam peti sejuk supaya lebih tahan lama lagi. Jika takmau letak dlm peti sejuk bolehlah habiskan secepat mungkin. Kalau hanya gunakan sikit saje, eloklah simpan dalam peti sejuk.
 

 Natural Eczema Rashes & Cream


 Digunakan untuk merawat masalah kulit seperti ekzema dan ruam. juga sesuai untuk:
-Luka-luka kecil
-Gigitan Serangga
-Terkena benda panas
-Ruam lampin
-Ruam panas
 

 Kelebihan:
- Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi
- Bebas bahan kimia berbahaya
- Bebas Paraben and bebas Formaldehyde
- Bebas pewarna sintetik
- InsyaAllah berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit terutama ekzema dan ruam.

Kandungan:
water, emulsifying wax, cocoa butter, mango butter, bentonite clay, argan oil, olive oil, vegetable glycerin, tea tree oil, stearic acid, Phenoxyethanol (and) Caprylyl Glycol (and) Sorbic Acid.

Harga: RM32
Berat: 2.8 oz

Gambar terkini krim Ekzema & Ruam

Dialu-alukan untuk like page saya di sini Zuree Naturals. pelbagai info akan dikongsikan tentang kesihatan dan penjagaan kulit terutamanya dari masa ke semasa. Resepi-resepi skincare juga insyaAllah akan dikongsikan.

Wednesday, July 16, 2014

Resepi Blueberry Muffin Sihat (gluten free, egg free, dairy free)

Antara aktiviti yang best bila masuk musim panas di usa ialah petik buah. Ini kali keempat petik buah. 3 kali dah petik strawberry, kali ni petik blueberry pulak.

 
Blueberry picking at Prelock Blueberry Farm
 

 
Pokok blueberry
 


 
Hasil kutipan
 

Bila dah ada banyak blueberry, maka idea pun banyaklah nak buat macam-macam. Selepas menggodam resepi di internet, dengan sedikit ubahsuai, terhasil jugak resepi muffin blueberry versi sihat. Hasilnya juga boleh dikatakan sedap. Ini resepi versi lebih sihat, dengan rasa kurang manis dan bebas gluten, bebas telur dan bebas produk tenusu.



Resepi Muffin Blueberry (gluten free, egg free, dairy free)

Bahan-bahan (12 biji)

2 cawan tepung all-purpose gluten free (saya guna 1 1/2 cawan tepung beras campur 1/2 cwn gluten free all purpose flour)
2 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp garam (guna sea salt)
1 tsp guar gum (penting! ada orang guna chia seeds untuk gantikan telur)
1 tsp serbuk kayu manis
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula (saya guna gula organik)
2/3 cawan santan (boleh juga guna susu kekacang, cth: susu almond)
1 cawan blueberry

Cara-cara
  1. Panaskan oven 350 darjah fahrenheit.
  2. Campurkan semua bahan-bahan kering iaitu tepung, baking powder, baking soda, garam, gula, serbuk kayu manis, dan guar gum. Gaul sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan basah iaitu minyak dan santan ke dalam bekas bahan kering. Gaulkan sebati. Saya guna secara manual putar tangan. Kuantiti air dan minyak boleh ditambah lagi sedikit demi sedikit mengikut jenis tepung yang digunakan sehingga dapat tekstur seperti bancuhan muffin. Tepung beras yang saya gunakan menyerap lebih banyak air, jadi saya tambah lagi kuantiti air dan minyak 1/2 cawan.
  4. Masukkan blueberry dan gaul rata.
  5. Sendukkan ke dalam bekas pembakar 3/4 penuh. 
  6. Bakar selama 20-30 minit. Siap bila permukaan muffin keperangan seperti gambar di atas.
  7. Enjoy! Sedap makan panas dan sejuk.

Kalau ada yang buat silalah kongsikan, mungkin ada yang nak cadangkan apa2 untuk penambahbaikan. untuk resepi ni nak bagi berapa bintang?





Thursday, April 17, 2014

Tutorial Membuat Losyen Sendiri

Assalamualaikum wbt.. atas permintaan ramai, post kali ni saya akan tunjukkan cara membuat losyen sendiri di rumah. Ianya tak berapa sukar, tapi masih memerlukan sedikit skill ataupun teknik. Jadi resepi ini harapnya bolehlah dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin membuat losyen sendiri.



Losyen ini sesuai untuk merawat ekzema atau penyakit kulit yang lain. Ia melembap, melicinkan dan meyembuhkan kulit dan amat sesuai untuk kulit sensitif. Walaubagaimanapun, masih perlu membuat 'patch test' terlebih dahulu. Ada sesetengah bahan yang boleh diabaikan jika sukar untuk dapatkannya.

Seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ni, tujuan membuat losyen sendiri di rumah ialah bagi mengelakkan bahan-bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan, terutama jika perlu menggunakannya untuk jangka masa panjang. Disamping tu, dapat pula berjimat cermat kerana bahan-bahan yang saya gunakan adalah berkualiti, dan jika beli losyen yg menggunakan bahan-bahan tersebut, harganya agak tinggi. Jadi buat sendiri dapatlah mengurangkan kos. Banyak losyen yang murah-murah di pasaran, kita tahu sejauh mana keberkesanannya. Murah sebab menggunakan bahan-bahan yang murah.

Ok.. ini dia resepi losyen buatan sendiri atau handmade lotion yang saya gunakan untuk merawat ekzema anak. Boleh juga guna untuk yang tiada penyakit kulit.

Resepi Losyen Ekzema

Bahan-bahan


1 tbs Emulsifying Wax
3 tbs Olive Oil/Minyak Zaitun
2 tbs Argan Oil/ Minyak Argan
1/2 tsp Madu Asli / Madu Manuka (pilihan)
1/2 tsp Stearic Acid
3 oz Distilled Water/ Air Suling
2 tsp MSM Powder (pilihan)
15 titik Essential Oil pilihan (yang saya gunakan ialah 5 titik Tea Tree, 5 titik Lavender dan 5 titik Blackseed)


*Untuk makluman, minyak Zaitun atau minyak Argan itu juga pilihan, boleh digantikan dengan minyak yang lain seperti Minyak Kelapa Dara / Minyak Castor / minyak-minyak yang lain yang boleh memberikan manfaat kepada kulit.


Peralatan Yang Diperlukan

Blender / mixer
2 Bekas kaca tahan panas
Sudu penyukat
Periuk

Cara-cara Membuat Losyen

1. Panaskan air di dalam periuk.
2. Masukkan Emulsifying Wax ke dalam bekas kaca tahan panas. Kemudian di dalam bekas yang lain, sukat air suling.

3. Panaskan kedua-dua bekas wax dan air suling di dalam periuk. Kaedah ini dinamakan kaedah 'double boiling'.

 
3. Setelah wax cair, masukkan Minyak Zaitun, Minyak Argan, madu, Stearic Acid. Kacau sebati. Keluarkan dari api.

4. Setelah air suling panas, masukkan MSM powder ke dalamnya, goncangkan atau kacau.

5. Kemudian masukkan larutan air suling ke dalam bekas larutan minyak. Pusingkan menggunakan mixer / blender. Perlu diingatkan suhu kedua-dua larutan ni perlu suam atau sama suhu. Tak boleh sejuk salah satu. Nanti losyen tak menjadi.





 
6. Apabila suhu agak sejuk, bolehlah masukkan essential oil pilihan. Saya gunakan kombinasi Tea Tree Oil, Lavender Oil dan Blackseed Oil. Pusingkan lagi dengan blender/mixer.
 
7. Biarkan losyen tadi sejuk. Teksturnya akan menjadi lebih pekat. 

 
 
8. Bolehlah masukkan ke dalam bekas kosong yang bersih. Sedia untuk digunakan.
 
Cara Penyimpanan Losyen Buatan Sendiri
 
Losyen ini perlu disimpan di dalam peti sejuk supaya lebih tahan lama. Untuk mengelakkan sejuk, keluarkan sedikit dalam 1 oz atau 2 oz losyen ke dalam bekas kecil untuk digunakan untuk setiap hari. Selebihnya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini kerana losyen buatan sendiri ini tak mengandungi bahan pengawet. Ia akan tahan dalam masa 1- 2 bulan jika disimpan dalam peti sejuk. Bila lihat ada perubahan warna atau bau, losyen perlu dibuang. Tak boleh lagi digunakan. Okeh. Jadi kuantiti losyen seperti dalam resepi di atas cukup 1-2 minggu jika digunakan setiap hari.
 
 
Bahan-bahan mentah boleh dibeli secara online dari luar negara atau boleh beli di ebay.com. Untuk pertama kali membeli bahan-bahan mentah mungkin sedikit mahal, tapi ia boleh digunakan banyaaak kali. Jadi memang menjimatkan. Apa yang lebih penting ialah losyen yang dibuat sendiri ini selamat digunakan berbanding yang dibeli di kedai kerana ianya bebas dari bahan pengawet dan pewarna. Going back to basics, stay natural!.
 
Sekian. Wassalam...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Sunday, January 19, 2014

Lanolin - Rawat Ekzema dan Alergi Cuaca

Salam. Harini mahu cerita pasal Lanolin. Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin tak pernah dengar. Ada juga yang mengatakan lanolin adalah bahan yang tak elok, dan mempunyai kesan sampingan. Terpulanglah kepada individu. Bagi saya, apa salahnya guna jika mendatangkan kebaikan, contohnya macam anak saya.. memang sesuai sangat guna lanolin untuk rawat ekzemanya. lebih baik daripada guna krim steroid atau petroleum jelly. Lanolin juga terhasil secara semulajadi pada bulu kambing biri-biri.

Lanolin adalah lemak yang diekstrak dari bulu kambing biri-biri dengan merebus bulu kambing, ditapis dan dapatlah lanolin. Ia banyak digunakan dalam produk-produk untuk kulit seperti lipstik, losyen dan krim sapu untuk ibu-ibu yang menyusu. Di dalam lipstik, lanolin menjadi satu kemestian. Jika tiada lanolin, lipstik tak akan melekatkan warna pada bibir.

Lanolin bertindak sebagai pelembab dan pelicin kulit apabila digunakan pada kulit kita, tanpa menyebabkan liang roma tersumbat. Teksturnya sedikit melekit, dan baunya... huh semestinya bau kambing. Boleh disapukan terus kepada kulit ataupun boleh dicampurkan minyak atau bahan lain yang sesuai.
 
Ini adalah lanolin yang saya gunakan untuk anak kesayangan yang mengidap ekzema.
 


Inilah bentuknya lanolin asli atau pure lanolin. Agak melekit dan sukar untuk disapukan terus kepada kulit. Jadi dengan menggunakan sedikit kekreatifan yang ada, saya meng'oter' lanolin ini supaya lebih mudah disapu pada kulit dan kurang melekit. Dan inilah hasilnya...bau kambingnya juga sudah berkurangan disebabkan ada cocoa butter.

Lanolin Cocoa Butter. Siap untuk disapu sebagai alternatif kepada petroleum jelly. Teksturnya hampir sama seperti petroleum jelly.
 
 
Untuk resepi Lanolin Cocoa Butter, boleh cuba resepi ni.. semasa saya buat Laolin Cocoa Butter ni, saya tak berapa sukat dengan tepat dan jitu.. sebab pada pertama kali terlembik sikit, jadi saya tambahkan lagi lanolin dan cocoa butter untuk mendapatkan tekstur seperti gambar di atas. Jadi anggaran sukatan lebih kurang seperti resepi di bawah. Jika ada yang nak cuba, boleh lah guna dan tokok tambahlah mengikut kekreatifan masing-masing.
 
 
Resepi Lanolin Cocoa Butter
 
6 oz Lanolin Asli
2 oz Minyak pilihan (saya gunakan Grapeseed oil)
1 oz Cocoa Butter


Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas kaca seperti mangkuk atau bikar.
2. Panaskan di atas api dengan kaedah double boiler.
3. Kacau sehingga semua bahan cair dan sebati.
4. Tuangkan ke dalam bekas bersih. Sejukkan dan sedia digunakan.

Kegunaan Lanolin Cocoa Butter
Selain amat sesuai untuk merawat kulit ekzema, ia juga sesuai untuk merawat kulit kering, luka kecil, kulit pecah, sebagai pelembab bibir dan sebagainya. Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak juga amat sesuai. Lebih selamat gunakan lanolin ini di bibir dari gunakan petroleum jelly.. (pleaselah jangan guna petroleum jelly pada bibir).

Sejak gunakan lanolin, kulit ekzema Muhammad Fansuri lebih licin dan kurang meradang. Saya baru sedar rupanya dia alah kepada cuaca. Jika terdedah kepada cuaca sejuk di luar rumah, kulitnya akan jadi seperti alah kepada makanan. Kesian dia...apa-apa produk yang murah atau yang mahal semuanya tak berkesan. Syukur ada juga produk yang sesuai untuknya.

p/s: Jangan minta saya buatkan lanolin cocoa butter ni. Cuba buat sendiri, mesti kita akan puas hati dengan hasil tangan sendiri. Saya juga amat malas sekali nak buat. heheh. Boleh google saje di mana nak dapatkan lanolin asli.

Sekian, selamat mencuba!

Tuesday, October 22, 2013

Kenapa Saya Buat Krim Badan dan Losyen Sendiri

Assalamualaikum wbt..

Saya tahu ramai yang tak percaya yang  krim atau losyen boleh dibuat sendiri di rumah. Pada mulanya saya sendiri pun tak percaya saya boleh buat krim sendiri, malah tak pernah terfikir dan termimpi pun sebelum ni.

Mungkin ada juga yang menyangka saya ni semua nak buat sendiri. Saya ada banyak masa dan bosan kadang-kadang tak ada apa yang boleh dibuat. Lagipun saya ada bakat kraftangan sikit-sikit. hihi. Bolehlah juga. Saya memang suka buat sendiri, kalau jumpa barangan buatan tangan pun saya memang excited. Lagi-lagi di USA ni memang terkenal barangan buatan tangan dan orang-orang di sini lebih menghargai barangan buatan tangan. Barangan buatan tangan tinggi nilainya, bukan semua orang boleh buat. Di USA jugalah saya mula belajar bagaimana cara membuat losyen atau krim badan sendiri. Terima kasih kepada internet kerana disinilah saya mula menjumpai rupanya krim badan dan losyen boleh dibuat sendiri, apabila meng'google' cara-cara merawat ekzema. Bahan-bahan pun amat mudah didapati di sini.

Ini adalah antara sebab-sebab kenapa saya membuat krim dan losyen saya sendiri dan anak-anak.

  1. Boleh pilih bahan apa yang dikehendaki
    • Inilah alasan saya yang paling utama. Anak kedua saya Muhammad Fansuri terlalu banyak alergi, sehinggakan amat sukar saya mencari krim semulajadi yang sesuai untuknya
  2. Buat krim dan losyen sendiri tidak sesukar yang disangka
    • Buat krim dan losyen sendiri tak sukar mana. Cuma perlukan peralatan yang ada didapur, jika hanya untuk kegunaan sendiri.
  3. Boleh jimat wang
    • Mungkin orang tak ada masalah seperti saya, tapi disebabkan saya tak bekerja buat masa sekarang dan suami pun sedang belajar, kami menghadapi sedikit masalah kewangan memandangkan anak mengalami ekzema dan memerlukan bekalan krim dan losyen serta ubatan dalaman untuknya. Semua ini memerlukan kos yang tinggi.
    • Sebelum mula membuat krim sendiri, memang banyak wang dilaburkan untuk mencuba dari satu produk ke satu produk, dan harganya tak murah. Ada yang terpaksa dibeli dari luar USA, dan harga faham-faham sajelah, bukan murah.
  4. Memeliharan diri dari bahan kimia
    • Saya juga boleh mengelakkan penggunaan bahan kimia dan bahan pengawet yang boleh membahayakan kesihatan, samada untuk jangkamasa pendek atau panjang. Sejak mula mengkaji bahan-bahan membuat krim atau losyen, saya sudah kenal serba sedikit apa risiko bahan-bahan ini kepada kesihatan manusia.
    • Kebanyakan barangan kegunaan seharian kita pada zaman sekarang mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan, walaupun telah diluluskan oleh FDA atau KKM. Ubat gigi, shampoo, sabun, termasuklah kosmetik, dan sebagainya. Kulit kita boleh menyerap bahan-bahan ini sehingga 60% ke dalam badan. Walaupun barangan tersebut tertulis natural atau semulajadi, kita masih perlu berhati-hati dan sentiasa perlu membaca label yang tertulis pada botol. Jadi, perlulah kenal serba sedikit bahan-bahannya. Boleh cari di internet untuk mengenal bahan-bahan tu. Buku-buku pun banyak menceritakan bahaya barangan kosmetik. Adalah juga beberapa buah buku telah saya miliki.

Antara buku-buku yang dimiliki buat masa ni.


Buku-buku tersebut saya gunakan sebagai rujukan dalam mencipta resepi saya sendiri. Tak ada satu pun yang saya ambil sebijik-sebijik. Amat sukar nak ikut sebijik-sebijik sebab banyak sangat bahan-bahan yang digunakan.

Buku I'm Mad as Hell, and Not Going to Eat it Anymore pula lebih banyak menceritakan tentang makanan. Memang amat penting rupanya makanan yang dimakan, kerana mengikut Christina Porello, penulis buku ini, dia telah mengalami penyakit leukimia, doktor beritahu dia cuma ada sebulan untuk hidup. Tapi bila bertukar kepada makanan natural dan organik dan meninggalkan makanan kegemarannya dan bertukar kepada vegetarian, penyakitnya hilang dan dia masih hidup sampai sekarang, malah terus berjaya menjadi chef dan membuka kelas masakannya sendiri. Sangat kagum dengan kuasa penyembuhan hanya dari makanan. Saya pun sekarang sudah mula berjinak-jinak dengan makanan organik dan natural, sebab tu kalau tengok status di facebook sekarang banyak tentang kesihatan. hihi. Biarlah orang nak kata saya obses kepada natural ke apa ke, yang penting saya akan cuba sampaikan kepada kawan-kawan apa yang saya tahu. Baca kisah Christina Pirello sini.

Berbalik kepada krim dan losyen, sehingga kini saya tak perlu lagi beli apa-apa kosmetik sejak boleh buat barangan saya sendiri. Antaranya ialah krim dan losyen, lip balm, malah lipstik pun. heheheh. Sabun, ubat gigi, bedak juga. Untuk rumah, guna essential oil, takde febreze atau lilin lagi. Syoook buat eksperimen di rumah. Sangat puas hati bila barangan ni semua menjadi dan berkesan, terutama krim ekzema Muhammad Fansuri, yang paling kerap dibuat. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak menjadi. Itulah eksperimen. Tapi sekarang saya sudah ada resepi yang menjadi dan berkesan. InsyaAllah satu masa nanti saya akan kongsikan dengan semua orang keberkesanannya, mungkin akan mengeluarkan produk sendiri pulak! mana tau kan. heheheh.

Ini resepi body butter yang boleh cuba anda buat sendiri. Berkesan untuk menghilangkan kulit kering terutamanya di negara 4 musim ni. Sekarang sudah sejuk, kulit akan jadi kering. Mudah aje. Boleh gantikan minyak apapun yang dikehendaki selain coconut oil atau olive oil.

Klik untuk resepi. Resepi Body Butter / Krim / Losyen

Adios! Wassalam